Tuesday, December 15, 2009

Jalan selepas ini,
rupa-rupanya, lebih mencabar

Bila lah agaknye manusia dapat relax

hm..


Sunday, November 22, 2009

Kerabu mangga dngan ikan stim dia sedap,


Tengok tu. Amik gambo tak reti susun betul-betul. Terabur sesuke hati. Diner langsung tak grand. Makan rakus. Orang dah nak tutup kedai, korang jerit-jerit lagi, amik-amik gambo yang bukannye cantek pown. Tapi tu yang kita suke sebenarnye kan. Hmmmm..


Kami ni memang ntah ape-ape. Selalunya, bila sesuatu dah las menet, baru nak buat-buat kelam kabut. Tengok la projek tahun akhir kita, berapa kerat je yang siap awal ? majoriti siap lambat. Esok presentation projek, hari ni masih ada yang terkial-kial depan fume hood lepas tu lari-lari pergi analyse sample guna UV-spectro. Pas tu pommm !!! meletop ! Semester lepas lagi dasyat, makmal siap meletop-letop lagi. Hehe.. Macam ni ke chemist ? langsung TAK ! Kita memang ntah ape-ape.


Time test, macam-macam kita buat. Ada yang bawak nota, simpan nota dalam henset, tulis rumus atas meja, gulung-gulung kertas baling kat tengkuk budak depan suh dia kasi jawapan. Kalau lecturer yang jenis buat tak tau duduk depan PC online fesbuk je, lagi la senang kita nak bincang-bincang. Tapi, semua carry mark rendah-rendah je. Tu la namanye takde kap-ba-ro-kap-alif-ta-nun...


Dulu, masa mula-mula semester, semua sombong-sombong. Ada puak Shah Alam, puak Arau, puak Jengka, puak Sabah, puak Sarawak, dan ntah ape-ape lagi. Sekarang tengok.., semua dah jadi satu. Kita rebut bas sama-sama, rebut ayam kat cafe same-same, rebut instrument dan radas dalam makmal same-same, rebut kerusi dalam dewan kuliah same-same. Tak payah la puak-puak dah, ntah ape-ape je.


Dua tahun setengah kita bersama, dan sekarang, kita kene berpisah. Walaupun rasa gembira dah tak payah tengok muka korang berat hati, kita kene bawak haluan sendiri, kalau tak sampai bila kita nak belajo, belajo, belajo, letup, letup, tiru, tiru jer. Pergi la cari kerja. Dah berjaya jangan luper member, nak kawin jangan luper jemput. Ada jodoh jumpe lagi. Kot jodoh panjang, kawin terus. Hehehehehehe....


nanges? tidak same sekali...hohohoho



dalam gambar ni, ada 3 org bakal jadi pengantin pompuan. sorang da kawin blm ada anak. sorang da kawin sedang mengandungkan anak. sorang tengah tunggu pinangan. ececeh...


pompuan, pompuan, pompuan


Babai !!!!


Sunday, November 15, 2009



Sedang
menikmati sisa-sisa akhir sebagai seorang pelajar


(^_^)V


Wednesday, November 11, 2009

huhuhuhuhahahahar

Tadi aku nak download lagu kelly clarkson, already gone tu. pas tu keluar la window download dan boleh pulak dia tulis kat situ duration untuk download selama 3 hari. hahahahahahahahaha!

macam nak download kuar anak gajah! huhhhuhuhu.

eh, bukan ke lusa aku ada exam dan kene hantar draf thesis. nape pulak aku men download-download ni. dah dah!

Friday, November 6, 2009

mama, here i come to you! ;D

Tinggal lagi 18 hari,
Mari ber-countdown

Eh, tolak 5 hari,
Aku nak format otak kat rumah
Bubuh antivirus stress

Lepas tu datang sini semula
Last paper kinetik, presentation project, modify thesis

Lepas tu balik semula
Dan ucap babai...

babai! babai! babai!
(eh bestnye kaler2 nie...;p)


Lepas tu aku nak terjun balik kuang macam mamat ni.
"Aaaaawwwwww!!!!"
ehehehe

Tak sabarnye aku!!!!
Nak habis belajar dengan terjun balik kuang.

Jon B - Someone to Love

Love this song :B

Don't even like to think about it
I don't know what I would do without it
I only know I live and breathe for your love
Baby you came to me in my time of need
When i needed you, you're there for me
Baby, the love from you is what got me through
It's because of you I was able to
Give my heart again, you give me

[Chorus:]
Someone to love
Someone to touch
Someone to hold
Someone to know
Someone to love
Someone to trust
Someone to hold
Oh someone to know

I thought I'd never love again
I thought my life was over and
I didn't want to face or even see another day
Suddenly from no where, baby you appeared
You dried my tears, you cared for me
Baby your love for me, truly rescued me
It's becuase of you, I was able to
Fall in love again, you give me

[Chorus:]
Someone to love
Someone to touch
Someone to hold
Someone to know
Someone to love
Someone to trust
Someone to hold
Oh someone to know

[Bridge:]
For so long in my life, I wouldn't let love inside
But i swallowed my pride the day you arrived
Now that you're by my side
Everything is all right
It's because of you, I was able to
Give my heart again, you give me

[Chorus:]
Someone to love
Someone to touch
Someone to hold
Someone to know
Someone to love
Someone to trust
Someone to hold
Oh someone to know

Friday, October 30, 2009

Selamat Pengantin Baru

Hawa, dijadikan dari rusuk kiri Adam,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan pengalas,

Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup,
Dekat dengan lengannya untuk dilindungi,
dan
Dekat dihatinya untuk dicintai...

dari kad kawen kak ain

Wednesday, October 21, 2009

Ada

Ada masa kita kene fikir-fikir apa salah silap sendiri
baru kita tak salahkan orang di tepi-tepi atas apa juga yang terjadi

Ada orang kata, "relax sudah.."
yang tersiratnya adalah "jangan terlalu berharap"

Ada orang kata jaga-jaga dan jangan mudah-mudah
tapi, hanya jauhari yang mengenal manikam...
walaupun aku bukan jauhari dan dia bukan manikam

Ada masa kita kene buat tak tau
dan senyum dan sabar dan berdoa

Sebab,
bukan hari-hari musim bunga.

Wednesday, October 14, 2009

For you

You show me this
and I hope
it will always be there
and never fade away...



Picture by: my little super poyo brother

Tuesday, October 13, 2009

Tak rasa apa pun

Sedang sungguh-sungguh buat resume.

Telefon orang tak pernah ditelefon nak mintak tolong tengok-tengok lubang kerja.

Pejam mata tengok projek tahun akhir dapat nilai negatif-negatif.

Buat pekak kene lecture dengan supervisor sebab itu tak tau ini tak tau.

Terkebil-kebil tengok jadual exam.

Berkira-kira sempat habis ulangkaji semua bab ke, atau bab-1 je.

Telinga kebas selalu disumbat earphone untuk tapis bunyi-bunyi seram

Hati kadang penuh kadang tinggal separuh

Rasa nak menangis ditahan-tahan

Tekak hauskan, tak tau apa

Kipas selaju 5 pun rasa macam kene jemur bawah matahari tak berangin

Satu badan rasa macam terseliuh

Sesekali rasa tak akan jadi apa yang diharap menjadi


Tapi bukan dalam situasi tertekan,

Cuma tak selesa sangat-sangat



Tuesday, October 6, 2009

Surah dan Hikmahnya

Suratul Faatiha protects one from the anger of Allah

Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgment

Suratul Waaqi’ah protects one from poverty and starvation

Surah Mulk protects one from the punishment of the grave

Suratul Kauthar protects one from the enmity of the enemy

Suratul Kaafiroon protects one from kufr at the time of death

Suratul Ikhlaas protects one from hypocrisy

Suratul Falaq protects one from calamities

Suratun Naas protects one from evil thoughts


*ni dapat kat fesbuk, sama-samalah kita mengamalkannya. renung-renungkan dan selamat beramal!!! =)

sekian, renungan bersama profesor ct tak p haji lagi.

Friday, October 2, 2009

malam yang sepi pi pi, pak mat jual topi pi pi...


sila kata aku ketinggalan. huhu..tapi cerita sepi ni memang meruntun jiwa habis lah. meleleh je air mataku ini. start dari pertengahan cerita sampai ke habis, menitik-nitik. hingus-hingusan. hihihi. memang terbaek la karya khabir bhatia ini.

afdlin shauki ngan nasha aziz dalam cerita tu memang kelakau habis. huhu.

oklah, nak p tengok lagi. hihi

Wednesday, September 30, 2009

Letih

kalau ada anak, dah masuk pra-sekolah budak tu
kalau tanam pokok durian, dah keluar buah pada musimnya
kalau dah kawin, dah nak masuk anak ketiga mungkin
kalau sudah bergaji, dah boleh beli kereta power2 gamaknya

macam tu punya lama bertapa untuk dapatkan ilmu kat sini
sangat-sangat aku hargai peluang yang ada.
tapi..
aku dah penat sesangat
tulang belakang dah sakit-sakit
rambut mula berguguran
otak berat ke kiri
perut dah mula buncit
angin dah satu badan
kepala asyik pusing
tampal koyok selebar kalkulator saintifik aku tu pun dah tak lut

bukan aku tak cuba fokus
tapi mata cepat je ngantuk
setan-setan ni memang tak jemu pakaikan celak
dicelak sampai lebam, lalu tidur je kejenye...

tak nak la macam ni..
aku nak stadi betul-betul
sem akhir dah ni...

dan tadi
kolejku bergoyang lagi

Nauzubillah...
semoga Allah mengampuni dosa-dosa seluruh umat Islam
termasuklah aku, yang sangat hina dan lemah ini
amin...

Sunday, September 27, 2009

Nak Raya Lagi dan Lagi dan Lagi!!


Apa yang aku buat raya-raya ini tahun?


Menjaga tompok seadanya. Dia dah jadi yatim piatu, tasya dah takde ='(

Nengok tv la apa lagi. Cerita semua best-best. Paling suka cerita 'Memori Idola'. Tengok A to Z, Elite dengan Indigo yang masih mantap-mantap lagi masa nyanyi. Teringat zaman sekolah dolu-dolu, kayuh basikal p sekolah sambil nyanyi "itik gembo-gembo, aye kedek-kedek bilo tembok". hihihi


Main bunga api yang dah pendek dan cepat mati, serta bakar mercun yang bunyi kentut lagi kuat


Pergi beraya (hofkos). Nampak itu air sirap, bukti sahih sedang beraya. hihi



Singgah melawat kebun pesaka. (boleh pulak...huhu)



Merayap ke petaling street ngan bonzer-bonzer



Pergi zoo, raba keldai ;)


Mengedik-gedik bersama sedaure-mare




Baca kad raya spesel ni banyyyak-banyakkkk kali (^_^#)

Aku perlukan lebih sepupu sepapat perempuan!!!! Deme semua laki, nak bergosip pun tak best.

Keseluruhannya, raya tahun ni memang bessssttttttt!!!!!!!!!! Alhamdulillah...=)

Tapi ada sorang kawan tu merajuk la pulak..huhuhu

Sunday, September 13, 2009

Menyampah geli-geli tapi itu yang semua cari (mengaku sajela)


apa dia yang annoying tapi comel?

Prinsip tu apa? pada pandangan aku, prinsip itu adalah sesuatu yang kita pegang kuat dan akan buat betul-betul punya tak de main-main. Macam kalau kita langgar prinsip tu, kita hampeh la. Cakap tak serupa bikin.

Aku tak letak prinsip pada semua tindakan dalam hidup aku. tapi aku ada satu prinsip terbesar dan terpanjang yang memang aku pegang dan setakat ni memang aku buat. InsyaAllah. takdenye nak riak-riak. siapalah aku, hina dan selalu melakukan dosa.

Prinsip terbesar dan terpanjang itu adalah:
kalau aku senang dengan sesuatu tu, aku akan cuba jaga dan kekalkan sehabis baik. sampai aku boleh lupakan ego, rendahkan tahap malu-malu kucing aku dan buat tak tahu dengan kata cerca daripada orang-orang yang macam tuttttt... tapi jangan ingat aku lemah sangat... kalau aku dah penat melupakan ego, jadi tak malu dan tahan cerca, aku boleh saja diamkan diri daripada berhubung dengan 'benda yang aku senangi' tu. walaupun dalam hati tak pernah lupa pada 'benda yang aku senangi' tu.

ish...ntah apa-apa. meh la aku pendekkan cerita sikit:
kalau aku dah menyampah boleh je aku lupakan kamu walaupun ada sakit-sakit sikit.

sebab tu kadang-kadang aku geli ngan benda geli-geli ni.


*roommate aku ni kejap gaduh kejap nanges ngan pakwe dia ni kang aku pang kang (macam berani je. ngehehe...) nak gaduh p tangga lah wei.*


blog ni emo je lebih sekarang. maaf.

Friday, September 4, 2009

Sebelum itu, aku mintak maaf

Betul ke semakin lama kita kenal seseorang tu, semakin kita tahu banyak keburukan nya, semakin menyampah kita pada dia. Bukan kita tak cuba pertahan kan, tapi bila dah sampai tahap kemuncak, sampai boleh stress bila fikir pasal dia, salah ke kalau kita buat kata putus "aku tak mo kawan ngan ko dah la, ko busuk dowh". salah ke?

Aku memang hangin je ngan orang yang macam bagus tapi hampeh semua nak harap orang buat. Bukan nak kata aku tak harapkan orang, (apa ingat aku beruk buleh hidup sorang jer, beruk pun ada grup) tapi kalau dah ko nak beli bra ko sindri pun aku yang kene tanyekan size ko kat promoter tu, tak ke bongok namenye tu? manje tahap apa ntah. Dah tu, ko kire ko punye susah je time buat kerje kumpulan, yang aku ni macam la duk goyang kaki sambil korek hidung tengok ko buat kerje? Kalau aku yang buat kerja lebih ada aku bising, kalau ko buat kerja lebih sikit, mula la buat muka masam tahap ketiak ko. Ko tahu tolak ansur tak? Yang ko tau Mansur je kan, gedik!

Lagi satu aku menyapah ngan sikap ko yang suka ngutuk sesedap mulut. Yelah, ada orang kata pompuan sensitif, kutuk sikit terasa, habis tu kalau dah tiap kali membeli ko "yek-yek" kan apa yang aku beli, mau tak membara aku. Kalau yang ko tunjuk tu semua terrrrbaek la? p mam#@s la... Aku jer kene jaga hati ko ye.. Hati aku ni ko ada kesah? Hinggakan dia yang mendamaikan hati kata aku ni macam balaci ko. Eh, best r ko ek ada balaci. Aku nak gak. Sape nak jadi balaci aku? Jom p bazar ramadhan sok, tolong aku hangkut makanan.

Kalau satu hari nanti ko jumpe blog aku dan baca post ni, silalah sedar diri. Kalau dah ko buat kat aku, jangan la buat kat orang lain lagi. Belajar-belajar la jaga hati orang.

dan,

Kalau ko cume anggap aku kawan bila ko perlu, sila lah ko cakap terus-terang ngan aku. Supaya aku boleh pergi bila ko tak perlu aku lagi.


astaghfirullah...

Sunday, August 30, 2009

merdeka kah kita

Tiba-tiba, pada ramadhan ke-9, rindu sangat-sangat pada mereka.



Masak apa hari ni mamu uiii..?



Wei tambi! sombong ek ko. Pergi terawikh ke tak ko ni?

Hei shompok, berapa hari ko dah puasa?


ngeeeehehehehe....

MERDEKA!!!

Thursday, August 27, 2009

...............

I hate people who stab me in the back

Kalau berani

stab me in the front la....

Biar aku mati terus!



huh..astaghfirullahalazim...

Sunday, August 23, 2009

Entri sirius geli, kalau tak tahan jangan baca ye (^_^#)

Hurmm...mau buka puasa apa hari ni ae....

dan tetiba teringat sesuatu...

dia: sayang abang tak?
dia lagi satu: sayang le...
dia: banyak ke sikit?
dia lagi satu: banyak sikit le...
dia: mane blei...banyak banyak la, sikit sikit la
dia lagi satu: ye la banyak sikit la, lama-lama banyak la
dia: huh, suka hati awak la...

crit..crit..bunyi cengkerik malam

dia lagi satu: sayang saya tak?
dia: urm...takkk!!!!hahahaha!!!
dia lagi satu: ada saya gelak?! suka hati abang la
dia: sayang la...
dia lagi satu: banyak ke sikit?
dia: sikit
dia lagi satu: betul ni?!
dia: betul la
dia lagi satu: macam tu saya pun sikit la
dia: mane blei...awak kene banyak
dia lagi satu: kenape plak?!
dia: yela...abang kene sayang Allah, para nabi, para rasul, mak ayah, kakak dengan abang, abang. kat awak tinggal sikit la. jadi la
dia lagi satu: oooowwwwhhhh....jadi kerje saya ni menyayangi abang sorang je la???!!!!
dia: ha ye la!

dia dan dia lagi satu: ahahahahahaha!!!! bongok la abang@awak ni!

opp opp, balik semula,
hurm...mau buka puasa apa hari ni ae....


ayam masak merahkah?



ayam percikkah?


Tadi aku telepon mamu, dia kata hari ni nak masak ikan kembung masak berlada. Hadoi...berlada je telinga aku mendengarnya. Nak buka kat umah!!!!

p/s: menitik air liur wooo masa google gambar ayam percik ngan ayam masak merah tu. huhuhu..takpe, lagi 4 jam buka puasa. hmm...

Tuesday, August 18, 2009

STADI HAJAR STADI!!!! BUAT KERJE HAJAR BUAT KERJE!!! FOKUS HAJAR FOKUS!!!! SEMANGAT HAJAR SEMANGAT!!!!

1. Test QC

2. Kelas malam QC

3. Assignment QC
(benci ah aku ngan huruf Q dan C)

4. Jumpe mr lee ajak g dating.. eh bukan, kasi surat MC dan merayu nak buat test

5. Jumpe Kak Ju booking lab hari jumaat nak digest sample untuk projek. InsyaAllah proceed hari sabtu dan run FAAS hari ahad. (amik kau, macam boleh siap je.hahaha)

6. Stadi kat library sambil ngusya orang(kat bilik gerenti aku stadi 1 jam, tido berjam-jam)

Hari yang takde kelas same macam hari yang ade kelas kan.

Wednesday, August 12, 2009

you and me

when i open my eyes, i saw you
when i close my eyes, i dream of you
i pray for time to past slowly, every second when i talk to you
i wish time can be pause, when i am with you
so that, i can always linger around you
share the sweet moment, just with you

you always hurt me
yet, you cure me too
you make me sad
then, you joke around and make me laugh
you confused me, here and there
though, you regain back my sanity
you are not always with me
but, i always thought you are
you are bad
and i don't even care...

what is this all about?
simple,
it's about you and me...

and my stupidity, towards you

...

Friday, August 7, 2009

(=^_^=)

Mangsa: Tompok a.k.a shompok



Situasi: tidur tengahari dalam longkang kering
Alasan berbuat demikian: "dunia semakin panas la kak"
Balasan: aku alirkan air dalam longkang tu kasi basah sama kamu!!! hahaha. kate panas....







Mangsa: kucing uteh aku
Situasi: kelaparan akibat ketiadaan uteh di rumah
Sebab terjadi: aku lambat kasi makanan
Alasan aku: "Lecehlah..korang la makan banyak sangat. Korang ingat senang ke aku nak kene p jenguk korang je pagi petang semata-mata nak kasi makanan. I have other important thing to do too la..such as..tidur petang"



Balasan: See..ko sendiri cakap ko malas. tu la makan banyak lagi



Mangsa: Mama Tasya
Situasi: Demam
Alasan: Pregnant



Mangsa: Mama Tasya
Situasi: Morning sickness
Alasan: Pregnant lagi
Komen: "ko ni asyik beranak je!!!"



Mangsa: Beluncas
Situasi: Beberapa minit sebelum dibuang ke tempat pembakaran sampah sarap
Alasan: Siapa suruh ko duduk kat pokok bunga mamu aku
Balasan: Hangus terbakar
Komen: "kesian...tak sempat kau jadi rama-rama"



Aku rindu nak bermesra dengan alam.
Sini cuma ada virus H1N1 jer..huhuhu

Tuesday, August 4, 2009

Aku suka bila bizi

tu je~

aku bizi ni

Thursday, July 23, 2009

si gonjeng hijau busuk tumbuk kang, ha...



Kadang-kadang rasa macam ada selalu
Kadang-kadang macam tak selalu ada
Kadang-kadang rasa macam tak ada langsung
Ada ke tak ada ni?
Pening ah aku si gonjeng ni

Baik pergi ole-ole, karaoke nyanyi lagu dangdut
Secangkir Madu Merah

huhuhu~~~

Friday, July 17, 2009

tak boleh dibuat contoh

30 000 orang pelajar dalam satu kawasan akademik,
(tu baru pelajar, belum campur pensyarah, setaf, mentenen, tukang sapu, tukang cuci, orang indon buat bangunan, dll)
Penuh dengan manusia yang sentiasa mencari peluang untuk menjadi yang terrrrrr-baek?
Hidup bergelumang dengan tekanan dan persaingan,
Tak kiralah secara sehat ke, secara tak sehat ke
Yang penting aku dah mula muak

sebab tu aku sukak balik

lantak la kalau ada yang pikir aku negatif ke pe ke
ada aku kesahkan? hohoho

Tuesday, July 14, 2009

Semester baru sepatutnya bermula dengan semangat baru.
Tapi aku baru terkedek-kedek nak mencari semangat
‘Semangat !!!! ke mari kau !!!’

Sunday, May 3, 2009

DALAM HIBERNASI MUSIM SEJUK YANG PANJANG

.
.
.
.
.
.
.
Exam dah habis, balik rumah!!!! Yay!

Wednesday, April 29, 2009

Menuju Puncak (bukan AF)


I'm gonna miss you all.
Sorang dah nak kawin..(bile aku nak kawin nie..=p)
Dua orang dah nak kerja..(bile aku nak kerje nie..=)
.
.
.
.
When all of you reach the sky, don't forget me all the way down here eh...

~paper last 2hb ni..ye,ye,ye,ye

Thursday, April 23, 2009

GHOST musim II




GHOST musim ke-2 sudah keluar!!! bermula 19 april lepas.
setiap ahad
1030 malam
8tv

Cheril Samad yang comel tu masih sebagai teraju utama.
Ada Zahiril Adzim pulak tu. giler ah!
Tak sabarnye nak tengok!!!

~actually aku tak tengok lagi =p, tak de maso nak p bilik tv..huhu

download GHOST OST - MASIH JUA

Tuesday, April 21, 2009

apa-apa aje la


mai


kaki am


kakiku


nisah



mai, daya, nisah


Tiada saya dalam gambar.

*bila la nak start exam ni???? penat stadi dah ni...

Monday, April 20, 2009

Alyah - tak mungkin kerana sayang

setiba di persimpangan
langkah kita tak lagi sehaluan
bermula di saat itu
tidak senada irama dan lagu

begitu hidup ini
tiada yang abadi
yang patah tumbuh
yang hilang berganti


kau telah jauh, jauh dari ku
tiada ruang di hati buatmu
namun harus..ku akui
ada ketika diminda kau
menjelma kembali


sekali sekala ada
ada rindu yang datang tiba-tiba
tak mungkin kerana sayang
cuma terganggu oleh perasaan

begitu hidup ini
tiada yang abadi
yang patah tumbuh
yang hilang berganti

download

*mahu saje aku taip nama penuh kau dan canang pada dunia yang kau tak boleh dipercayai. Tapi aku tak sampai hati, sebab aku..........
ah! tak mungkin kerana sayang.

Saturday, April 18, 2009

Yang terindah, itu kamu

Dugaan untuk beberapa hari bawa ke minggu ini sangat-sangat mengajar aku untuk lebih hati-hati. Badan aku lemah selemahnya, hampir lumpuh terkedu di depan pintu masuk complex itu. Tiket di tangan dah tak dihiraukan, yang penting aku rasa sesuatu yang buruk, Dan aku harap tekaan itu betul. Kerana jika aku salah, maka aku yang bersalah, melepaskan sesuatu yang indah. Aku mencari kebenaran, tapi mata indah itu asyik lari, takut kantoi la tu. Memang matanya indah.

Aku rasa dua-dua pun bodoh, seorang tak pandai menipu, seorang masih percaya walaupun tahu sedang ditipu. Sebab yang seorang itu mahu bagi peluang dan ruang, tapi yang indah itu tak mahu gunakan sebaiknya, sebab memang niat asalnya mahu menipu. Tapi aku tak redha ditipu, maka aku pun melawan rasa, tunduk, lalu aku katakan tak percaya. Yang indah itu senyum sinis, tidak tunduk, tidak juga lihat aku. Aku tak tahu apa ditengoknya. Mata indah itu, apa kau lihat ek?

Alasan aku, berganti alasannya. Kata-kata aku, berbalas kata-katanya. Senyum aku, berbalas senyum indahnya. Kenapalah nampak sangat penipuan kau, dan kenapalah nampak sangat kebodohan aku, tetap kata kau indah? (gelinya bila aku sebut indah banyak kali).

Aku nak sangat tahu, apa sebenarnya dalam kepala otak kamu tu. Betul-betul ikhlas ke kamu, ke betul-betul kamu tipu. Kalau aku yang salah menafsir, maka aku lah yang gagal, biarkan yang indah berlalu begitu saja. Tapi kalau betul apa yang aku rasa, maka aku bersyukur sangat, diberikan peluang dan ruang untuk menyesal dan insaf. Macam mati hidup semula kau tau.

Jauh dalam hati, aku percaya yang indah itu ada eloknya. Terima kasih, kerana sedarkan aku dalam beberapa perkara yang sebelum ni aku tak sedar. Terima kasih. Aku akan ingat semua ni sampai mati. Kompem!

Kini tinggal kenangan yang terindah sangat, dan Abu kucingmu.


*Abu, until we meet again. Tapi bila kau dah betul-betul insaf la ye =)

Thursday, April 9, 2009

Semua Orang pun Macam Ni







Saat-saat ini, nak ke tandas pun kutahan. Pernah semalam tak mandi malam. Tahan sampai menggigil baru berlari ke cafe beli makanan. Bak kata seorang kawan, kalaulah manusia tak lapar, tak mengantuk, tak penat. Haha! Boleh, boleh, manusia mati.

Kemudian aku ditampar. Ye, emosi pun celaru.

*Kau tau apa itu ikhlas? aku pun tak tau. Tapi kulayan.

Sunday, April 5, 2009

drama france hampeh

Aku mahu ia perlahan berjalan masuk
Bukan tergesa tanpa pertimbangan
Memang aku lembap dan lampi
Tapi aku tak kisah,
Aku selesa menjadi lampi
Sebab mak aku kata tak pe
Terima kasih mak, kerana memahami
(nak balikkkkkk!)

Aku mahu ia dari hati turun ke mata
Bukan dari mata turun ke hati
Tapi aku tak juga salahkan mereka yang,
Dari mata turun ke hati,
Lumrah manusia dan hak sendiri-sendiri
Sebab itu aku tak mahu memaksa
Juga jika boleh tidak dipaksa

Aku juga begitu,
Tipu kalau aku kata tidak
Cuma aku lebih menerima
Sesuatu yang ikhlas
InsyaAllah..

Kepada semua yang aku susahkan
Maafkan aku...
(yang ni, serius insaf)

*Sudah tiga hari aku pakai baju yang sama. Semata-mata untuk drama france hampeh. Sudah busuk amat ni.

Thursday, April 2, 2009

Lili buat U-turn

Lyrics to Aaron - U-Turn - Lili :

Lili, take another walk out of your fake world
please put all the drugs out of your hand
you'll see that you can breathe with no back up
so much stuff you’ve got to understand

for every step in any walk
any town of any thought
I'll be your guide

for every street of any scene
any place you've never been
I'll be your guide

Lili, you know there's still a place for people like us
the same blood runs in every hand
you see it’s not the wings that make the angel
just have to move the bat out of your head

for every step in any walk
any town of any thought
I'll be your guide

for every street of any scene
any place you've never been
I'll be your guide

Lili, easy as a kiss we'll find an answer
put all your fears back in the shade
don't become a ghost with no colour
‘cause you're the best paint, life ever made




~terkejut dan tak tahu nak buat apa

Tuesday, March 31, 2009

bila semuanya berserenjang

ya....
jadual waktu peperiksaan akhir semester sudah keluar
pola jadual kali ini sangat chanteqqq skalik!
26 hb 4 : spectro
27 hb 4 : organo
28 hb 4 : food
.
.
.
2 hb 5 : colloid
ha ye, kenapa tak buat saje colloid tu 29 hb 4? kan ke lebih menarik

3 paper kaya jam kredit tiga hari berturut-turut?
mana satu nak mulakan dulu ni?


oh ye,
bersiesta la dulu...
(^^,)

Monday, March 30, 2009

Afgan - Entah



ENTAH ni best juga.

semua ada di sini
ni bukan plagiat kan?

*aku nak memblog sepuas hati sebelum offline 2 bulan duduk rumah sampai berkulat.

sepatutnya aku taip ' aku akan belajar rajin-rajin sebelum bercuti 2 bulan duduk rumah sampai berkulat.'

Saturday, March 28, 2009

...............



Tak suka! Tak suka! Tak suka!
Tak suka kamu!!!
Melihat dia dari refleksi sebuah cermin
Lalu,
Tak suka sudah!
Capai kunci pada tempatnya
Ke OIAM3

Tomok sudah semakin best sekarang
Kagum!!!

pujian ikhlas ni

Friday, March 27, 2009

Bebelan dari teman untuk teman

Minggu ini penuh pancaroba juga.

Betul kata orang, kalau lama-lama pendam, nanti meletup. Tapi nasib menyebelahi, tak habis meletup, maka kami tak berantakan berhari-hari. Cuma setengah hari saja. Terpaksa terima hakikat, kau tak boleh tiada aku dan aku tak boleh tiada kau. Huh, mengarut. Itu cuma alasan, yang sebenarnya kita takut, keseorangan. Kan? Sempat kau tanya aku, ‘kawan ke ape kau ni?’. Hmm.. Kau rasa aku apa? jawapan pada kau sendiri. Hanya kerana hujan gerimis, persahabatan kita teruji. Pasti jika aku lawan dengan api, tali kukuh yang kita ikat selama hampir 4 tahun, putus begitu cuma. Maka maafkan aku, sebab yang itu, memang salahku. Maafkan aku. Ikhlas ni. Sudahlah, yang penting semuanya sudah kembali normal. Berlagak mesra seperti biasa, hakikatnya kita sering celaru, hakikatnya kita segan keseorangan. Kan?

Cukup dengan peribadi yang tidak senonoh.

Dengar kabarnya, sabtu ini ada Malaysia-Earth Hour. Tutup lampu selama satu jam dari 8.30 malam sampai 9.30 malam untuk mengurangkan pemanasan global. Ha, eloklah tu, aku pun semakin panas ni. Cuma, aku rasa berita tentang Earth Hour ini tidak disebar secara meluas. Contohnya, dalam surat khabar yang aku beli semalam, tak de cerita pasal earth hour pun. Berita hangat pasal perwakilan baru UMNO dan kisah seorang perempuan meninggal ketika sedut lemak ada lah. Lagi satu, tentang bola.. itu sahaja. Oh ye, Arshavin tu comel jugak ek. Huhu..

Entah aku tutup lampu tidak malam esok



malam esok google jadi macam ni kot




dunia pulak macam ni.huhu


Sekarang tengah ketagih Paramore

Monday, March 23, 2009

Bagai nak gila

Tuhanku,
tolong bagi aku lebih tenang
tolong bagi aku lebih kuat
tolong bagi aku lebih sabar
tolong bagi aku lebih MASA

akan aku gunakan sebaik-baiknya
jika Tuhanku makbulkan
agar aku lupa yang lalu
mula yang baru
dengan jayanya!

semangat!!!
marilah kamu
sama-sama kita lelap 4 jam
bahagi kerja seadilnya
maka aku tak kisah
asal hasilnya hebat
sehebat pengorbananku
melupakan yang lain

yang sebenarnya payah~~


ini bukan UFO