Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Friday, March 27, 2009

Bebelan dari teman untuk teman

Minggu ini penuh pancaroba juga.

Betul kata orang, kalau lama-lama pendam, nanti meletup. Tapi nasib menyebelahi, tak habis meletup, maka kami tak berantakan berhari-hari. Cuma setengah hari saja. Terpaksa terima hakikat, kau tak boleh tiada aku dan aku tak boleh tiada kau. Huh, mengarut. Itu cuma alasan, yang sebenarnya kita takut, keseorangan. Kan? Sempat kau tanya aku, ‘kawan ke ape kau ni?’. Hmm.. Kau rasa aku apa? jawapan pada kau sendiri. Hanya kerana hujan gerimis, persahabatan kita teruji. Pasti jika aku lawan dengan api, tali kukuh yang kita ikat selama hampir 4 tahun, putus begitu cuma. Maka maafkan aku, sebab yang itu, memang salahku. Maafkan aku. Ikhlas ni. Sudahlah, yang penting semuanya sudah kembali normal. Berlagak mesra seperti biasa, hakikatnya kita sering celaru, hakikatnya kita segan keseorangan. Kan?

Cukup dengan peribadi yang tidak senonoh.

Dengar kabarnya, sabtu ini ada Malaysia-Earth Hour. Tutup lampu selama satu jam dari 8.30 malam sampai 9.30 malam untuk mengurangkan pemanasan global. Ha, eloklah tu, aku pun semakin panas ni. Cuma, aku rasa berita tentang Earth Hour ini tidak disebar secara meluas. Contohnya, dalam surat khabar yang aku beli semalam, tak de cerita pasal earth hour pun. Berita hangat pasal perwakilan baru UMNO dan kisah seorang perempuan meninggal ketika sedut lemak ada lah. Lagi satu, tentang bola.. itu sahaja. Oh ye, Arshavin tu comel jugak ek. Huhu..

Entah aku tutup lampu tidak malam esok



malam esok google jadi macam ni kot




dunia pulak macam ni.huhu


Sekarang tengah ketagih Paramore

Sunday, February 22, 2009

Menantikan Saat Termampu

Lagu ini menjadi kegemaran seorang insan yang telah meninggalkan dunia ini pada usia yang sangat muda. Arwah adik kepada teman sebilik aku. Aku tak kenal dia, tapi mendengar cerita tentang penyakit barah lymphoma yang dihidapinya membuat aku terharu dan insaf. Kata roommate aku, penyakitnya dikesan bila sudah sampai tahap bahaya, iaitu setahun sebelum dia meninggal dunia. Dalam jangka masa setahun itu, rawatan yang dia terima menambahkan lagi kesakitan yang sudah sedia ada. Satu lubang kecil pada lehernya terpaksa ditebuk untuk makan dan minum. Tapi kata roommate aku, arwah adiknya itu sangat tabah. Dia masih mahu menduduki PMR walaupun keadaannya tak mengizinkan, dan berjaya mendapat 8B walhal dia tak pergi kelas selama setahun. Belajar sendiri di hospital.

Menurut roommate aku, arwah adiknya itu menyukai seorang gadis di sekolahnya. Sebelum dia meninggal dunia, dia sempat menelefon gadis yang disukainya dengan bantuan roommate aku sendiri. Katanya pada gadis itu,
“aku suka kat kau sebenarnya, nanti kalau aku dah tiada, jangan datang lihat jenazah aku ye, jangan sedih ye.”
Bersaksikan semua ahli keluarganya, dia meluahkan perasaan kepada gadis pujaaan. Aku yang hanya mendengar ceritanya pun terasa sebak, apatah lagi yang mengalami. 3 jam selepas itu, arwah menghembuuskan nafas terakhir dalam tenang. Gadis itu datang melawat arwah, melanggar wasiat demi kasih. Dan aku tak rasa itu salah.

Jika dia masih hidup, mungkin lagu ini akan menjadi lagu cinta antara arwah dan gadis itu. Nampaknya, tuhan lebih menyayangi arwah Mohd Hafiz. Al-Fatihah, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai olehNya.


Exist - menantikan saat termampu


Tidak pernah terfikirkan tentang hidup
Bila senang kehidupanku
Engkau tiada di sisiku
Sedangkan aku berada jauh dari rona duka

Tahukah kau ku masih menyayangimu
Dan ku hirup bagai nafasku
Kasih yang sejati
Menciptakan mimpi yang kan terwujud
Dalamnya nanti kita berdua

( korus )
Menantikan saat termampu
Pelamin cinta milik kita
Kau tak pernah kucurangi
Malah sering ku mengingatkan...
"jangan kerna cinta sanggup kau korbankan
hingga hilang segalanya... hanya kerna cinta"

Tetaplah menjadi bintang itu
Bintang di hatiku
Peluk jiwaku oh...

Lenyapkanlah semua gundahku
Merawat hatiku
Damaikan jiwaku selalu


p/s: ada lirik je takde link utk download. ~malas~

Monday, February 16, 2009

Antara hidup dan mati. Berapa lamakah lagi?


aku rasa aku menghidapi sejenis penyakit yang agak merbahaya la. kerana penyakit ini boleh buat aku tak cukup masa untuk menjawab soalan peperiksaan. penyakit ni boleh buat lecturer tak faham apa yang aku tulis dalam answer paper sehingga menyebabkan dia menolak markah aku. bayangkan jika ketika itu markah aku adalah 50, yakni sedikit lagi tidak lulus, oleh kerana penyakit ini, lecturer aku mungkin akan menolak 1 markah daripada 50 menjadikannya 49, maka aku terpaksa repeat paper tersebut. bahaya tu...

mula-mula aku tak sedar pun penyakit ni. tapi semenjak dua menjak ni, bila kawan-kawan dah mula menegur, aku dibelenggu perasaan takut. berapa lama lagi aku mampu bertahan? kadangkala, ketika kami terpegang tangan antara satu sama lain, kawan aku akan tanya " kenapa tangan kau basah sangat ni?". ya, kami kadang-kadang berpegangan tangan. perempuan same perempuan takpelakan, kalau lelaki sesama lelaki orang cop gay pula. setiap kali kawan aku bertanya soalan begitu, aku jadi tak keruan. memikirkan masa depan.

setelah aku cuba kaji masalah ini, aku rasa aku menghidapi Hyperhidrosis. untuk lebih spesifik, aku menghidapi Palmar Hyperhidrosis. sampai bilakah aku mampu bertahan?
sampai bila?

*nangis* =p

Thursday, February 5, 2009

Projek Tahun Akhir Saye

aku di dalam dilema. harus ke kiri kah, harus ke kanan kah, atau harus terus sajekah. banyak persoalan bermain di dalam kepala otak aku ni. pilihan yang bakal aku buat ini adalah tersangat penting. umpama memilih bakal suami lagaknya. wah!!! geli aku. apakah yang penting sangat itu...

TAJUK PROJEK TAHUN AKHIR aku!!!!!!!

kalau boleh aku nak tajuk yang baek punya, bermanfaat untuk sains dan teknologi, dan yang paling penting, mudah untuk dilaksanankan. banyak canthek muka aku, nak tajuk yang bombastik, tapi mudah untuk dilaksanakan? takdenye la....

antara tajuk yang menyesakkan otak aku:

1. competition of trace elements and other metals for plant absorption
2. the effect of laureate in henna
3. antioxidant in Morinda citrifolia Linn (mengkudu)
4. analysis of nutrients in plant

tajuk macam mudah, tapi nak mencari journalnya tu yang malas. kalau la supervisor aku macam supervisor orang lain, bagi tajuk, bagi journal siap-siap, kan ke bahagia hidup aku. inilah, pelajar-pelajar kita. semua nak suap. nak jadi spoon feeding person. haha..aku dengki sebenarnye.

kalau lah aku boleh pilih tajuk seperti di bawah ni, kan ke best:

1. blog addicted among malaysian
2. world without internet
3. blog effect's on human health
3. will relationship between liyana jasmay and aizat last longer?
4. the probability of tomok become the winner of 'one in a million' season 3

eheh...nacam tajuk karangan bahasa inggeris je. tapi kalau ini betul-betul boleh jadi tajuk projek tahun akhir, serius aku buat dengan penuh dedikasi. tak perlu guna mesin, bahan kimia segala. boleh cipta teori sendiri. kan mudah... huhu

kami memang giler

Tuesday, January 20, 2009

Kerana Dia Tambiku a.k.a Adikku

Sibuk aku menenangkan mamu dalam telefon tadi. Menangis baik punya mengenangkan adik aku yang dah ikut kawan dia p cari kerja kat kota mana entah. Tumpang rumah abang kawannya tu kata dia. Dey tambi, kerja apakah yang kau mampu buat? Baju kau pun bersepah-sepah dalam bilik. Tempat tidur pun tak berkemas selagi mamu tak menjerit suh kau kemas. Baju, seluar bahkan kasut sekolah kau dulu pun mamu yang basuh. Hadiah patung cj7 yang kau nak kasi awek kau dulu tu pun aku yang balutkan. Mampukah kau buat itu semua sendiri sekarang ni? Ha tambi? Siapa soh ko manje sangat dulu?

Tadi mak aku kata, dia dok pikir tambi makan apa kat sana. Macammana rupa tambi menadah mintak kerja. Sembahyang ke tak tambi kat sana. Cukup ke duit yang mamu bekal untuk tambi. Huish... sayang benar mamu kat tambi. Risau benar dia. Aku kata, sabar la mamu, biar dia belajar hidup susah. Selalu nak suap je, sekarang pandai-pandailah dia suap sendiri. Huargghhhh !!!! makin kuat mamu nangis. Aku salah cakapkah ?

Aku pun mesej tambi bertanya kabar. Rupanya dia tengah berusaha. Penat katanya, tapi masih tak jumpa sebarang lubang-lubang kerja. Kesian kau tambi. Kalau aku ada syarikat pembungkusan kerepek, dah lama aku offer kau kerja. Jadi manager bahagian marketing lagi. Tapi sayang, usahkan syarikat, sikat harga RM5.00 pun aku fikir dua kali nak beli. Sebab rambut aku, guna jari pun boleh.

Dalam mesej, aku katakan pada tambi bahawa mamu menangis mengenangkan dia. Aku kata, masa aku nak p dulu, mamu takde nangis sampai macam tu sekali. Maknanya dia sayang sangat sama tambi. Tapi tambi aku tu berjiwa kental. Dia balas macam ini :

“ye r, ak kn ank ctan..dye tkt r ak x$mengGah kt cni..k r,nk cr ag Ni..bye”
(ejaan dalam ayat ini ditiru bulat-bulat dari mesej yang dihantar oleh tambi.)
Kalau ditafsirkan mengikut fahaman aku, ‘ye la, aku kan anak setan, dia takut la aku tak semenggah kat sini. Ok la, aku nak cari @ curi lagi ni. Bye’.
Aku harap sangat ‘cr’ itu untuk cari, bukan curi. Hoho…adikku adikku..

Aku pun balas begini:

‘apa pulak anak setan, ko anak berok la……(selebihnya tak boleh dipapar di sini.)’
selebihnya tu lebih kepada kata-kata galakan dan nasihat berbentuk islamik untuk menyedarkan tambi.

Apa-apa yang terjadi pun, aku harap adikku itu selamat selalu. Tak kira di mana dia berada, tak kira kerja apa yang dia buat, asalkan halal. Biarlah dia tahu susah hidup sendiri. Sebab sebelum ni, dia sentiasa berada bawah keti** mamu saje. Nampak macam jiwa kental, tapi lembut hati sebenarnya tambi tu. Hoho..adikku adikku. Satu-satunya adikku.



Sejujurnya, gambar di atas bukanlah gambar adik aku. Tapi aku amat mengharap dapat adik sebegitu rupa. hohoho

Thursday, January 15, 2009

yawn-o-meter


lokasi: bilik 405

subjek: organometallic

selingan: "ni namenye yawn-o-meter, siapa-siapa yang menguap, saya akan tulis name kat white board ni. org yang ketiga ditulis namanya, kena conduct exercise. ada paham?"

semua: "paham...."

tiba-tiba, zaitun menguap. lalu, "ha...kamu, siapa nama? zaitun? amboi kak eton, menguap ye, nah nama kamu saya tulis. siape-siape menguap la lagi. cukupkan 3. boleh kita exercise.."

zaitun pun malu, aku gelakkan saje. sejam kemudian... aku mengantuk gila-gila. aku cakap kat kawan aku, tapi dia buat derk je, bukan nak tolong cubit atau tampar kasi aku sedar. cis la...

sudah tak tahan, apa yang puan cakap pun aku dah tak paham, mata dah mula layu, tiba-tiba aku tershut down sekejap. dan....

"hah kamu! dah shut down dah? siapa nama kamu? ha...hajar? maknanya batu tu, berat, jangan la letak atas mata kamu. ini meter untuk yawn saje, boleh pulak kamu tidur terus. ish, ish, ish.."

bebel lecturer aku sambil mengajuk cara aku tersengguk.

semua: ketawa terbahak-bahak

aku buat muka blur je la sambil gosok-gosok mata. malu jangan cakap la. rasa inginku berlari jauh di kaki langit. hoho. lepas tu terus tak mengantuk dah. fokus pulak tu. siot jer.

aku sudah semakin malas ni. maafkan saya puan.

Wednesday, January 14, 2009

Adakah ia?

pernah sekali, aku yang dungu
di satu bilik kaca, itu mula
dan dari itu
setiap hari, dari cerah hingga gelita, di sisi
sampai waktu berdepan ia,
kaku, dingin, lalu sepi…

pernah dua kali, aku yang dungu
dari dalam sebuah kayu berhawa dingin, itu kedua
setiap waktu, dari celik mata hingga tutup mata, di sini
sampai masa, bertukar ia,
senyap, perlahan lalu pergi


pernah tiga kali, aku yang dungu
di suatu jalan, itu ketiga
dan sejak itu, dari mula hingga akhir, selalu
sampai akhir, tiada ia
hilang, seperti dulu
entah bila akan kembali

yang sekali, aku gelar, kesesakan
yang kedua kali, aku gelar, kebangang-an
yang ketiga kali, aku gelar, keterlepasan

soalannya hanya satu,
mana ia?

Tuesday, January 6, 2009

70 sen, 75 sen dan RM2.00


petang semalam di hot fm bersama dj kieran, topiknya duit belanje sekolah, berapa yang patut pelajar bawak. macam-macam pemanggil telefon dan cadangkan berapa hinggit yang patut pelajar bawak ke sekolah. ade yang kate rm5, ada kate rm2, ade kate 50 sen. dan dah tentu-tentu yang bawak belanje 50 sen tu orang dulu-dulu. sekarang dah tak cukup belanje 50 sen tu. kuih pun dapat sebijik je agaknye. oklah, mungkin boleh dapat 2. tapi kesianlah budak tu, dok tenung nasi lemak kawan dia yang harganya rm1.20 sepinggan tu. sekarang belanje sekolah, sampai beringgit-ringgit (ayat macam mak-mak). dulu, posen-posen je.

waktu comel-comel dulu, masa aku tadika, belanje tadika mak aku kasi 20 sen aje. 20 sen tu diikat kat hujung sapu tangan supaya tak hilang. selalunya aku guna untuk beli jajan a.k.a keropok kat kedai wa chai. masa tu aku naik basikal yang tayar dia mati tu. pas tu ade 2 tayar kecik tambahan dekat roda belakang supaya tak jatuh. hohoho. balik beriringan dengan 2 orang kawan aku si pratap dan palawata yang indian look. so kawaiiiii! huhuhu

masuk sekolah rendah, duit blanje diupkan sikit dari 20 sen menjadi 50 sen. masa tu 50 sen cukup. bagi aku la. nasi lemak mase tu 30 sen je. aku pulak dapat RMT (rancangan makanan tambahan) sebab aku dari keluarga kurang berkemampuan. jadi, aku tak yah pikir sarapan dah. pagi-pagi sampai sekolah, ambik cip warne merah kat dashboard kelas, p kantin, tunjuk kat makcik kantin, pas tu amikla makanan free yang dah disediakan. ikut menu, kadang-kadang mee goreng, tak pun mihun goreng ke, bubur kacang dengan biskut kering ke, yang paling aku suka nasi lemak. sebulan sekali nanti,cikgu akan kasi air susu coklat kotak. time tu bebudak tak dapat RMT jeles la kat kami yang dapat RMT. susu tu sedap wo...tak de jual kat kedai...kotaknye warne coklat dengan gambar lembu ataupun budak sekolah. rindunya saat ituh...

masuk tingkatan 1, mak aku kasi 70 sen sehari. seingat aku, nasi lemak dia hargenye 70 sen. jadi, duit tu habis kat nasi lemak je, air bawa dari rumah. jimatkan..pergi sekolah naik basikal. tak perlu tambang bas. start tingkatan 3, mak aku kasi rm15 sebulan. nampak macam banyak. kalau bahagikan untuk 20 hari persekolahan, dapat la 75 sen sehari. la...up 5 sen je rupanya. comellah mak ni.. ada satu masa tu, aku teringin nak beli air tin yang harge dia singgit, jadi, aku simpan duit dua hari tak p rehat semata-mata nak beli air yang bukannye sedap sangat pon tu. chait!

bila masuk zaman milennium ni, di mane aku dah tak sekolah, mak aku terus kasi adik aku blanje rm2.00 sehari. di manakah keadilan?! ye lah...nasi lemak pun dah naik harge. mana cukup 75 sen sehari. tapi adik aku tetap menang, bila nak keluar petang, mak aku kasi lagi sedikit sen buat bekalan. mane den tak jeles! semuanya skali. perbelanjaan sekolah memang sudah meningkat, dan budak-budak pun dah semakin manje. dan kebetulan, pendapatan ibu bapa sekarang memang dah agak meningkat. kira sederhanalah...

untung jadi anak zaman sekarang. dimanjakan ibu bapa. akak dulu hidup susah. kene pandai bawak diri. tak boleh merungut. kalau akak kate,

"kenape la aku tak dilahirkan dalam keluarga kaya"

nanti mak akak akan kate

"kamu tu yg tak cukup bertuah, tak lahir dalam keluarga yang kaya"

oh...pedih jiwa....

tapi tu semua mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. hidup bersederhana, berkat hidup. bagi yang yang sudah senang tu, tahniah. dan sentiasalah ingat pada yang serba kekurangan. labih berkat hidup. amin...

p/s: sudah, aku tak siap report lagi ni. boleh aku merapu-rapi. chait!

Tuesday, December 30, 2008

Aku, Motor dan Cacat

Hari krismas yang lepas, pakcik aku yang kami gelarkan Andak Ca’a telah mengunjungi kami di rumah. Bukan datang untuk meraikan krismas, sekadar kunjung-mengujung di waktu cuti, kerana kami tak sambut krismas. Beliau seorang yang obses pada motor berkuasa tinggi. Seingat aku, dah banyak kali dia tukar motor. Aku pulak bukan pakar motor, maka aku tak tahu jenis ape motor yang dia pakai, yang pasti, semuanya besar-besar belaka. Dan motor yang ini adalah yang terbaru. Masa dia sampai rumah aku, bunyi motor dia kuat benar, meletup-letup. Aku ingatkan bunyi helicopter terbang rendah. Tapi makin lama makin dekat dengan rumah pulak. Dalam hati aku “Ah..sudah, nak terhempas pun jangan la kat rumah aku.” Tiba-tiba bunyi tu berhenti, rupa-rupannya Andak Ca’a bersama motornya. Bikin suspen je. Dari apa yang aku curi-curi dengar, dia jual 3 motor yang dia dah ada kat rumah untuk beli motor ni. Haish…kalau aku, baik buat down payment beli kereta Honda civic ke, paling koman viva ke. Sekurang-kurangnya, tak kena hujan dan panas. Oh…ayat biasa seorang pompuan. Yela, kalau aku yang menonggeng merempit ngan motor tu, buruk benar panoramanya. Biarlah Andak Ca’a yang merempit sorang.



Inilah motor beliau. Semat jugak. Adik aku berlari-lari amik kamera untuk merakamkan gambar motor ni. Sekali tengok, macam motor Suria Perkasa Hitam pun ada. Cuma, motor Suri Perkasa hitam tu warna hitam. Yang ni merah. Motor ni ada 2 exhaust, padanlah bunyi cam helicopter.




Tamat kisah motor. Nak cerita pasal kad pulak.

Sedang aku belek-belek bil elektrik kat rumah aku, aku terpandang satu kad atas meja abah. Tengok macam menarik, saiz poskad. Aku ambik kad tu lalu aku baca. Rupa-rupanya wedding invitation card. Ya, kad jemputan kawin dalam bahasa inggeris. Memang aku batak sebab tak pernah orang hantar kad jemputan kawin dalam bahasa inggeris ke rumah aku, Tambahan mak ayah aku bukan orang yang selalu bercakap inggeris, cuma kadang-kadang tersasul setakat yes, no, ok, thank you saje. Cakap jawa fasih lah.

Aku pun tengok nama si pengantin lelaki dan perempuan. Rupa-rupanya, aku kenal si pengantin perempuan, biar aku panggil dia Adi. Adi ni kawan Friendster aku. Bukannya kitaorang kenal antara satu sama lain pun. Cuma, suatu masa dulu, masa aku sedang melayari Friendster, aku tertarik tengok gambar pra-kad jemputan kawin dia yang kretif dan sempoi. Ada ke dia letak gambo dia ngan bakal suami dia jelir lidah sambil tunjuk tanda rock. Memang gila-gila. Jadi, aku tinggalkan testimony cakap yang aku suka tengok gambar sempoi dia dan bakal suami pada kad jemputan kawin tu. Si Adi pun reply mintak alamat aku nak hantar kad tu, tak datang pun takpe katenye. Sekadar untuk kenangan. Aku ingatkan dia tak de masa nak hantar betul-betul. Tak sangka pulak dia betul-betul ada masa nak hantar. Thank you la Adi.

Tapi, bagi kad yang dihantar ni, gambarnye agak sopan sikit berbanding kad yang kat Friendster tu. Ini kad tersebut,



Dalam gambar ni, si lelaki pegang bunga, yang perempuan pegang guitar. Cute je..huhuhu. Setelah diamat-amati, aku perasan, kaki Adi agak lain macam. Oh..ada sedikit kecacatan kat kaki dia. Walaupun dia cacat, dia tak malu nak tunjuk kakinya. Tambahan, memang kaki dia terang-terang kat depan kamera dan dah tentu-tentu orang akan perasan. Inilah semangat yang aku mahu. Adi buat aku rasa bersemangat dan berkeyakinan. Semua orang berhak untuk hidup bahagia. Tak kira rupa, pangkat, darjat dan harta. Dan Adi sudah berjaya mengecapinya. Selamat pengantin baru Adi. Semoga kekal hingga akhir hayat.

Oh ye, kad jemputan tu dah agak comot memandangkan abah aku ingatkan itu poskad iklan ntah apa-apa. Lalu abah aku selamba lipat dan tulis nombor telefon kawan dia kad belakang kad jemputan tu. Sabor je la....

Friday, December 19, 2008

Bila Bos Cuti, Masa Untuk Berjiwang!!!!


Kadang-kadang, ada orang yang sanggup lepaskan peluang, untuk menunggu peluang lain yang kononnya lebih baik. Tapi tak sedar, entah akan datang atau tidak peluang tu. Jadi, orang tu akan cuba menjadi ego, kononnya taknak, walhal dalam hati nak. Sanggup tahan, padahal setiap hari membebel perkara yang sama. Kadang-kadang rasa nak

“ah! Amik je lah dia.”

Tapi tiba-tiba terfikir, “dia tak cun@hensem la…aku boleh cari yang lebih baik lagi”. Bodoh.
Wah…sedap je aku kata dia bodoh. Ya…itu hak dia untuk memilih. Cuma kadang tak berpadan. Kawan aku, sikit punya lawa, pakwe dia pulak, sorry to say, memang tak hensem la. Tapi dia baik sangat. Abang aku pulak, sikit punya hensem (tapi aku tak cun, sebab aku lain-lain mak dengan dia), tapi bini dia, tak cun mana pun…(ampun kak iparku). Ada banyak faktor dalam memilih pasangan ni kan. Tak semestinya bersandar pada rupa sahaja. Daya penarik tu yang penting sekali. Dan aku tak jumpa lagi apa daya penarik aku (bunyi cam sangap).

Baru tadi, ex-bf kawan aku call aku, mintak nombor tepon kawan aku tu. Diaorang dah clash sebab kawan aku tak tahan dengan perangai ex dia yang belom kawin dah tunjuk garang tu. Padan muka kau. Dah clash, nak rujuk balik pulak, bila couple, memaki-maki awek ikut sedap mulut. Itu belum kawin, dah kawin kang pukul-pukul bini pulak. Apa dia ingat pompuan ni boleh dibuat suka hati? Mengong la dia ni. Stalker pun ya jugak, habis semua kawan kepada kawan aku tu ditelefonnya untuk dapatkan nombor telefon kawan aku tu. Semua tak kasi, termasuk aku. Sempat jugak aku nasihat dia sedas tadi,

“ Lupakan je Adi (bukan nama sebenar) tu, dia pun dah ada pakwe baru. Awak pun muda lagi, lama lagi hidup. Janganla kacau dia lagi..”

eh…ingat dia nak terima nasihat aku tu, rupanya dia menjawab,
“saya bukan apa pun, memang dah lupakan dia. Cuma ada benda nak cakap sikit je lagi. Hal antara saya dan dia.”

Eleh…ada aku kisah? Kalau aku kasi nombor kawan aku, gerenti dia kacau kawan aku sampai nangis. Biarlah kawan aku tu cari kehidupan lain, dah cukup terseksa aku tengok. Lagipun, aku nampak kawan aku tu dah bahagia dengan pakwe baru sekarang. Hohoh! Mery krismes! (tetiber..)

Kalau yang laku, berebut-rebut orang nak. Kalau yang kurang “ baek punya..” ni, nak cari sorang pun payah. Ely cakap ‘cinta itu tidak boleh dikejar. Semakin dikejar semakin jauh ia pergi’. Betullah tu, sebab tu aku tak kejar. Tapi bila wat derk je, takde pun cinta melayang datang. Apa ni? tipu ke?

Semalam, housemate aku tanya aku samaada aku nak kenal dengan seorang lelaki ni, tapi aku cam malu lalu buat-buat tak dengar. (ish..kenape aku cerita kat sini…ayu, kalau ko baca, ko jangan bagi tau orang lain!!!). Pagi tadi terbaca blog pjoe pasal ‘bila bertembung kekasih lama’, teringat pulak kat orang yang disukai aku tapi dia tak suka aku. Tapi, aku sendiri yang bengap, tegur pun tidak, macam mana aku nak tau dia suka aku ke tidak. Padahal kami kenal dari sebelum masuk U lagi. Bila jumpa satu U, boleh tak bertegur sape. Memang memnjengkelkan, aku dan dia. Macam main tarik tali, yang tiada kesudahan.

Mungkin aku tak sedia lagi. Aku mahu, tapi malu..(muka merah…). Betul..hari-hari aku jeles tengok orang bercinta, tapi aku tak sedia lagi kalau ia datang sekarang. Lebih kepada malu sebenarnya. Bodohla aku ni. Sebab tu aku buat tak dengar apa housemate aku cakap. Melepas lagi satu peluang. Benci perasaan macam ni. Perasaan nak tapi malu dan tak sedia. Rugi jadi macam ni. Susah nak rebut peluang, susah nak berjaya nanti.


Edit : syukur aku lulus semua subjek dalam exam semester lepas. yahooo!!!!!!

(inilah akibat bila bos takde. jiwang semacam)

Tuesday, December 16, 2008

Tasya..aku rindu kamooo!

Kadang-kadang aku bosan menjadi diri sendiri. Sebab diri aku tak best. Rasa sangat lemah. Tak tahu hala tuju. Semakin cepat bosan. Semakin lembap memproses ilmu. Mungkin aku terlebih makan organ dalaman haiwan seperti hati ayam masak kicap sambal, limpa lembu goreng, tongkeng ayam goreng dan banyak lagilah. Kata orang, banyak makan organ dalaman ni boleh jadi bengap. Aku rasa betul. Tapi aku suka hati ayam lah..

Aku memang kurang interaksi, tapi tak bermakna aku kurang aksi. Kadang-kadang aku rasa nyesal dengan apa aku buat. Nampak janggal dan tak patut. Sebab itu bukan aku. Benci betul. Tapi aku taklah rasa bosan dengan diri sendiri. Aku puas hati dengan apa yang aku ada. Cuma, orang di sekeliling buat aku rasa tak puas hati dengan apa yang aku ada. Astaghfirullah... teruk betul pemikiran aku. Maaf tuhan, kerana mengeluh. kadang-kadang aku perlu luahkan. kalau tak, makan dalam, makan hati aku, tidakkk!!!! aku taknak menjadi semakin bengap.



Aku rindu Tasyalah..mungkin aku kena balik rumah cium dia. supaya aku jadi semangat semula.

Wednesday, December 10, 2008

Living in a Ladies Club House, best...

Hup!!!! Dengan semangat aku memblog. Baru aku dapat tahu bahawasanya dalam Chemical Laboratory ini ada internet connection secara wireless. Sepanjang 2 minggu berlalu, aku cuma membontoti makcik-makcik dalam lab ni sambil bertanya “akak tengah buat sample ape tu?” dan “sample ni untuk test ape kak?”. Sangat boring!!!! Encik ahmad, chief chemist berkaca mata tebal yang supervise aku tersangat busy sehingga tak punya masa untuk beri projek yang sepatutnya aku buat. Kebusyannya terserlah bila mana aku senyum je kat dia, dia terus cakap “sekejap, sekejap, sekejap ye…” wth? Dia takut aku tanya pasal projek la tu. Tapi semalam dia sudah kasi method suruh aku baca. Itupun setelah dia nampak aku buka akaun Friendster dengan selamba sebagai tanda aku tersangatlah takde kerja. Keh3!



seorang kakak sedang buat kerja



Aku duduk di ladies club house bersama 4 orang pompuan. Dulu, club house ni tempat pekerja melepas tekanan. Tapi sekarang ia ditukar menjadi tempat penginapan untuk student praktikel. Dalam ini club house, ada snooker, dart, ping pong dan badminton. So, setiap malam kiteorang akan praktis snooker. Habis praktikel ni, bolehla aku wakil negara p sukan Sea ke, Komanwel ke, dalam kategori snooker pompuan. Keh3!



lampu kalimantang di court badminton



meja snooker


Tempat kerja dengan tempat tinggal aku sekarang ini jauh jaraknya. Perjalanan dengan kereta yang dipandu laju pun memakan masa lebih kurang 30 minit. Aku menumpang Kak Lin ke tempat kerja. Beliau ni seorang pemandu wanita yang selalu mengecewakan lelaki lain di arena jalan raya. Bawak kereta mnacam dalam cerita Tokyo Drift (tipu ah...). Tapi memang lajulah, selalu kami berjaya tinggalkan kereta abang bujang yang duduk dekat dengan club house kami tu. Walhal kereta satria yang dia sudah modified tu nampak lebih gah daripada kereta proton saga aerobek Kak Lin.

Berbalik tentang kerja. Semua staff dalam lab aku tu sudah berkahwin. Maka setiap hari ada sahaja lawak sensor dari mereka. Malu aku mendengarnya (eiceh!!). Baru aku tau situasi bekerja dengan orang dewasa yang sudah kurang malu. Huhu! Tapi, percayalah, kalau aku jadi seorang chemist nanti, aku takkan biarkan makmal aku suram. Aku akan dengar lagu sambil menyanyi-nyanyi ketika bekerja. Seorang chemist tak semestinya nerd seperti En. Ahmad. Bak kata Mamat (bukan nama sebenar), diaorang banyak duit, tapi busy sangat sampai tak ada masa nak belanjakan duit itu. Kesian, mesti diaorang tak tahu apa itu keseronokan. Eh, tapi En Zaki di lab wastewater yang hensem berlesung pipit tu nampak seperti tidak nerd. Itulah idolaku! En Zaki…esok
cuti, jom karaoke!;)

Dan pada suatu malam, bulan pun tersenyum.



Kemudian, Bukit Antarabangsa pun runtuh... Suka-suka je aku kaitkan. huhu..

Tuesday, November 18, 2008

The emancipation of me II




EXAM DAH HABIS!!!!!!!!

(intonasi jeritan menyerupai jeritan Lyn dalam KAMI The Movie).


Ye, ye! Esok boleh balik. Boleh tidur, boleh makan, boleh nyanyi kuat-kuat, boleh jalan-jalan. Ayu, jom la mandi pantai. Kita sambung projek kita yang terbengkalai semester lepas. Pergi Teluk Batik dengan Wan, naik bot pisang! Jomlah!

Aku tau... mesti kau akan cakap, pala otak kau ja? Aku ada review sampai 24 haribulan. Lepas review aku terus kene pergi praktikel. Kau pergi la naik bot pisang sorang-sorang!

Ala.....

Macam tu, tak dapatlah kita menikmati hari cuti dengan gembira. 24 haribulan tu, aku pun kene pergi praktikel. Tapi takpe, aku praktikel di Pulau Carrey, duduk di Kelanang. Jadi, hari-hari aku boleh nampak laut. Hari-hari boleh mandi laut. Kelautlah kamu sora...

Cuti yang mundur!

*sekali 2 aku post. Entah bila aku dapat bukak blog lagi. Hu...

Wednesday, October 22, 2008

The emancipation of me!

Hari ini adalah hari kebebasan aku daripada Skem. Sudah lama aku dengan Skem, 3 semester tu... Naik jelak aku dengan dia. Setiap hari minggu mesti aku kena jumpa dia. Lama pulak tu kalau jumpa. Daripada pagi sampailah ke petang. Dia duduk di gombak. Aku kenal dia dari promosion yang dia buat masa dia datang pesta konvo di universiti aku. Aku pulak terpedaya dengan cakap dia. Sebab dia kata dia murah. Memang dia murah, tapi, di sebalik kemurahan dia, macam-macam halangan lain ada. Mula-mula dulu dia janji nak hantar aku pergi dan balik. Tapi, sejak semeter 3, dia hantar aku kat LRT Putra je, lepas tu aku kene balik sendiri ke Shah Alam. Jauh tu, banyak masa aku terbuang untuk dia. Tambang sendiri pulak tu... Jahat la dia. Ini antara pendapat orang lain tentang Skem: klik sini

Tadi, aku dah lulus ujian bermotor jpj. Jadi aku tak payah pergi jumpa Skem lagi. Aku rasa sangat gembira!!!!

oh ye...Skem tu nama tempat aku belajar memandu tu. hehe..=p

Sebenarnya tak lah teruk sangat Skem tu. Dia memang murah. Tapi kalau duduk jauh dari Gombak memang susah. Diaorang buat promosion jauh-jauh dengan janji dihantar diambil. Mula-mula hantarlah, tapi bila dah lama-lama, turun stesen LRT je lah. Lepas tu pandai-pandailah balik sendiri. Itu yang tak seronoknya.

Akhir kata, terima kasih cikgu. Saya dah lulus dah..ngehehe =]]

Monday, October 13, 2008

Review keseluruhan KAMI The Movie




Akhirnya, hari sabtu kemarin, aku berjaya menonton KAMI The Movie. Gumbira sungguh rasa hati aku. Aku tengok kat IOI mall Puchong. MasyaAllah, punyalah jauh. Aku tengok kat internet, tayangan KAMI cuma ada kat GSC pavilion ngan IOI Mall je, kerna tayangan dah hujung-hujung ni. Jadi aku dayakan jugak ke sana. Tapi, ianya sangat berbaloi bagi aku.

Masuk-masuk je panggung wayang tu, aku macam nak menjerit. Lengang, Cuma ada aku, 2 kawan aku dan 9 orang penonton. Huhu!!!. Hep! Sebagai peminat KAMI, let me explain. Sikit penonton tak bermakna tak berkualiti, tak bermakna tak best. Pertama sekali, kawan aku cakap, panggung kat IOI Puchong tu memang selalu lengang. Sebab tu kitaorang ke situ dari pergi Pavillion (Lagipun tiket murah sket..heh). Kedua, tayangan KAMI tu dah hujung-hujung, maka dah ramai orang tengok. Aku jer yang ketinggalan zaman sikit. Raya ke-11 baru aku dapat tengok. Hujah aku yang ke-3, ada orang yang tak tahu sampai bila tayangan KAMI tu. Ada orang cakap ngan aku, tayangannya sampai hari rabu lepas je. Nasib aku tak percaya dia, kalau tak, tak bahagialah hidup aku macam sekarang ni. Hehe..

Setelah menonton filem ni, aku kasi 4 ½ bintang. Setengah lagi aku tak kasi sebab, abu mati!! Sedeh sunggoh aku dengan pemergian Abu. Bagi aku, jalan penceritaan KAMI The Movie ni sedih dari awal sampai la akhir. Biar aku cerita sikit, mula-mula, Abu lari dari pusat pemulihan akhlak untuk jumpa kawan-kawan dia bagi meraikan hari terakhir SPM Lyn, Adii dan Sophie. Ali kerja sebagai Agen jual pakej pelancongan dan dia sangat benci kerje tu. Abu tak dapat jawab SPM sebab dia kene pukul dgn teruk sekali masa hari pertama nak ambik SPM. Boy si ejen penjual dadah terjumpa Lyn masa diaorang tengah tengok gig. Maka Boy mula memburu Lyn untuk mengutip hutang lama sambil cuba memporak perandakan persahabatan Lyn dengan kengkawannya. Kerana tertekan dengan ugutan dan hutang, Lyn terpaksa mengedar dadah semula, untuk langsaikan hutang.

Bapak Abu masih tak dapat menerima Abu, tambahan pula, Abu melarikan diri, lagilah bapak dia rasa Abu betul-betul anak yang tak guna. Kesian Abu. Dalam KAMI The Movie ni, Abu nampak macam suka kat Lyn, tapi dia tau Ali pun suka Lyn. Maka, dia kasi peluang kat Ali, dan dia suka dalam diam je. Abu orang pertama yang tau bahawa Lyn lah teka-teki. Abu masih meneruskan kegiatan mencurinya. Dia curi buku puitis untuk Lyn dan CD untuk Ali. Tak boleh ikot perangai ni.

Emak sophie tak jadi kawin ngan Jamal. kerana dia takut duduk sengsorang kat umah, dia sanggup sorokkan surat tawaran universiti luar negara dalam jurusan perubatan yang diterima Sophie. Bila Sophie dapat tau, dia sedih sangat, ditambah dengan perangai Zarul pakwe dia yang gatal sangat tu. Sophie suka Ali, tapi Ali tetap tak layan.

Adii tak serik-serik cari pakwe melalui chatting. Tapi bila dia jumpa dgn mat chatting yang dia chat tu, semuanya tak kene. Gatallah, tualah. Yang pasti, adii tetap ingat pada vanilla ice ataupun Zul, abang Abu, yang meninggal kene tikam perompak. Satu hari, Abu, Ali, dan Sophie masuk bilik adii, dan Abu ternampak gambar t-shirt yang adii bagi kat abang dia. Sophie pulak explain pasal t-shirt tu dan vanilla ice. Jadi Abu pun tahulah…. Tapi dia tak cakap dengan Adii vanilla ice tu abang dia.

Ali pula menyampah sesangat dengan kerja dia sebagai ajen jual pakej pelancongan. Band dia dah mula diterima dan mula buat gig. Dia vocalis, dia nyanyi lagu Guris. Oh…aku suke =). Mak bapak dia dah bercerai. Mak dia sibuk nak kawin dengan orang lain pulak. Dengan masalah tak seberapa ni, Ali amik dadah balik. Satu hari, masa nak beli dadah, yang hantar dadah kat dia, Lyn. Jadi terbongkarlah rahsia Lyn.
Si Boy yang tak sudah-sudah nak kacau hidup Lyn dengan kengkawannya telah cari gaduh ngan Ali. Tengah bergaduh-gaduh, Abu datang. Boy nak tikam Ali, tapi Abu halang lalu tertikam dia. Macam tulah Abu mati. Tapi dia sempat buat lawak lagi sebelum mati. Maka aku confius, nak gelak atau nak nangis.

Setelah Abu mati, Lyn yang menyimpan beg Abu terjumpa gambar abu dan abang dia pakai baju yang Adii kasi. Lyn poskan gambar tu pada Adii. Bapak Abu pulak sedar akan kesilapannya. Sophie terima tawaran lanjutkan pelajaran. Ali dan Sophie duduk kat beranda. Ha..aku tak tau ape jadi kat dieorang seterusnya.

Pada pendapat aku, sesiapa yang ikut KAMI The Series, pasti dapat memahami KAMI The Movie dengan lebih baik. Apa-apa pun, lakonan mereka sangat mantap. Tambahan pula diaorang muka baru. Tahniah. Sepanjang cerita, lagu-lagu dari album KAMI volume II dimainkan. Menambahkan emosi aku untuk nangis je. Ada lagu hujan dalam cerita ni, tapi xde dlm album. Kenape ek? Aku tak mengharapkan sequel untuk cerita ni, nak cerita apa lagi, Abu dah mati. Oh, ye, Boy pun mati dalam cerita ni. Tapi kalau ada, aku akan tetap terus ikutinya. Aku dengar KAMI ada keluarkan buku, tapi aku tak jumpa lagi kat sini. Al-maklumlah, limited edition.

HIDUP INI MEMANG PALAT, TAPI ESOK MASIH ADA, adalah nukilan terakhir Abu untuk Lyn sebelum dia mati.



scene terakhir cerita ni.

connection buat hal lagi...

Thursday, September 4, 2008

BSAC part 4



Abu: Fuyooo, ramainye budak BSAC…
Ali: tu la pasal, ni baru budak part 4
Abu: ade kerje ke nanti?
Ali: ………….entahlah….

Friday, August 8, 2008

GHOST


disiniku menanti,
aku menanti

dalam tidurku,
ku terjaga,
dan terasa sunyi,
kedinginan,
semata-mata menyelubungi,

masih jua,
disiniku menanti,

masih jua,
aku menanti,

masih jua,
aku menanti,

masih jua,
aku menantiii...

(lirik lagu tema GHOST)



GHOST…
sebuah drama series di 8tv yang dah tamat tayangannya. tapi baru sekarang aku dapat tonton semua episod. rasa sangat puas hati. walaupun dah terlambat sangat. bagi aku cerita ni digarap dengan begitu baik sekali. dan ini drama terbitan produksi malaysia. memang best. semoga ada lebih banyak cerita kreatif macam GHOST.