Showing posts with label hariku. Show all posts
Showing posts with label hariku. Show all posts

Monday, March 23, 2009

Bagai nak gila

Tuhanku,
tolong bagi aku lebih tenang
tolong bagi aku lebih kuat
tolong bagi aku lebih sabar
tolong bagi aku lebih MASA

akan aku gunakan sebaik-baiknya
jika Tuhanku makbulkan
agar aku lupa yang lalu
mula yang baru
dengan jayanya!

semangat!!!
marilah kamu
sama-sama kita lelap 4 jam
bahagi kerja seadilnya
maka aku tak kisah
asal hasilnya hebat
sehebat pengorbananku
melupakan yang lain

yang sebenarnya payah~~


ini bukan UFO

Sunday, March 8, 2009

Kucing-kucingku (=^-^=)














Tasya dah selamat lahirkan 2 ekor anak yang chomel!! entah bila dia ngandung pun aku tak perasan. huhu

*hari ini, Klang macam Jakarta. Bila pulak agaknya Jakarta nak jadi macam Klang?

Monday, March 2, 2009

penghasilan tenaga daripada metabolisma glycolisis

nombor paling sesuai dengan aku adalah 5 agaknya, aku lahir bulan 5, periksa dulu pernahla sekali dapat nombor 5, pas tu nombor larian aku semuanya ada 5. tapi bila lari tak dapat nombor 5 pun. huahuahua!







laluan larian semalam macam haram. keluar-keluar pintu kolej je terus kene daki 'bukit tonggek' yang bersudut lebih kurang 45 darjah. lepas je bukit tu, acid lactic mencurah-curah kat otot kaki aku, terus tak bermaya nak lari. namun kugagahkan juga. berbekalkan tenaga yang terhasil dari metabolisma glycogen dalam otot-otot aku, larian kuteruskan. kawan aku yang sorang tu elok je menonong. sampai depan bangunan canselori, aku dah tak nampak dia dah. itupun dia tak dapat hadiah? i wonder betapa lajunya budak-budak yang dapat nombor tu. makan morphine ke ape sebelum lari?




malamnya, festival kolej aku ditutup dengan acara tarian dan nyanyian. aku tak tengok pun, sedap tidur di bilik. pukul 10.30 mlm, roommate aku menjerit-jerit suruh aku turun kutip kupon. sib baik aku takde heart attack. hm...betapa besarnya erti kupon di tempat aku belajar ni.. kalau kupon kamu tak banyak, jangan harap kamu nak duduk kolej. dan aku tak nak duk rumah sewa. jadi aku sanggup bersesak-sesak semata-mata nak dapatkan secarit kertas kecil bercop kolej tu. malam tadi punya perebutan, masyaAllah. dasssssaaaaattttttt!!!!. terjerit-jerit bebudak pompuan kolej aku ni merebut kupon. nasib takde yang mati. serius dasyat!



acara rebut kupon.

kaki aku rasa macam kene toreh, kesan daripada pengumpulan acid lactik berlebihan dan contraction serta relaxation secara paksaan semasa larian. nasib aku tak mengalami rigor mortis, iaitu pengecutan otot seketika selepas mati disembelih.

p/s, banyak istilah sains kerana minggu ni aku ada 3 test. subjek yang dibincangkan ini berkait dengan matapelajaran food technology. tengok mr woon, saya study ni.

Monday, February 16, 2009

Antara hidup dan mati. Berapa lamakah lagi?


aku rasa aku menghidapi sejenis penyakit yang agak merbahaya la. kerana penyakit ini boleh buat aku tak cukup masa untuk menjawab soalan peperiksaan. penyakit ni boleh buat lecturer tak faham apa yang aku tulis dalam answer paper sehingga menyebabkan dia menolak markah aku. bayangkan jika ketika itu markah aku adalah 50, yakni sedikit lagi tidak lulus, oleh kerana penyakit ini, lecturer aku mungkin akan menolak 1 markah daripada 50 menjadikannya 49, maka aku terpaksa repeat paper tersebut. bahaya tu...

mula-mula aku tak sedar pun penyakit ni. tapi semenjak dua menjak ni, bila kawan-kawan dah mula menegur, aku dibelenggu perasaan takut. berapa lama lagi aku mampu bertahan? kadangkala, ketika kami terpegang tangan antara satu sama lain, kawan aku akan tanya " kenapa tangan kau basah sangat ni?". ya, kami kadang-kadang berpegangan tangan. perempuan same perempuan takpelakan, kalau lelaki sesama lelaki orang cop gay pula. setiap kali kawan aku bertanya soalan begitu, aku jadi tak keruan. memikirkan masa depan.

setelah aku cuba kaji masalah ini, aku rasa aku menghidapi Hyperhidrosis. untuk lebih spesifik, aku menghidapi Palmar Hyperhidrosis. sampai bilakah aku mampu bertahan?
sampai bila?

*nangis* =p

Friday, February 13, 2009

"kenape tak cerita masalah kau kat aku?"

kau kan, pernah kau tanya aku. "kenape tak cerita masalah kau kat aku?"
dan aku katakan, "aku tak suke cerite"
kemudian kau kata. "kalau aku, aku suke cerite. rasa lege lepas tu"
kemudian aku kata. "ye ke? esok-esoklah aku cerite"
dalam hati aku, inilah kawan, mahu mendengar masalah aku, mahu membantu ketika perlu

dan suatu masa, aku ceritakan masalah aku pada kau kawan
tapi kau tak endah. kau buat tak dengar. kau buat tak kenal. namun aku sabar.
aku pulak yang tanya kau kawan. "ada masalah ke?". terbalikkan...
dan aku cuba bantu kau kawan, dengan sedikit cadangan, tapi kau ala-ala perlekehkan.
jujur kukatakan. "kau ni bodoh sombong lah!" tapi cuma dalam hati. dalam hati lagi.

sebab itu aku tak suka cerita kat kau apa-apa. walhal kau yang sentiasa di sebelah aku.
jadi jangan tanya aku lagi. "kenape tak cerita masalah kau kat aku?"

atau mungkin kau dah nak datang bulan. ok aku faham.

Sunday, February 8, 2009

Saya Sedang Bersemangat!

Berdiri tegak, pandang ke depan dan nyanyi kuat-kuat penuh semangat!

UiTM Dihatiku.

Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
Bagai Obor Ilmu Memayungi Putera Puterinya
Pelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama.... Negara
Pembentuk Akhlak Manusia, Agar Jadi Sempurna

Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
Untuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku

Majulah Bangsa, Maju Negara
Berkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa

Watikah Yang Ku Miliki Kan Ku
Semat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi Untuk
Menabur Bakti
Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda Ku
Untuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia

Inilah kesannya jika anda menghayati modul program pembangunan & kepimpinan pelajar dengan seasyik-asyiknya. Saya jadi seorang yang sangat menyanyangi universiti dan tiba-tiba rasa sangat berat hati untuk tinggalkan institusi pengajian tinggi ini.

Semasa menyanyikan lagu ini di dalam dewan pagi tadi, saya begitu bersemangat berdiri tegak tangan ke sisi. Bersama lebih kurang 400 pelajar lain, saya menyanyikan lagu ini penuh semangat sambil bertukar-tukar intonasi suara sekejap rendah, sekejap tinggi kerana lagu ini perlukan nada sedemikian rupa. Rasa sedih kadangkala menerjah jiwa tatkala lagu ini dialunkan dek kerana iramanya yang lembut mendayu tapi tak bermakna ia layu. Lagu ini penuh dengan semangat warga pelajar kami. Semangatnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang berada di situ merasai bahangnya, melebihi bahang AF7 yang bakal menjelma tak lama lagi.

Sedang saya menyanyikan lagu ini, kadangkala saya tersyasyul sedikit akibat tidak menghafal lirik. Terukkan saya, walaupun saya sudah hamper 5 tahun di sini, dan walaupun komander JPA3 saya masa diploma dulu selalu suruh nyanyi lagu ini ketika berkawad seorang demi seorang, saya masih tak ingat lirik juga. Sah, saya bukan peserta ideal untuk rancangan ‘jangan lupa lirik’. Sebab itu saya cari lirik lagu ini kerana saya nak menghafalnya agar saya boleh ingat sampai ke tua nanti. Saya dalam dilema lagi, antara gembira dan tidak sabar menunggu hari konvokesyen saya, dengan berat hati untuk meninggalkan institusi yang menyimpan 1001 kenangan pahit manis ini.

UiTM di hatiku

Thursday, February 5, 2009

Projek Tahun Akhir Saye

aku di dalam dilema. harus ke kiri kah, harus ke kanan kah, atau harus terus sajekah. banyak persoalan bermain di dalam kepala otak aku ni. pilihan yang bakal aku buat ini adalah tersangat penting. umpama memilih bakal suami lagaknya. wah!!! geli aku. apakah yang penting sangat itu...

TAJUK PROJEK TAHUN AKHIR aku!!!!!!!

kalau boleh aku nak tajuk yang baek punya, bermanfaat untuk sains dan teknologi, dan yang paling penting, mudah untuk dilaksanankan. banyak canthek muka aku, nak tajuk yang bombastik, tapi mudah untuk dilaksanakan? takdenye la....

antara tajuk yang menyesakkan otak aku:

1. competition of trace elements and other metals for plant absorption
2. the effect of laureate in henna
3. antioxidant in Morinda citrifolia Linn (mengkudu)
4. analysis of nutrients in plant

tajuk macam mudah, tapi nak mencari journalnya tu yang malas. kalau la supervisor aku macam supervisor orang lain, bagi tajuk, bagi journal siap-siap, kan ke bahagia hidup aku. inilah, pelajar-pelajar kita. semua nak suap. nak jadi spoon feeding person. haha..aku dengki sebenarnye.

kalau lah aku boleh pilih tajuk seperti di bawah ni, kan ke best:

1. blog addicted among malaysian
2. world without internet
3. blog effect's on human health
3. will relationship between liyana jasmay and aizat last longer?
4. the probability of tomok become the winner of 'one in a million' season 3

eheh...nacam tajuk karangan bahasa inggeris je. tapi kalau ini betul-betul boleh jadi tajuk projek tahun akhir, serius aku buat dengan penuh dedikasi. tak perlu guna mesin, bahan kimia segala. boleh cipta teori sendiri. kan mudah... huhu

kami memang giler

Monday, February 2, 2009

2 Perubahan, 1 Fakta, 2 Tak Best

Cuti yang menyeronokkan sekali. Setelah seperti 8 juta tahun aku tak bercuti, cuti pertengahan semester pada kali ini adalah yang terbaik sepanjang karier aku sebagai pelajar. Banyak juga perubahan telah berlaku di sekitar rumah. Kandang rusa sebelah rumah tu dah tiada rusanya. Mak aku kata semua dah disembelih untuk kenduri kawin anak Pakcik Zikri yang diadakan di dewan sabak tu. Wah…rugi aku tak datang, kalau tak boleh makan daging rusa sambil jumpa kawan lama aku di majlis perkahwinan tu. Adi (bukan nama sebenar), kau ingat lagi tak pada aku agaknya.. dulu masa tadika kita jadi partner dalam pertandingan bercerita. Tak ingat tajuk cerita tu, tapi macam pasal tebuan. Kita dapat hadiah pensil HB warna merah dua. Aku rasa kita kalah, sebab ada budak dari tadika lagi satu dapat hadiah pinggan. Kalau Adi maseh ingat, masa balik tadika, kita akan singgah rumah Siva, tekan loceng rumah dia, kemudian kita lari laju-laju. Kau la yang lari, aku naik basikal sebab rumah aku jauh sikit. Hahaha..mesti mak siva bengang, asal pukul 11 je loceng rumah dia bunyi. Asal loceng rumah dia bunyi je pukul 11. Eh, aku rasa macam nak pergi mintak maaf la pada mak siva, tapi dia dah pindah la pulak. Mungkin sudah tak tahan dengan gangguan kita. Hm…
Bawah ni, kandang rusa yang sudah sunyi sepi...



Perubahan kedua, Tasya. Dia sudah tak merajuk lagi dan semakin gemok. Tapi dia seperti meminggirkan aku. Dia lebih suka ikut mamu dari aku. Kalau aku yang keluar, dia akan buat-buat tidur, tapi kalau mamu yang keluar, mula la dia mengiau sambil kejar-kejar mamu. Tak guna! Aku buang kau nanti baru kau tau. Eh tak boleh, nanti mamu pulak yang buang aku, sebab dia dah mula sayang sama itu kucing, babuji pun sayang. Pelik, sebelum ni mamu tak suka kucing.. mungkin mamu kesunyian tanpa aku dan adik aku di rumah. Walaupun adikku sudah balik ke rumah, tapi dia bukan lekat kat rumah, dia lebih senang lekat di ‘Ali’, minum-minum kopi sambil bincang pasal masa depan dengan kawan-kawannye.

Perubahan ketiga….he dah takde dah. Sikit je perubahan kat rumah aku rupanya. Huhuhu..
Oh ye, aku teringat sesuatu. Baru-baru ni aku dapat tahu bagaimana nak mengklasifikasikan seseorang lelaki itu dalam kategori metroseksual. Lelaki itu pasti ada bedak talkum di dalam almari bajunya. Kalau takde pun, dia akan guna kawan dia punya. Jenama pilihan selalunya Dunhill. Mungkin sama dengan jenama rokoknya sekali. Ye ke? Kemudian, dia akan ada ‘lip balm’ ataupun pelembap bibir. Tapi lelaki metroseksual bukan menggunakannya ketika bibir kering. Beliau akan guna ketika lidah kering. Hah! Hahaha!. Pilihan pelbagai perisa, daripada strawberi hingga ke vanilla. Dan yang paling comel, lelaki metroseksual pakai minyak rambut jenama Johnson & Johnson untuk memastikan rambut sentiasa lembut dan lembap berbau bayi. Ya..mereka suka bayi. Huhuhu.. ini semua fakta tau. Sumber dari sini. Hohoho

Dua je, Dua je yang tak best, Dua je.. kenape bus stand klang sudah ditukar ke Klang Central? Dan kenapa kita kena pulang ke asal sedangkan apa yang kita sedang lalui itu tersangatlah membahagiakan? Macam kena balik belajar semula sedangkan duduk rumah itu lagi menyeronokkan.ha....

Tuesday, January 20, 2009

Kerana Dia Tambiku a.k.a Adikku

Sibuk aku menenangkan mamu dalam telefon tadi. Menangis baik punya mengenangkan adik aku yang dah ikut kawan dia p cari kerja kat kota mana entah. Tumpang rumah abang kawannya tu kata dia. Dey tambi, kerja apakah yang kau mampu buat? Baju kau pun bersepah-sepah dalam bilik. Tempat tidur pun tak berkemas selagi mamu tak menjerit suh kau kemas. Baju, seluar bahkan kasut sekolah kau dulu pun mamu yang basuh. Hadiah patung cj7 yang kau nak kasi awek kau dulu tu pun aku yang balutkan. Mampukah kau buat itu semua sendiri sekarang ni? Ha tambi? Siapa soh ko manje sangat dulu?

Tadi mak aku kata, dia dok pikir tambi makan apa kat sana. Macammana rupa tambi menadah mintak kerja. Sembahyang ke tak tambi kat sana. Cukup ke duit yang mamu bekal untuk tambi. Huish... sayang benar mamu kat tambi. Risau benar dia. Aku kata, sabar la mamu, biar dia belajar hidup susah. Selalu nak suap je, sekarang pandai-pandailah dia suap sendiri. Huargghhhh !!!! makin kuat mamu nangis. Aku salah cakapkah ?

Aku pun mesej tambi bertanya kabar. Rupanya dia tengah berusaha. Penat katanya, tapi masih tak jumpa sebarang lubang-lubang kerja. Kesian kau tambi. Kalau aku ada syarikat pembungkusan kerepek, dah lama aku offer kau kerja. Jadi manager bahagian marketing lagi. Tapi sayang, usahkan syarikat, sikat harga RM5.00 pun aku fikir dua kali nak beli. Sebab rambut aku, guna jari pun boleh.

Dalam mesej, aku katakan pada tambi bahawa mamu menangis mengenangkan dia. Aku kata, masa aku nak p dulu, mamu takde nangis sampai macam tu sekali. Maknanya dia sayang sangat sama tambi. Tapi tambi aku tu berjiwa kental. Dia balas macam ini :

“ye r, ak kn ank ctan..dye tkt r ak x$mengGah kt cni..k r,nk cr ag Ni..bye”
(ejaan dalam ayat ini ditiru bulat-bulat dari mesej yang dihantar oleh tambi.)
Kalau ditafsirkan mengikut fahaman aku, ‘ye la, aku kan anak setan, dia takut la aku tak semenggah kat sini. Ok la, aku nak cari @ curi lagi ni. Bye’.
Aku harap sangat ‘cr’ itu untuk cari, bukan curi. Hoho…adikku adikku..

Aku pun balas begini:

‘apa pulak anak setan, ko anak berok la……(selebihnya tak boleh dipapar di sini.)’
selebihnya tu lebih kepada kata-kata galakan dan nasihat berbentuk islamik untuk menyedarkan tambi.

Apa-apa yang terjadi pun, aku harap adikku itu selamat selalu. Tak kira di mana dia berada, tak kira kerja apa yang dia buat, asalkan halal. Biarlah dia tahu susah hidup sendiri. Sebab sebelum ni, dia sentiasa berada bawah keti** mamu saje. Nampak macam jiwa kental, tapi lembut hati sebenarnya tambi tu. Hoho..adikku adikku. Satu-satunya adikku.



Sejujurnya, gambar di atas bukanlah gambar adik aku. Tapi aku amat mengharap dapat adik sebegitu rupa. hohoho

Thursday, January 15, 2009

yawn-o-meter


lokasi: bilik 405

subjek: organometallic

selingan: "ni namenye yawn-o-meter, siapa-siapa yang menguap, saya akan tulis name kat white board ni. org yang ketiga ditulis namanya, kena conduct exercise. ada paham?"

semua: "paham...."

tiba-tiba, zaitun menguap. lalu, "ha...kamu, siapa nama? zaitun? amboi kak eton, menguap ye, nah nama kamu saya tulis. siape-siape menguap la lagi. cukupkan 3. boleh kita exercise.."

zaitun pun malu, aku gelakkan saje. sejam kemudian... aku mengantuk gila-gila. aku cakap kat kawan aku, tapi dia buat derk je, bukan nak tolong cubit atau tampar kasi aku sedar. cis la...

sudah tak tahan, apa yang puan cakap pun aku dah tak paham, mata dah mula layu, tiba-tiba aku tershut down sekejap. dan....

"hah kamu! dah shut down dah? siapa nama kamu? ha...hajar? maknanya batu tu, berat, jangan la letak atas mata kamu. ini meter untuk yawn saje, boleh pulak kamu tidur terus. ish, ish, ish.."

bebel lecturer aku sambil mengajuk cara aku tersengguk.

semua: ketawa terbahak-bahak

aku buat muka blur je la sambil gosok-gosok mata. malu jangan cakap la. rasa inginku berlari jauh di kaki langit. hoho. lepas tu terus tak mengantuk dah. fokus pulak tu. siot jer.

aku sudah semakin malas ni. maafkan saya puan.

Friday, January 9, 2009




THANK YOU to let me complete my industrial training here

From: 24 November 2008 - 9 January 2009

Location: R&D center Carey Island, Chemical Laboratory

Thanks to Mr Ahmad Sarwani bin Adni, Chief Chemist of Chemical Lab, who has taught me a lot during the industrial training period. Chemical lab’s supervisor; Mr Chew, staff’s of chemical lab; Puan Islinah (our very patient driver who is always rocks a.k.a my mentor), Puan Fauziah (our mama), Puan Ina(cadburys' supplier), Puan Jannah (tag line: "oh...dah ade kerje ye?"), Puan Salmah (made in sabak bernam) , Cik Kamsiah (single and available), Puan Seetha (our mahaguru), Puan Tawa (ine tawa?), En. Yusof (tag line: "ko buat ape jannah? and "ine tawa?"), En. Zahar (cool papa) and En. Azrin (married playboy), thank you for their help and guidance during the training period.

I will never forget these invaluable experiences.

THANK YOU & FAREWELL


Tuesday, December 30, 2008

Aku, Motor dan Cacat

Hari krismas yang lepas, pakcik aku yang kami gelarkan Andak Ca’a telah mengunjungi kami di rumah. Bukan datang untuk meraikan krismas, sekadar kunjung-mengujung di waktu cuti, kerana kami tak sambut krismas. Beliau seorang yang obses pada motor berkuasa tinggi. Seingat aku, dah banyak kali dia tukar motor. Aku pulak bukan pakar motor, maka aku tak tahu jenis ape motor yang dia pakai, yang pasti, semuanya besar-besar belaka. Dan motor yang ini adalah yang terbaru. Masa dia sampai rumah aku, bunyi motor dia kuat benar, meletup-letup. Aku ingatkan bunyi helicopter terbang rendah. Tapi makin lama makin dekat dengan rumah pulak. Dalam hati aku “Ah..sudah, nak terhempas pun jangan la kat rumah aku.” Tiba-tiba bunyi tu berhenti, rupa-rupannya Andak Ca’a bersama motornya. Bikin suspen je. Dari apa yang aku curi-curi dengar, dia jual 3 motor yang dia dah ada kat rumah untuk beli motor ni. Haish…kalau aku, baik buat down payment beli kereta Honda civic ke, paling koman viva ke. Sekurang-kurangnya, tak kena hujan dan panas. Oh…ayat biasa seorang pompuan. Yela, kalau aku yang menonggeng merempit ngan motor tu, buruk benar panoramanya. Biarlah Andak Ca’a yang merempit sorang.



Inilah motor beliau. Semat jugak. Adik aku berlari-lari amik kamera untuk merakamkan gambar motor ni. Sekali tengok, macam motor Suria Perkasa Hitam pun ada. Cuma, motor Suri Perkasa hitam tu warna hitam. Yang ni merah. Motor ni ada 2 exhaust, padanlah bunyi cam helicopter.




Tamat kisah motor. Nak cerita pasal kad pulak.

Sedang aku belek-belek bil elektrik kat rumah aku, aku terpandang satu kad atas meja abah. Tengok macam menarik, saiz poskad. Aku ambik kad tu lalu aku baca. Rupa-rupanya wedding invitation card. Ya, kad jemputan kawin dalam bahasa inggeris. Memang aku batak sebab tak pernah orang hantar kad jemputan kawin dalam bahasa inggeris ke rumah aku, Tambahan mak ayah aku bukan orang yang selalu bercakap inggeris, cuma kadang-kadang tersasul setakat yes, no, ok, thank you saje. Cakap jawa fasih lah.

Aku pun tengok nama si pengantin lelaki dan perempuan. Rupa-rupanya, aku kenal si pengantin perempuan, biar aku panggil dia Adi. Adi ni kawan Friendster aku. Bukannya kitaorang kenal antara satu sama lain pun. Cuma, suatu masa dulu, masa aku sedang melayari Friendster, aku tertarik tengok gambar pra-kad jemputan kawin dia yang kretif dan sempoi. Ada ke dia letak gambo dia ngan bakal suami dia jelir lidah sambil tunjuk tanda rock. Memang gila-gila. Jadi, aku tinggalkan testimony cakap yang aku suka tengok gambar sempoi dia dan bakal suami pada kad jemputan kawin tu. Si Adi pun reply mintak alamat aku nak hantar kad tu, tak datang pun takpe katenye. Sekadar untuk kenangan. Aku ingatkan dia tak de masa nak hantar betul-betul. Tak sangka pulak dia betul-betul ada masa nak hantar. Thank you la Adi.

Tapi, bagi kad yang dihantar ni, gambarnye agak sopan sikit berbanding kad yang kat Friendster tu. Ini kad tersebut,



Dalam gambar ni, si lelaki pegang bunga, yang perempuan pegang guitar. Cute je..huhuhu. Setelah diamat-amati, aku perasan, kaki Adi agak lain macam. Oh..ada sedikit kecacatan kat kaki dia. Walaupun dia cacat, dia tak malu nak tunjuk kakinya. Tambahan, memang kaki dia terang-terang kat depan kamera dan dah tentu-tentu orang akan perasan. Inilah semangat yang aku mahu. Adi buat aku rasa bersemangat dan berkeyakinan. Semua orang berhak untuk hidup bahagia. Tak kira rupa, pangkat, darjat dan harta. Dan Adi sudah berjaya mengecapinya. Selamat pengantin baru Adi. Semoga kekal hingga akhir hayat.

Oh ye, kad jemputan tu dah agak comot memandangkan abah aku ingatkan itu poskad iklan ntah apa-apa. Lalu abah aku selamba lipat dan tulis nombor telefon kawan dia kad belakang kad jemputan tu. Sabor je la....

Friday, December 19, 2008

Bila Bos Cuti, Masa Untuk Berjiwang!!!!


Kadang-kadang, ada orang yang sanggup lepaskan peluang, untuk menunggu peluang lain yang kononnya lebih baik. Tapi tak sedar, entah akan datang atau tidak peluang tu. Jadi, orang tu akan cuba menjadi ego, kononnya taknak, walhal dalam hati nak. Sanggup tahan, padahal setiap hari membebel perkara yang sama. Kadang-kadang rasa nak

“ah! Amik je lah dia.”

Tapi tiba-tiba terfikir, “dia tak cun@hensem la…aku boleh cari yang lebih baik lagi”. Bodoh.
Wah…sedap je aku kata dia bodoh. Ya…itu hak dia untuk memilih. Cuma kadang tak berpadan. Kawan aku, sikit punya lawa, pakwe dia pulak, sorry to say, memang tak hensem la. Tapi dia baik sangat. Abang aku pulak, sikit punya hensem (tapi aku tak cun, sebab aku lain-lain mak dengan dia), tapi bini dia, tak cun mana pun…(ampun kak iparku). Ada banyak faktor dalam memilih pasangan ni kan. Tak semestinya bersandar pada rupa sahaja. Daya penarik tu yang penting sekali. Dan aku tak jumpa lagi apa daya penarik aku (bunyi cam sangap).

Baru tadi, ex-bf kawan aku call aku, mintak nombor tepon kawan aku tu. Diaorang dah clash sebab kawan aku tak tahan dengan perangai ex dia yang belom kawin dah tunjuk garang tu. Padan muka kau. Dah clash, nak rujuk balik pulak, bila couple, memaki-maki awek ikut sedap mulut. Itu belum kawin, dah kawin kang pukul-pukul bini pulak. Apa dia ingat pompuan ni boleh dibuat suka hati? Mengong la dia ni. Stalker pun ya jugak, habis semua kawan kepada kawan aku tu ditelefonnya untuk dapatkan nombor telefon kawan aku tu. Semua tak kasi, termasuk aku. Sempat jugak aku nasihat dia sedas tadi,

“ Lupakan je Adi (bukan nama sebenar) tu, dia pun dah ada pakwe baru. Awak pun muda lagi, lama lagi hidup. Janganla kacau dia lagi..”

eh…ingat dia nak terima nasihat aku tu, rupanya dia menjawab,
“saya bukan apa pun, memang dah lupakan dia. Cuma ada benda nak cakap sikit je lagi. Hal antara saya dan dia.”

Eleh…ada aku kisah? Kalau aku kasi nombor kawan aku, gerenti dia kacau kawan aku sampai nangis. Biarlah kawan aku tu cari kehidupan lain, dah cukup terseksa aku tengok. Lagipun, aku nampak kawan aku tu dah bahagia dengan pakwe baru sekarang. Hohoh! Mery krismes! (tetiber..)

Kalau yang laku, berebut-rebut orang nak. Kalau yang kurang “ baek punya..” ni, nak cari sorang pun payah. Ely cakap ‘cinta itu tidak boleh dikejar. Semakin dikejar semakin jauh ia pergi’. Betullah tu, sebab tu aku tak kejar. Tapi bila wat derk je, takde pun cinta melayang datang. Apa ni? tipu ke?

Semalam, housemate aku tanya aku samaada aku nak kenal dengan seorang lelaki ni, tapi aku cam malu lalu buat-buat tak dengar. (ish..kenape aku cerita kat sini…ayu, kalau ko baca, ko jangan bagi tau orang lain!!!). Pagi tadi terbaca blog pjoe pasal ‘bila bertembung kekasih lama’, teringat pulak kat orang yang disukai aku tapi dia tak suka aku. Tapi, aku sendiri yang bengap, tegur pun tidak, macam mana aku nak tau dia suka aku ke tidak. Padahal kami kenal dari sebelum masuk U lagi. Bila jumpa satu U, boleh tak bertegur sape. Memang memnjengkelkan, aku dan dia. Macam main tarik tali, yang tiada kesudahan.

Mungkin aku tak sedia lagi. Aku mahu, tapi malu..(muka merah…). Betul..hari-hari aku jeles tengok orang bercinta, tapi aku tak sedia lagi kalau ia datang sekarang. Lebih kepada malu sebenarnya. Bodohla aku ni. Sebab tu aku buat tak dengar apa housemate aku cakap. Melepas lagi satu peluang. Benci perasaan macam ni. Perasaan nak tapi malu dan tak sedia. Rugi jadi macam ni. Susah nak rebut peluang, susah nak berjaya nanti.


Edit : syukur aku lulus semua subjek dalam exam semester lepas. yahooo!!!!!!

(inilah akibat bila bos takde. jiwang semacam)

Tuesday, December 16, 2008

Tasya..aku rindu kamooo!

Kadang-kadang aku bosan menjadi diri sendiri. Sebab diri aku tak best. Rasa sangat lemah. Tak tahu hala tuju. Semakin cepat bosan. Semakin lembap memproses ilmu. Mungkin aku terlebih makan organ dalaman haiwan seperti hati ayam masak kicap sambal, limpa lembu goreng, tongkeng ayam goreng dan banyak lagilah. Kata orang, banyak makan organ dalaman ni boleh jadi bengap. Aku rasa betul. Tapi aku suka hati ayam lah..

Aku memang kurang interaksi, tapi tak bermakna aku kurang aksi. Kadang-kadang aku rasa nyesal dengan apa aku buat. Nampak janggal dan tak patut. Sebab itu bukan aku. Benci betul. Tapi aku taklah rasa bosan dengan diri sendiri. Aku puas hati dengan apa yang aku ada. Cuma, orang di sekeliling buat aku rasa tak puas hati dengan apa yang aku ada. Astaghfirullah... teruk betul pemikiran aku. Maaf tuhan, kerana mengeluh. kadang-kadang aku perlu luahkan. kalau tak, makan dalam, makan hati aku, tidakkk!!!! aku taknak menjadi semakin bengap.



Aku rindu Tasyalah..mungkin aku kena balik rumah cium dia. supaya aku jadi semangat semula.

Wednesday, December 10, 2008

Living in a Ladies Club House, best...

Hup!!!! Dengan semangat aku memblog. Baru aku dapat tahu bahawasanya dalam Chemical Laboratory ini ada internet connection secara wireless. Sepanjang 2 minggu berlalu, aku cuma membontoti makcik-makcik dalam lab ni sambil bertanya “akak tengah buat sample ape tu?” dan “sample ni untuk test ape kak?”. Sangat boring!!!! Encik ahmad, chief chemist berkaca mata tebal yang supervise aku tersangat busy sehingga tak punya masa untuk beri projek yang sepatutnya aku buat. Kebusyannya terserlah bila mana aku senyum je kat dia, dia terus cakap “sekejap, sekejap, sekejap ye…” wth? Dia takut aku tanya pasal projek la tu. Tapi semalam dia sudah kasi method suruh aku baca. Itupun setelah dia nampak aku buka akaun Friendster dengan selamba sebagai tanda aku tersangatlah takde kerja. Keh3!



seorang kakak sedang buat kerja



Aku duduk di ladies club house bersama 4 orang pompuan. Dulu, club house ni tempat pekerja melepas tekanan. Tapi sekarang ia ditukar menjadi tempat penginapan untuk student praktikel. Dalam ini club house, ada snooker, dart, ping pong dan badminton. So, setiap malam kiteorang akan praktis snooker. Habis praktikel ni, bolehla aku wakil negara p sukan Sea ke, Komanwel ke, dalam kategori snooker pompuan. Keh3!



lampu kalimantang di court badminton



meja snooker


Tempat kerja dengan tempat tinggal aku sekarang ini jauh jaraknya. Perjalanan dengan kereta yang dipandu laju pun memakan masa lebih kurang 30 minit. Aku menumpang Kak Lin ke tempat kerja. Beliau ni seorang pemandu wanita yang selalu mengecewakan lelaki lain di arena jalan raya. Bawak kereta mnacam dalam cerita Tokyo Drift (tipu ah...). Tapi memang lajulah, selalu kami berjaya tinggalkan kereta abang bujang yang duduk dekat dengan club house kami tu. Walhal kereta satria yang dia sudah modified tu nampak lebih gah daripada kereta proton saga aerobek Kak Lin.

Berbalik tentang kerja. Semua staff dalam lab aku tu sudah berkahwin. Maka setiap hari ada sahaja lawak sensor dari mereka. Malu aku mendengarnya (eiceh!!). Baru aku tau situasi bekerja dengan orang dewasa yang sudah kurang malu. Huhu! Tapi, percayalah, kalau aku jadi seorang chemist nanti, aku takkan biarkan makmal aku suram. Aku akan dengar lagu sambil menyanyi-nyanyi ketika bekerja. Seorang chemist tak semestinya nerd seperti En. Ahmad. Bak kata Mamat (bukan nama sebenar), diaorang banyak duit, tapi busy sangat sampai tak ada masa nak belanjakan duit itu. Kesian, mesti diaorang tak tahu apa itu keseronokan. Eh, tapi En Zaki di lab wastewater yang hensem berlesung pipit tu nampak seperti tidak nerd. Itulah idolaku! En Zaki…esok
cuti, jom karaoke!;)

Dan pada suatu malam, bulan pun tersenyum.



Kemudian, Bukit Antarabangsa pun runtuh... Suka-suka je aku kaitkan. huhu..

Tuesday, November 18, 2008

The emancipation of me II




EXAM DAH HABIS!!!!!!!!

(intonasi jeritan menyerupai jeritan Lyn dalam KAMI The Movie).


Ye, ye! Esok boleh balik. Boleh tidur, boleh makan, boleh nyanyi kuat-kuat, boleh jalan-jalan. Ayu, jom la mandi pantai. Kita sambung projek kita yang terbengkalai semester lepas. Pergi Teluk Batik dengan Wan, naik bot pisang! Jomlah!

Aku tau... mesti kau akan cakap, pala otak kau ja? Aku ada review sampai 24 haribulan. Lepas review aku terus kene pergi praktikel. Kau pergi la naik bot pisang sorang-sorang!

Ala.....

Macam tu, tak dapatlah kita menikmati hari cuti dengan gembira. 24 haribulan tu, aku pun kene pergi praktikel. Tapi takpe, aku praktikel di Pulau Carrey, duduk di Kelanang. Jadi, hari-hari aku boleh nampak laut. Hari-hari boleh mandi laut. Kelautlah kamu sora...

Cuti yang mundur!

*sekali 2 aku post. Entah bila aku dapat bukak blog lagi. Hu...

Sunday, November 16, 2008

Roti Penyelamatku Malam Ini

Alahai kesiannya aku pada diriku sendiri. Dari petang tadi tahan lapar. Dah la hujan, memang sedap kalau dapat nasi panas lauk ikan kembong masak berlada yang mamu selalu masak kat rumah tu.

Tadi, aku tengok dompet, tinggal sen. Jadi, aku pergi ATM nak keluar duit ptptn. Ya, aku belajar guna duit ptptn. Haih, dari jauh aku tengok ATM gelap je. Aku mula tak sedap hati. Sampai pintu ATM, sah, tak boleh keluar duit. Aaaa!!!! Tidak!! aku lapar ni....

Bawak muhasabah diri. Aku cek balik duit, kira-kira, ada RM2.00. Aku pergi koperasi beli roti. Roti pun cap ayam je. Makanlah dengan jem aku yang tinggal ciput dan cicah dengan nescafe hot. Takpela, janji aku tak pengsan kelaparan. Hu... ya, aku miskin. Tapi aku tak kisah makan kangkung kat rumah. Mak....lusa saya balik. Mak masak goreng kangkung panas dengan ikan kembong berlada ye. Kita makan sama-sama. Huuuu...I like.



ni roti tu...sedap....=)

Tuesday, November 4, 2008

Student Life, dan tahap ketensionannya?

Dapat juga aku update blog. Selama ni aku cuma baca blog orang je, itu pun bila aku rasa macam nak berhenti belajar akibat tekanan study. Tapi masalahnya, hati-hari, tertekan. Jadi hari-harilah aku baca blog orang. Huhu. Nak update blog bukannya senang, aku takde masa, takde benda nak cerita (sebenarnya banyak, tapi yang bukan-bukan je) ditambah dengan internet connection dalam bilik aku ni yang macam bengap, dah elok-elok siap taip post, nak enter, “problem loading page” pulak. Hangin je aku, bertambah-tambah angin dalam badan yang dah sedia banyak akibat menunduk je kat meja study, (tunduk tidur sebenarnya..huhu). Nasib baik ada koyok dan minyak cap kapak.



Huargh… mengantuk pula.. Ha…di sini, aku nak memberi gambaran bilikku, yang sangat berkecamuk sejak exam dah mula ni. Inilah rupa meja study aku. Ini kira tak dasyat ni, student lain musti lagi onar meja diaorang. Sebab aku ni pembersih. (ah..alasan, ko malas sebenarnya sora..). Taklah, masa ni aku study subjek Environment, nota dah buat awal-awal sem dulu, tinggal hafal je, jadi tiada anasir buku teks di atas meja aku pada ketika ini. Cubalah amik gambar masa aku study Chemical technology ke, tak cukup meja study, katil pun aku onarkan sekali. Huhu.. (..aku frustlah dengan Chem Tech..macam ada peluang untuk berjumpa dengan Mr. Stephen Lee lagi pada sem depan, sambil mendengar dia berkata “paham atau tak paham?”.. Ya Allah, jauhkanlah hendaknye.)



Ini walkman cabuk aku. Lama dah ni, dibeli masa semester 2 diploma lagi. Harganya lebih murah dari mp3 aku yang rosak tu, tapi masih berfungsi dengan baik. Masalah dia cuma, kaset hanya boleh dimainkan kalau aku sendal play button dengan pembaris, dan ia tak boleh diswitch off (kene cabut bateri untuk swith off), yang lain tiada masalah. Sepanjang masa sewaktu aku study, benda alah ni hidup je. Malas aku nak cabut-cabut bateri dia. Daif sungguhkan. Ah, malas aku nak beli mp3 lagi, menghabiskan duit ptptn je. Hutang tu pun belum tentu bila boleh habis bayar. (aku melalut)



Ya..ini dia.. diperkenalkan, pakweku. Handsome tak? Hahahahaammsaaap! Ni pelakon jepunlah. Nama dia Hedeaki Takizawa. Dialah sumber inspirasiku. Ryurisora tu, asalnya dari dialah. Nama watak dia dalam cerita Anchorwoman. RYU. Alamat e-mail aku pun; hede_taky, (nama dia). Banyak memberi influent pada aku dia ni. Gambar dia ni aku tampal dekat bekas pen tu sejak dari diploma semester 2 juga. Letaknya mesti di hadapan aku di atas meja study. Jadi bila ada soalan yang tak dapat dijawab semasa aku sedang study, aku akan tanya dia. Tapi dia tak pernah jawab weh.. dia bisu ke, dia tak tahu ke, dia malu dengan aku kot..huhu (aku melalut lagi)



Ini jadual exam buatan tangan ibu..eh, aku. Dekat bawah tu aku lukis gambar orang bertanduk mengangkat peace sambil berkata “Good luck! Belajo rerajin! Jangan malas! Ganbatte!”. Huhu. Hari tu kawan aku ada tanya, “kenapa kau lukis gambar orang bertanduk?” Aku jawab, “Ni kononnya setan, setan pun tak nak hasut aku masa exam ni. Dia pun suruh aku belajar rerajin”. Tapi adakah ia berhasil? Tidak, setan tu tetap makhluk yang ingin menyesatkan umat manusia. Tetap hasut aku supaya cepat putus asa. Jahat kau setan. Aku takkan tunduk pada hasutan kau. Kuatkanlah imanku ya Allah.



Ini pulak gambar katil aku. Punyalah bersepah, cadar tak kemas, nota bergelimpangan, lap hingus bersepah. Ishk3...Aku kerap berulang-alik dari katil ke meja study. Keadaan ini terjadi bila aku mengantuk, tapi tiba-tiba teringat masih ada banyak chapter yang perlu ditelaah lagi. Letih sungguh hidup macam ni.

Dalam musim exam ni, macam-macam gaya orang tension bolah dilihat. Orang yang tension akan menutup pintu dengan kadar hempasan yang kuat, tak kiralah pintu bilik ke, pintu tandas ke, pintu kereta ke. Pernah juga terjadi, semasa aku di dalam bas, aku ternampak seorang mamat duduk kat penghadang jalan di kawasan yang curam, menghadap pemandangan kolej-kolej dalam universiti aku, sambil menikmati goreng pisang. huhu.. Aku pulak, kalau tension, aku dengar lagu kuat-kuat sambil baca blog. Ataupun pergi tengok tv, ataupun basuh baju sambil berus kuat-kuat.

Aa…bila nak habis study ni….. aku perlukan tidur, makan dan pakai yang cukup....

Wednesday, October 22, 2008

The emancipation of me!

Hari ini adalah hari kebebasan aku daripada Skem. Sudah lama aku dengan Skem, 3 semester tu... Naik jelak aku dengan dia. Setiap hari minggu mesti aku kena jumpa dia. Lama pulak tu kalau jumpa. Daripada pagi sampailah ke petang. Dia duduk di gombak. Aku kenal dia dari promosion yang dia buat masa dia datang pesta konvo di universiti aku. Aku pulak terpedaya dengan cakap dia. Sebab dia kata dia murah. Memang dia murah, tapi, di sebalik kemurahan dia, macam-macam halangan lain ada. Mula-mula dulu dia janji nak hantar aku pergi dan balik. Tapi, sejak semeter 3, dia hantar aku kat LRT Putra je, lepas tu aku kene balik sendiri ke Shah Alam. Jauh tu, banyak masa aku terbuang untuk dia. Tambang sendiri pulak tu... Jahat la dia. Ini antara pendapat orang lain tentang Skem: klik sini

Tadi, aku dah lulus ujian bermotor jpj. Jadi aku tak payah pergi jumpa Skem lagi. Aku rasa sangat gembira!!!!

oh ye...Skem tu nama tempat aku belajar memandu tu. hehe..=p

Sebenarnya tak lah teruk sangat Skem tu. Dia memang murah. Tapi kalau duduk jauh dari Gombak memang susah. Diaorang buat promosion jauh-jauh dengan janji dihantar diambil. Mula-mula hantarlah, tapi bila dah lama-lama, turun stesen LRT je lah. Lepas tu pandai-pandailah balik sendiri. Itu yang tak seronoknya.

Akhir kata, terima kasih cikgu. Saya dah lulus dah..ngehehe =]]

Monday, October 6, 2008

Hari Raya, Hari Yang Mulia, Tapi Masih ada yang Berduka




Raya pada tahun ini adalah raya yang tidak menyeronokkan bagi aku. oklah..biasa-biasa saja. Sebab tak seronok, satu gambar raya pun aku tak ambil. tak mengapalakan, mana tahu, tahun depan seronok. Gambar yang aku ambik pun gambar entah ape-ape.

Tak seronok sebab,
pakcik aku dalam kesusahan, kedai dia baru terbakar,
aku tak dapat duit raya banyak sebab kedai pakcik aku terbakar,
Baju raya aku satu je (memang awal2 dah takde feel)
mak saudar aku meninggal dunia raya ke-3..(al-Fatihah)
mak long aku koma kat hospital banting...
dan,
aku tak dapat tengok KAMI The Movie...
nak tengok sekarang, dah start kelas...bongok!!
nanti aku beli vcd dia aku tengok seribu kali!




Tapi aku dapat satu anugerah..
kucheng!!!!!
yang adek aku kasik nama tasya..
gedik ayam punye adik, nama menggelikan.
aku panggil meowwww jer..
malas nak pikir..


Inilah raya aku tahun ini, hanya ada bulan, kucheng dan sepupu aku yang main bunga api nih.