Tadi mak aku kata, dia dok pikir tambi makan apa kat sana. Macammana rupa tambi menadah mintak kerja. Sembahyang ke tak tambi kat sana. Cukup ke duit yang mamu bekal untuk tambi. Huish... sayang benar mamu kat tambi. Risau benar dia. Aku kata, sabar la mamu, biar dia belajar hidup susah. Selalu nak suap je, sekarang pandai-pandailah dia suap sendiri. Huargghhhh !!!! makin kuat mamu nangis. Aku salah cakapkah ?
Aku pun mesej tambi bertanya kabar. Rupanya dia tengah berusaha. Penat katanya, tapi masih tak jumpa sebarang lubang-lubang kerja. Kesian kau tambi. Kalau aku ada syarikat pembungkusan kerepek, dah lama aku offer kau kerja. Jadi manager bahagian marketing lagi. Tapi sayang, usahkan syarikat, sikat harga RM5.00 pun aku fikir dua kali nak beli. Sebab rambut aku, guna jari pun boleh.
Dalam mesej, aku katakan pada tambi bahawa mamu menangis mengenangkan dia. Aku kata, masa aku nak p dulu, mamu takde nangis sampai macam tu sekali. Maknanya dia sayang sangat sama tambi. Tapi tambi aku tu berjiwa kental. Dia balas macam ini :
“ye r, ak kn ank ctan..dye tkt r ak x$mengGah kt cni..k r,nk cr ag Ni..bye”
(ejaan dalam ayat ini ditiru bulat-bulat dari mesej yang dihantar oleh tambi.)
Kalau ditafsirkan mengikut fahaman aku, ‘ye la, aku kan anak setan, dia takut la aku tak semenggah kat sini. Ok la, aku nak cari @ curi lagi ni. Bye’.
Aku harap sangat ‘cr’ itu untuk cari, bukan curi. Hoho…adikku adikku..
Aku pun balas begini:
‘apa pulak anak setan, ko anak berok la……(selebihnya tak boleh dipapar di sini.)’
selebihnya tu lebih kepada kata-kata galakan dan nasihat berbentuk islamik untuk menyedarkan tambi.
Apa-apa yang terjadi pun, aku harap adikku itu selamat selalu. Tak kira di mana dia berada, tak kira kerja apa yang dia buat, asalkan halal. Biarlah dia tahu susah hidup sendiri. Sebab sebelum ni, dia sentiasa berada bawah keti** mamu saje. Nampak macam jiwa kental, tapi lembut hati sebenarnya tambi tu. Hoho..adikku adikku. Satu-satunya adikku.

Sejujurnya, gambar di atas bukanlah gambar adik aku. Tapi aku amat mengharap dapat adik sebegitu rupa. hohoho