Sunday, April 5, 2009

drama france hampeh

Aku mahu ia perlahan berjalan masuk
Bukan tergesa tanpa pertimbangan
Memang aku lembap dan lampi
Tapi aku tak kisah,
Aku selesa menjadi lampi
Sebab mak aku kata tak pe
Terima kasih mak, kerana memahami
(nak balikkkkkk!)

Aku mahu ia dari hati turun ke mata
Bukan dari mata turun ke hati
Tapi aku tak juga salahkan mereka yang,
Dari mata turun ke hati,
Lumrah manusia dan hak sendiri-sendiri
Sebab itu aku tak mahu memaksa
Juga jika boleh tidak dipaksa

Aku juga begitu,
Tipu kalau aku kata tidak
Cuma aku lebih menerima
Sesuatu yang ikhlas
InsyaAllah..

Kepada semua yang aku susahkan
Maafkan aku...
(yang ni, serius insaf)

*Sudah tiga hari aku pakai baju yang sama. Semata-mata untuk drama france hampeh. Sudah busuk amat ni.

No comments: