Aku rasa dua-dua pun bodoh, seorang tak pandai menipu, seorang masih percaya walaupun tahu sedang ditipu. Sebab yang seorang itu mahu bagi peluang dan ruang, tapi yang indah itu tak mahu gunakan sebaiknya, sebab memang niat asalnya mahu menipu. Tapi aku tak redha ditipu, maka aku pun melawan rasa, tunduk, lalu aku katakan tak percaya. Yang indah itu senyum sinis, tidak tunduk, tidak juga lihat aku. Aku tak tahu apa ditengoknya. Mata indah itu, apa kau lihat ek?
Alasan aku, berganti alasannya. Kata-kata aku, berbalas kata-katanya. Senyum aku, berbalas senyum indahnya. Kenapalah nampak sangat penipuan kau, dan kenapalah nampak sangat kebodohan aku, tetap kata kau indah? (gelinya bila aku sebut indah banyak kali).
Aku nak sangat tahu, apa sebenarnya dalam kepala otak kamu tu. Betul-betul ikhlas ke kamu, ke betul-betul kamu tipu. Kalau aku yang salah menafsir, maka aku lah yang gagal, biarkan yang indah berlalu begitu saja. Tapi kalau betul apa yang aku rasa, maka aku bersyukur sangat, diberikan peluang dan ruang untuk menyesal dan insaf. Macam mati hidup semula kau tau.
Jauh dalam hati, aku percaya yang indah itu ada eloknya. Terima kasih, kerana sedarkan aku dalam beberapa perkara yang sebelum ni aku tak sedar. Terima kasih. Aku akan ingat semua ni sampai mati. Kompem!
Kini tinggal kenangan yang terindah sangat, dan Abu kucingmu.

*Abu, until we meet again. Tapi bila kau dah betul-betul insaf la ye =)
1 comment:
suri :
sangat tersirat dan penuh metafora..urm,
ya kowt?
Post a Comment