Saturday, February 28, 2009

serabut macam sabut



tak tau nak cakap apa. kene balik rumah ni. harus!

update: explorace dapat tempat ke-2. wuuuuhhhhuuuu!!!!!!!

Tuesday, February 24, 2009

Lari Dari Apa Entah

Aku suka berlari. Bila lari, peluh keluar banyak menitik-nitik penuh satu muka. Bila lari, tak perlu pandang belakang. Terus tak berhenti-berhenti. Tipu aku, kalau penat berhentilah juga, takkan terus saje, takkan hanya fikir nak lari tanpa fikir kemampuan sendiri. Kalau pengsan di tengah jalan, apa pun tak dapat, mana garis mula, mana garis tamat, tak jumpa. Sudahnya dapat sakit, jiwa dan raga.

‘Charity Run for Gaza’ yang aku turut serta dengan kawan-kawan kelajuanku hari sabtu yang lepas menyeronokkan juga. Walaupun aku hanya dapat penat, tapi kepuasan larian itu sangat-sangat berbaloi. Tambahan pula, aku dah lama tak bersama dengan dua orang kawan itu. Rasa seronok pula bila dapat berjumpa, ketawa, berlari, bergambar, mengorat dah mencuri kotak bersama-sama. Macam dulu-dulu, ketika masih budak hingusan lagi di universiti ini. Rindu kamu kawan-kawan. Jumpa lagi di larian ahad depan.


laluan menurun bukit, aku tak dapat nak berhenti, laluan menaiki bukit, aku tak dapat nak lari.



macam zombi menuju matahari.




kasut aku yang buruk sekali dengan kaki kelihatan terkehel



Lepas larian hari itu, aku terus demam. Memang larian secara paksaan sebab sebelum tu aku dah sakit-sakit tekak, tapi aku puas. Sebab semua serabut-serabut dalam otak aku dah cicirkan sepanjang trek larian. Tinggal sikit-sikit saje untuk kenang-kenangan.

Sunday, February 22, 2009

Menantikan Saat Termampu

Lagu ini menjadi kegemaran seorang insan yang telah meninggalkan dunia ini pada usia yang sangat muda. Arwah adik kepada teman sebilik aku. Aku tak kenal dia, tapi mendengar cerita tentang penyakit barah lymphoma yang dihidapinya membuat aku terharu dan insaf. Kata roommate aku, penyakitnya dikesan bila sudah sampai tahap bahaya, iaitu setahun sebelum dia meninggal dunia. Dalam jangka masa setahun itu, rawatan yang dia terima menambahkan lagi kesakitan yang sudah sedia ada. Satu lubang kecil pada lehernya terpaksa ditebuk untuk makan dan minum. Tapi kata roommate aku, arwah adiknya itu sangat tabah. Dia masih mahu menduduki PMR walaupun keadaannya tak mengizinkan, dan berjaya mendapat 8B walhal dia tak pergi kelas selama setahun. Belajar sendiri di hospital.

Menurut roommate aku, arwah adiknya itu menyukai seorang gadis di sekolahnya. Sebelum dia meninggal dunia, dia sempat menelefon gadis yang disukainya dengan bantuan roommate aku sendiri. Katanya pada gadis itu,
“aku suka kat kau sebenarnya, nanti kalau aku dah tiada, jangan datang lihat jenazah aku ye, jangan sedih ye.”
Bersaksikan semua ahli keluarganya, dia meluahkan perasaan kepada gadis pujaaan. Aku yang hanya mendengar ceritanya pun terasa sebak, apatah lagi yang mengalami. 3 jam selepas itu, arwah menghembuuskan nafas terakhir dalam tenang. Gadis itu datang melawat arwah, melanggar wasiat demi kasih. Dan aku tak rasa itu salah.

Jika dia masih hidup, mungkin lagu ini akan menjadi lagu cinta antara arwah dan gadis itu. Nampaknya, tuhan lebih menyayangi arwah Mohd Hafiz. Al-Fatihah, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai olehNya.


Exist - menantikan saat termampu


Tidak pernah terfikirkan tentang hidup
Bila senang kehidupanku
Engkau tiada di sisiku
Sedangkan aku berada jauh dari rona duka

Tahukah kau ku masih menyayangimu
Dan ku hirup bagai nafasku
Kasih yang sejati
Menciptakan mimpi yang kan terwujud
Dalamnya nanti kita berdua

( korus )
Menantikan saat termampu
Pelamin cinta milik kita
Kau tak pernah kucurangi
Malah sering ku mengingatkan...
"jangan kerna cinta sanggup kau korbankan
hingga hilang segalanya... hanya kerna cinta"

Tetaplah menjadi bintang itu
Bintang di hatiku
Peluk jiwaku oh...

Lenyapkanlah semua gundahku
Merawat hatiku
Damaikan jiwaku selalu


p/s: ada lirik je takde link utk download. ~malas~

Monday, February 16, 2009

Antara hidup dan mati. Berapa lamakah lagi?


aku rasa aku menghidapi sejenis penyakit yang agak merbahaya la. kerana penyakit ini boleh buat aku tak cukup masa untuk menjawab soalan peperiksaan. penyakit ni boleh buat lecturer tak faham apa yang aku tulis dalam answer paper sehingga menyebabkan dia menolak markah aku. bayangkan jika ketika itu markah aku adalah 50, yakni sedikit lagi tidak lulus, oleh kerana penyakit ini, lecturer aku mungkin akan menolak 1 markah daripada 50 menjadikannya 49, maka aku terpaksa repeat paper tersebut. bahaya tu...

mula-mula aku tak sedar pun penyakit ni. tapi semenjak dua menjak ni, bila kawan-kawan dah mula menegur, aku dibelenggu perasaan takut. berapa lama lagi aku mampu bertahan? kadangkala, ketika kami terpegang tangan antara satu sama lain, kawan aku akan tanya " kenapa tangan kau basah sangat ni?". ya, kami kadang-kadang berpegangan tangan. perempuan same perempuan takpelakan, kalau lelaki sesama lelaki orang cop gay pula. setiap kali kawan aku bertanya soalan begitu, aku jadi tak keruan. memikirkan masa depan.

setelah aku cuba kaji masalah ini, aku rasa aku menghidapi Hyperhidrosis. untuk lebih spesifik, aku menghidapi Palmar Hyperhidrosis. sampai bilakah aku mampu bertahan?
sampai bila?

*nangis* =p

Friday, February 13, 2009

"kenape tak cerita masalah kau kat aku?"

kau kan, pernah kau tanya aku. "kenape tak cerita masalah kau kat aku?"
dan aku katakan, "aku tak suke cerite"
kemudian kau kata. "kalau aku, aku suke cerite. rasa lege lepas tu"
kemudian aku kata. "ye ke? esok-esoklah aku cerite"
dalam hati aku, inilah kawan, mahu mendengar masalah aku, mahu membantu ketika perlu

dan suatu masa, aku ceritakan masalah aku pada kau kawan
tapi kau tak endah. kau buat tak dengar. kau buat tak kenal. namun aku sabar.
aku pulak yang tanya kau kawan. "ada masalah ke?". terbalikkan...
dan aku cuba bantu kau kawan, dengan sedikit cadangan, tapi kau ala-ala perlekehkan.
jujur kukatakan. "kau ni bodoh sombong lah!" tapi cuma dalam hati. dalam hati lagi.

sebab itu aku tak suka cerita kat kau apa-apa. walhal kau yang sentiasa di sebelah aku.
jadi jangan tanya aku lagi. "kenape tak cerita masalah kau kat aku?"

atau mungkin kau dah nak datang bulan. ok aku faham.

Sunday, February 8, 2009

Saya Sedang Bersemangat!

Berdiri tegak, pandang ke depan dan nyanyi kuat-kuat penuh semangat!

UiTM Dihatiku.

Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
Bagai Obor Ilmu Memayungi Putera Puterinya
Pelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama.... Negara
Pembentuk Akhlak Manusia, Agar Jadi Sempurna

Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
Untuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku

Majulah Bangsa, Maju Negara
Berkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa

Watikah Yang Ku Miliki Kan Ku
Semat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi Untuk
Menabur Bakti
Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda Ku
Untuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia

Inilah kesannya jika anda menghayati modul program pembangunan & kepimpinan pelajar dengan seasyik-asyiknya. Saya jadi seorang yang sangat menyanyangi universiti dan tiba-tiba rasa sangat berat hati untuk tinggalkan institusi pengajian tinggi ini.

Semasa menyanyikan lagu ini di dalam dewan pagi tadi, saya begitu bersemangat berdiri tegak tangan ke sisi. Bersama lebih kurang 400 pelajar lain, saya menyanyikan lagu ini penuh semangat sambil bertukar-tukar intonasi suara sekejap rendah, sekejap tinggi kerana lagu ini perlukan nada sedemikian rupa. Rasa sedih kadangkala menerjah jiwa tatkala lagu ini dialunkan dek kerana iramanya yang lembut mendayu tapi tak bermakna ia layu. Lagu ini penuh dengan semangat warga pelajar kami. Semangatnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang berada di situ merasai bahangnya, melebihi bahang AF7 yang bakal menjelma tak lama lagi.

Sedang saya menyanyikan lagu ini, kadangkala saya tersyasyul sedikit akibat tidak menghafal lirik. Terukkan saya, walaupun saya sudah hamper 5 tahun di sini, dan walaupun komander JPA3 saya masa diploma dulu selalu suruh nyanyi lagu ini ketika berkawad seorang demi seorang, saya masih tak ingat lirik juga. Sah, saya bukan peserta ideal untuk rancangan ‘jangan lupa lirik’. Sebab itu saya cari lirik lagu ini kerana saya nak menghafalnya agar saya boleh ingat sampai ke tua nanti. Saya dalam dilema lagi, antara gembira dan tidak sabar menunggu hari konvokesyen saya, dengan berat hati untuk meninggalkan institusi yang menyimpan 1001 kenangan pahit manis ini.

UiTM di hatiku

Thursday, February 5, 2009

Projek Tahun Akhir Saye

aku di dalam dilema. harus ke kiri kah, harus ke kanan kah, atau harus terus sajekah. banyak persoalan bermain di dalam kepala otak aku ni. pilihan yang bakal aku buat ini adalah tersangat penting. umpama memilih bakal suami lagaknya. wah!!! geli aku. apakah yang penting sangat itu...

TAJUK PROJEK TAHUN AKHIR aku!!!!!!!

kalau boleh aku nak tajuk yang baek punya, bermanfaat untuk sains dan teknologi, dan yang paling penting, mudah untuk dilaksanankan. banyak canthek muka aku, nak tajuk yang bombastik, tapi mudah untuk dilaksanakan? takdenye la....

antara tajuk yang menyesakkan otak aku:

1. competition of trace elements and other metals for plant absorption
2. the effect of laureate in henna
3. antioxidant in Morinda citrifolia Linn (mengkudu)
4. analysis of nutrients in plant

tajuk macam mudah, tapi nak mencari journalnya tu yang malas. kalau la supervisor aku macam supervisor orang lain, bagi tajuk, bagi journal siap-siap, kan ke bahagia hidup aku. inilah, pelajar-pelajar kita. semua nak suap. nak jadi spoon feeding person. haha..aku dengki sebenarnye.

kalau lah aku boleh pilih tajuk seperti di bawah ni, kan ke best:

1. blog addicted among malaysian
2. world without internet
3. blog effect's on human health
3. will relationship between liyana jasmay and aizat last longer?
4. the probability of tomok become the winner of 'one in a million' season 3

eheh...nacam tajuk karangan bahasa inggeris je. tapi kalau ini betul-betul boleh jadi tajuk projek tahun akhir, serius aku buat dengan penuh dedikasi. tak perlu guna mesin, bahan kimia segala. boleh cipta teori sendiri. kan mudah... huhu

kami memang giler

Monday, February 2, 2009

2 Perubahan, 1 Fakta, 2 Tak Best

Cuti yang menyeronokkan sekali. Setelah seperti 8 juta tahun aku tak bercuti, cuti pertengahan semester pada kali ini adalah yang terbaik sepanjang karier aku sebagai pelajar. Banyak juga perubahan telah berlaku di sekitar rumah. Kandang rusa sebelah rumah tu dah tiada rusanya. Mak aku kata semua dah disembelih untuk kenduri kawin anak Pakcik Zikri yang diadakan di dewan sabak tu. Wah…rugi aku tak datang, kalau tak boleh makan daging rusa sambil jumpa kawan lama aku di majlis perkahwinan tu. Adi (bukan nama sebenar), kau ingat lagi tak pada aku agaknya.. dulu masa tadika kita jadi partner dalam pertandingan bercerita. Tak ingat tajuk cerita tu, tapi macam pasal tebuan. Kita dapat hadiah pensil HB warna merah dua. Aku rasa kita kalah, sebab ada budak dari tadika lagi satu dapat hadiah pinggan. Kalau Adi maseh ingat, masa balik tadika, kita akan singgah rumah Siva, tekan loceng rumah dia, kemudian kita lari laju-laju. Kau la yang lari, aku naik basikal sebab rumah aku jauh sikit. Hahaha..mesti mak siva bengang, asal pukul 11 je loceng rumah dia bunyi. Asal loceng rumah dia bunyi je pukul 11. Eh, aku rasa macam nak pergi mintak maaf la pada mak siva, tapi dia dah pindah la pulak. Mungkin sudah tak tahan dengan gangguan kita. Hm…
Bawah ni, kandang rusa yang sudah sunyi sepi...



Perubahan kedua, Tasya. Dia sudah tak merajuk lagi dan semakin gemok. Tapi dia seperti meminggirkan aku. Dia lebih suka ikut mamu dari aku. Kalau aku yang keluar, dia akan buat-buat tidur, tapi kalau mamu yang keluar, mula la dia mengiau sambil kejar-kejar mamu. Tak guna! Aku buang kau nanti baru kau tau. Eh tak boleh, nanti mamu pulak yang buang aku, sebab dia dah mula sayang sama itu kucing, babuji pun sayang. Pelik, sebelum ni mamu tak suka kucing.. mungkin mamu kesunyian tanpa aku dan adik aku di rumah. Walaupun adikku sudah balik ke rumah, tapi dia bukan lekat kat rumah, dia lebih senang lekat di ‘Ali’, minum-minum kopi sambil bincang pasal masa depan dengan kawan-kawannye.

Perubahan ketiga….he dah takde dah. Sikit je perubahan kat rumah aku rupanya. Huhuhu..
Oh ye, aku teringat sesuatu. Baru-baru ni aku dapat tahu bagaimana nak mengklasifikasikan seseorang lelaki itu dalam kategori metroseksual. Lelaki itu pasti ada bedak talkum di dalam almari bajunya. Kalau takde pun, dia akan guna kawan dia punya. Jenama pilihan selalunya Dunhill. Mungkin sama dengan jenama rokoknya sekali. Ye ke? Kemudian, dia akan ada ‘lip balm’ ataupun pelembap bibir. Tapi lelaki metroseksual bukan menggunakannya ketika bibir kering. Beliau akan guna ketika lidah kering. Hah! Hahaha!. Pilihan pelbagai perisa, daripada strawberi hingga ke vanilla. Dan yang paling comel, lelaki metroseksual pakai minyak rambut jenama Johnson & Johnson untuk memastikan rambut sentiasa lembut dan lembap berbau bayi. Ya..mereka suka bayi. Huhuhu.. ini semua fakta tau. Sumber dari sini. Hohoho

Dua je, Dua je yang tak best, Dua je.. kenape bus stand klang sudah ditukar ke Klang Central? Dan kenapa kita kena pulang ke asal sedangkan apa yang kita sedang lalui itu tersangatlah membahagiakan? Macam kena balik belajar semula sedangkan duduk rumah itu lagi menyeronokkan.ha....