Friday, May 20, 2011

anugerah abadi yang takkan datang lagi

yang dipeluk erat,
jangan direnggang-renggang,

yang dikucup-kucup,
jangan diludah,

yang diraup wajahnya,
jangan disimbah air

yang dipimpin tangannya,
jangan dilepas,

yang sayang,
terus disayang

yang dicinta
terus dicinta

anugerah Allah itu, sentiasa dihargai
baik buruk sesuatu, ujian yang pasti, menguatkan rasa syukur,
atas anugerah yang diberi

kita gembira
dan harus lebih gembira
tetap jadi hunter, isteri, kakak & anak mami abi

sekelilingku
adalah anugerah itu...

Sunday, May 15, 2011

enggak sampai aku di terusan suez, jika enggah penuh ilmu di dada (terbalik-terbalik susunan ayat)

Me..mengantuk..tapi teringin nak mengepost sepam post. err...

malam sunyi ini, lakiku kerja malam, i'm alone and lonely. sedang mengakses internet untuk cari kerja kosong. haish..payah betul nak temu. semua dah sign up; jobsmalaysia, jobstreet, jenjobs,allyhunt, monster, dinosor, tp belum jodoh lagi. ada satu dua kerja, jauh dari suami pulak. tak buleh jugak, sebab tempat isteri adalah di sisi suami...kan

kadang-kadang rasa macam tak buleh tahan jugak. mungkin ini dugaan aku. kata lakiku,
"sabar le, ini dugaan allah untuk kite, mungkin lambat dapat kerja, tapi dapat yg lebih baik, mane tahu.."ngaaa...aku merungut sebab sesekali rasa tak kuat.hish...

buat masa sekarang, boleh kategorikan aku sebagai desperate housewives,ehehe..yg aku desperate kan..korje la pe lagi..

tapi, bagus jugak. sekaranglah masa aku belajar ilmu rumah tangga. boleh baca buku 'Cakar Harimau' dan 'amalan ibu mengandung' dari ustzh siti nor bahyah yg memang sangat2 beguna. aku ada jugak nampak satu buku kat atas rak tv rumah laki aku tajuk 'don't be sad', ni akan jadi bahan jugak ni. tp mungkin lambat ler nak abes, sebab dalam english..heheh..sebab aku kene banyak rujuk pada kamus bahasa inggeris-bahasa melayu. makan masa tu tau..hmmm

bab masak memasak pun aku tengah belajar, oleh kerana xde guru, belajar le sendiri. hehe. sambil rujuk blog2 yg ada resipi macam blog ni. antara menu yang aku dah cube dalam sebulan jadi isteri ni adalah seperti berikut:

1)ayam masak merah
2)telur masak belada
3)ikan kembong/pelaling masak belada (aku baru tau ikan pelaling tu nama lain ikan kembong..ahaha. kuno aeh..)
4)sambal tempoyak
5)masak lemak tempoyak udang
6)sambal kicap goreng
7)pedal masak pedas cili api tebaboo
8)ayam black pepper
9)masak sayur air
10)sop sayur
11)sambal goreng ikan bilis
12)sambal tahun kerang
dll seperti telor dadar..ehehe. semua di atas adalah masakan yg simple jew, tp kalau tak pandai masak sedapnye tak ade di situ..yang aku buat, ada yg jadi, ada yg tak jadi..maaaakan je la bang ye..

kebanyakan lauk aku masak adalah sambal dan sayur air.
ya...sebab lakiku org jawa minang,aku pulak org jawa melayu, selero den ngan dio memang seghupo...

senang la nak kautim. =)

mengantuk dah...