Sunday, February 8, 2009

Saya Sedang Bersemangat!

Berdiri tegak, pandang ke depan dan nyanyi kuat-kuat penuh semangat!

UiTM Dihatiku.

Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
Bagai Obor Ilmu Memayungi Putera Puterinya
Pelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama.... Negara
Pembentuk Akhlak Manusia, Agar Jadi Sempurna

Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
Untuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku

Majulah Bangsa, Maju Negara
Berkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa

Watikah Yang Ku Miliki Kan Ku
Semat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi Untuk
Menabur Bakti
Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda Ku
Untuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia

Inilah kesannya jika anda menghayati modul program pembangunan & kepimpinan pelajar dengan seasyik-asyiknya. Saya jadi seorang yang sangat menyanyangi universiti dan tiba-tiba rasa sangat berat hati untuk tinggalkan institusi pengajian tinggi ini.

Semasa menyanyikan lagu ini di dalam dewan pagi tadi, saya begitu bersemangat berdiri tegak tangan ke sisi. Bersama lebih kurang 400 pelajar lain, saya menyanyikan lagu ini penuh semangat sambil bertukar-tukar intonasi suara sekejap rendah, sekejap tinggi kerana lagu ini perlukan nada sedemikian rupa. Rasa sedih kadangkala menerjah jiwa tatkala lagu ini dialunkan dek kerana iramanya yang lembut mendayu tapi tak bermakna ia layu. Lagu ini penuh dengan semangat warga pelajar kami. Semangatnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang berada di situ merasai bahangnya, melebihi bahang AF7 yang bakal menjelma tak lama lagi.

Sedang saya menyanyikan lagu ini, kadangkala saya tersyasyul sedikit akibat tidak menghafal lirik. Terukkan saya, walaupun saya sudah hamper 5 tahun di sini, dan walaupun komander JPA3 saya masa diploma dulu selalu suruh nyanyi lagu ini ketika berkawad seorang demi seorang, saya masih tak ingat lirik juga. Sah, saya bukan peserta ideal untuk rancangan ‘jangan lupa lirik’. Sebab itu saya cari lirik lagu ini kerana saya nak menghafalnya agar saya boleh ingat sampai ke tua nanti. Saya dalam dilema lagi, antara gembira dan tidak sabar menunggu hari konvokesyen saya, dengan berat hati untuk meninggalkan institusi yang menyimpan 1001 kenangan pahit manis ini.

UiTM di hatiku

4 comments:

BudAk hijAu said...

patriotik sungguh!!!

Unknown said...

ajaa..best yer ko nak grad.aku sguh jeles!!!

Siti Syawal said...

budak hijau...biase2 sajer.huhu

kasut...ayu!!!!aku nak download hanakimi kat ko! bile mau datang?

Unknown said...

aku lg bz ni..hihi,kamis ni ade submitn..tgk laa klau sok lpas submitn aku x pengsan.aku msg ko k.hukk