Showing posts with label aku suka. Show all posts
Showing posts with label aku suka. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

Bas Belang Hijau Itulah


Cepat betul mase berlalu ek. Rasa macam baru semalam aku tunggu bas dekat gerai buah dengan memakai gaun oren. Sebelum naik bas, mesti mak belikan keropok ngan air kotak. Dalam bas, aku duduk sebelah mak, berdiri atas kerusi penumpang sambil nyanyi lagu Isabela atau Oh Ibu dan apa-apa lagu yang sezaman la. Masa tu mane tau malu. Mak kata, pernah sekali mak soh aku diam, tapi driver bas tu kata biarkan je la budak-budak. Memang sah, suare aku sedap, sampai dapat menambat hati driver tu. Nasib baik takde program Bintang Kecil lagi time tu. Kalau tidak, mesti aku dapat berduet dengan Faizal Tahir sekarang. Eheheh.. Perasaan pulak.

Terasa baru semalam jugak aku tunggu bas ngan mak abah sambil galas beg belakang ada logo UiTM. Lima tahun setengah macam tu. Mak abah hantar sampai stesyen bas, tunggu sampai bas belang hijau tu sampai, tunggu sampai aku duduk dalam perut bas, tunggu sampai aku lambai dari tingkap, tunggu sampai bas hilang dari pandangan. Lima tahun setengah macam tu. Sampai la saat aku turun dari pentas bersama skrol graduasi terus cium tangan mak abah. Lepas tu, aku dah tak tunggu bas pakai beg sandang belakang logo UiTM lagi.

Terasa macam masih bulan Januari 2010, saat pertama kali tunggu bas pada hari ahad untuk balik ke rumah sewa, sedia kerja pada hari isninnye. Masih abah hantar sampai stesyen bas, tunggu sampai bas belang hijau tu sampai, tunggu sampai aku duduk dalam perut bas, tunggu sampai aku lambai dari tingkap, tunggu sampai bas hilang dari pandangan. Bezanya, tiada lagi beg logo UiTM, mak pun jarang-jarang ikut hantar dan kadang-kadang, bersama dia di sisi, melintasi kawasan sawah padi. Romantiknyer aku rasa. Huhuhu

Sekarang ini, tak banyak yang berubah. Cuma aku dah tak pakai gaun lagi, beg galas berlogo UiTM pun dah tersimpan kemas. Sudah merasa jerih perih mencari rezeki. Sudah jumpa belahan hati. Yet, masih naik bas belang hijau lagi. Cuma situasi saja yang berlainan. Tapi aku semakin gembira meniti hidup dan membina masa depan yang sederhana indah penuh keselesaan dan keberkatan.


* bila la nak beli kereta ni....uhui...(motifnye post ini)

Tuesday, August 4, 2009

Aku suka bila bizi

tu je~

aku bizi ni

Thursday, April 23, 2009

GHOST musim II




GHOST musim ke-2 sudah keluar!!! bermula 19 april lepas.
setiap ahad
1030 malam
8tv

Cheril Samad yang comel tu masih sebagai teraju utama.
Ada Zahiril Adzim pulak tu. giler ah!
Tak sabarnye nak tengok!!!

~actually aku tak tengok lagi =p, tak de maso nak p bilik tv..huhu

download GHOST OST - MASIH JUA

Monday, March 30, 2009

Afgan - Entah



ENTAH ni best juga.

semua ada di sini
ni bukan plagiat kan?

*aku nak memblog sepuas hati sebelum offline 2 bulan duduk rumah sampai berkulat.

sepatutnya aku taip ' aku akan belajar rajin-rajin sebelum bercuti 2 bulan duduk rumah sampai berkulat.'

Friday, March 13, 2009

Broken String, how to fix it?



Genius collaboration between two awesome male and female singers, James Morrison and Nelly Furtado . Both of them have unique voice and when they unite in this song call ‘Broken String‘, it easily get my attention. Really great song, great lyric and great singers make this song sound very nice. I love this song and keep on playing it everyday since my first heard it on mix.fm. Hope this song will become hit in all radio station.

Nelly has original beauty and James Morison new hair style really cool though. ;)

James Morrison Lyrics (featuring Nelly Furtado) - Broken Strings

Song Words by Artist / Band : James Morrison feat. Nelly Furtado
Lyrics Title : Broken Strings
Music Genre : Soft Rock
(Song Data Information from : Wikipedia)


James Morrison
Let me hold you for the last time
It’s the last chance to feel again
But you broke me now I can’t feel anything

When I love you
It’s so untrue
I can’t even convince myself
When I’m speaking it’s the voice of someone else

Oh it tears me up
I tried to hold on but it hurts too much
I tried to forgive but it’s not enough
To make it all ok

You can’t play on broken strings
You can’t feel anything
That your heart don’t want to feel
I can’t tell you something that ain’t real

Oh the truth hurts
A lie’s worse
I can’t like it anymore
And I love you a little less than before

Nelly Furtado
Oh what are we doing
We are turning into dust
Playing house in the ruins of us

Duet : James Morrison and Nelly Furtado
Running back through the fire
When there’s nothing left to save
It’s like chasing the very last train
When it’s too late (too late)

Oh it tears me up
I tried to hold on but it hurts too much
I tried to forgive but it’s not enough
To make it all ok

You can’t play our broken strings
You can’t feel anything
That your heart don’t want to feel
I can’t tell you something that ain’t real

Oh the truth hurts
And lie’s worse
I can’t like it anymore
And I love you a little less than before

But we’re running through the fire
When there’s nothing left to say
It’s like chasing the very last train
When we both know it’s too late (too late)

You can’t play our broken strings
You can’t feel anything
That your heart don’t want to feel
I can’t tell you something that ain’t real

Oh the truth hurts
And lies worse
I can’t like it anymore
And I love you a little less than before
Oh and I love you a little less than before .. yeah

Let me hold you for the last time
It’s the last change to feel again


**kadang-kadang aku rasa english aku makin teruk ~~haish..

Sunday, March 8, 2009

Kucing-kucingku (=^-^=)














Tasya dah selamat lahirkan 2 ekor anak yang chomel!! entah bila dia ngandung pun aku tak perasan. huhu

*hari ini, Klang macam Jakarta. Bila pulak agaknya Jakarta nak jadi macam Klang?

Sunday, February 8, 2009

Saya Sedang Bersemangat!

Berdiri tegak, pandang ke depan dan nyanyi kuat-kuat penuh semangat!

UiTM Dihatiku.

Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
Bagai Obor Ilmu Memayungi Putera Puterinya
Pelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama.... Negara
Pembentuk Akhlak Manusia, Agar Jadi Sempurna

Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
Untuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku

Majulah Bangsa, Maju Negara
Berkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa

Watikah Yang Ku Miliki Kan Ku
Semat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi Untuk
Menabur Bakti
Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda Ku
Untuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia

Inilah kesannya jika anda menghayati modul program pembangunan & kepimpinan pelajar dengan seasyik-asyiknya. Saya jadi seorang yang sangat menyanyangi universiti dan tiba-tiba rasa sangat berat hati untuk tinggalkan institusi pengajian tinggi ini.

Semasa menyanyikan lagu ini di dalam dewan pagi tadi, saya begitu bersemangat berdiri tegak tangan ke sisi. Bersama lebih kurang 400 pelajar lain, saya menyanyikan lagu ini penuh semangat sambil bertukar-tukar intonasi suara sekejap rendah, sekejap tinggi kerana lagu ini perlukan nada sedemikian rupa. Rasa sedih kadangkala menerjah jiwa tatkala lagu ini dialunkan dek kerana iramanya yang lembut mendayu tapi tak bermakna ia layu. Lagu ini penuh dengan semangat warga pelajar kami. Semangatnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang berada di situ merasai bahangnya, melebihi bahang AF7 yang bakal menjelma tak lama lagi.

Sedang saya menyanyikan lagu ini, kadangkala saya tersyasyul sedikit akibat tidak menghafal lirik. Terukkan saya, walaupun saya sudah hamper 5 tahun di sini, dan walaupun komander JPA3 saya masa diploma dulu selalu suruh nyanyi lagu ini ketika berkawad seorang demi seorang, saya masih tak ingat lirik juga. Sah, saya bukan peserta ideal untuk rancangan ‘jangan lupa lirik’. Sebab itu saya cari lirik lagu ini kerana saya nak menghafalnya agar saya boleh ingat sampai ke tua nanti. Saya dalam dilema lagi, antara gembira dan tidak sabar menunggu hari konvokesyen saya, dengan berat hati untuk meninggalkan institusi yang menyimpan 1001 kenangan pahit manis ini.

UiTM di hatiku

Friday, January 16, 2009

Dygta - Kesepian



Macam dah berkurun tak upload lagu. Mengaku saje, dulu gila sangat dengan indie. Sekarang sudah kurang sikit. Eh ye ke? banyak jer lagu couple dan arctic monkeys (indie ke group ni?) dalam henset aku. Serius la..Lebih kepada universal. Mana-mana lagu yang sedap di telinga, akan diputar sampai lebam. Lebam macam manakah? Sampai malas nak dengar lagi, atau kasarnye, sampai nak muntah. ha.. Tapi ada satu lagu dari orang putih yang tak berapa nak putih yang aku tak jemu-jemu dengar iaitu Miss Independent oleh si Ne-Yo tu. Sedap betul lagu tu ek, macam burer prosperity. Eh, tak boleh makan ni, sudah boikot.

Ini ada satu lagu yang diperkenalkan oleh si kasut kepada aku. Lagu ni dah lama kot. Tapi aku baru terhegeh-hegeh nak suka. Lagu sedeh ni. Kau frust ke my friend? huhu. Sudah tahu bertanya pula aku ni. haha. Lagu dari sebuah band indon, Dygta. Baru semalam aku dengar nama group ni. Lagu yang agak sedih lara.

Tajuk lagu ni, Kesepian. terimalah, Kesepian - DYGTA

p/s: agak2nya kalau lagu ni ditujukan pada suri, kau marah tak suri?

Wednesday, December 10, 2008

Living in a Ladies Club House, best...

Hup!!!! Dengan semangat aku memblog. Baru aku dapat tahu bahawasanya dalam Chemical Laboratory ini ada internet connection secara wireless. Sepanjang 2 minggu berlalu, aku cuma membontoti makcik-makcik dalam lab ni sambil bertanya “akak tengah buat sample ape tu?” dan “sample ni untuk test ape kak?”. Sangat boring!!!! Encik ahmad, chief chemist berkaca mata tebal yang supervise aku tersangat busy sehingga tak punya masa untuk beri projek yang sepatutnya aku buat. Kebusyannya terserlah bila mana aku senyum je kat dia, dia terus cakap “sekejap, sekejap, sekejap ye…” wth? Dia takut aku tanya pasal projek la tu. Tapi semalam dia sudah kasi method suruh aku baca. Itupun setelah dia nampak aku buka akaun Friendster dengan selamba sebagai tanda aku tersangatlah takde kerja. Keh3!



seorang kakak sedang buat kerja



Aku duduk di ladies club house bersama 4 orang pompuan. Dulu, club house ni tempat pekerja melepas tekanan. Tapi sekarang ia ditukar menjadi tempat penginapan untuk student praktikel. Dalam ini club house, ada snooker, dart, ping pong dan badminton. So, setiap malam kiteorang akan praktis snooker. Habis praktikel ni, bolehla aku wakil negara p sukan Sea ke, Komanwel ke, dalam kategori snooker pompuan. Keh3!



lampu kalimantang di court badminton



meja snooker


Tempat kerja dengan tempat tinggal aku sekarang ini jauh jaraknya. Perjalanan dengan kereta yang dipandu laju pun memakan masa lebih kurang 30 minit. Aku menumpang Kak Lin ke tempat kerja. Beliau ni seorang pemandu wanita yang selalu mengecewakan lelaki lain di arena jalan raya. Bawak kereta mnacam dalam cerita Tokyo Drift (tipu ah...). Tapi memang lajulah, selalu kami berjaya tinggalkan kereta abang bujang yang duduk dekat dengan club house kami tu. Walhal kereta satria yang dia sudah modified tu nampak lebih gah daripada kereta proton saga aerobek Kak Lin.

Berbalik tentang kerja. Semua staff dalam lab aku tu sudah berkahwin. Maka setiap hari ada sahaja lawak sensor dari mereka. Malu aku mendengarnya (eiceh!!). Baru aku tau situasi bekerja dengan orang dewasa yang sudah kurang malu. Huhu! Tapi, percayalah, kalau aku jadi seorang chemist nanti, aku takkan biarkan makmal aku suram. Aku akan dengar lagu sambil menyanyi-nyanyi ketika bekerja. Seorang chemist tak semestinya nerd seperti En. Ahmad. Bak kata Mamat (bukan nama sebenar), diaorang banyak duit, tapi busy sangat sampai tak ada masa nak belanjakan duit itu. Kesian, mesti diaorang tak tahu apa itu keseronokan. Eh, tapi En Zaki di lab wastewater yang hensem berlesung pipit tu nampak seperti tidak nerd. Itulah idolaku! En Zaki…esok
cuti, jom karaoke!;)

Dan pada suatu malam, bulan pun tersenyum.



Kemudian, Bukit Antarabangsa pun runtuh... Suka-suka je aku kaitkan. huhu..

Tuesday, November 18, 2008

Kekurangan yang Menyebabkan Kematian



I'm not soooo goood in English. I just write and speak scrap English. My grammar is very weak. Although i've learn English start from primary school, secondary school, up until now, where I kononnya are in the university, my English is still bad. But, i like to learn. And one of the way to practice my English is by listen to english music. When there is a word that I don't understand, I will find out what it mean in the dictionary.

Now, i'm doing my research (cheh! research!) on one song, title Fatal Flaw from one group known as South Jordan. I find out the meaning of Fatal Flaw from a dictionary. And what i got is very surprising. The meaning of Fatal Flaw is = Kekurangan/kecacatan yang Menyebabkan Kematian. Hu......(O_o#). Or am I too lurus bendul?


Fatal Flaw - South Jordan

They told me be careful
They said be weary of you
They warned: persistence is the fatal flaw
I find myself waiting
I find myself hoping that you’d
One day fall into my open arms
But it’s okay, you can just call me friend
Even though I mind, I’ll just take the back seat again
Cuz in the end, I’m here
In the end just sit and stare
Seasons change, now making way
As I’m just waiting, waiting, waiting for you
I’ve been here a time or two
Trying to fight the dying breath
Why is every step I take so damn hard
I got some battle wounds from this
I got the sinking feeling in my skin
I’m getting tired of the night
I’m waiting for your light
But it’s okay, you can just call me friend
Even though I mind, I’ll just take the back seat again
Cuz in the end, I’m here
In the end just sit and stare
Seasons change, now making way
As I’m just waiting, waiting, waiting for you
But it’s okay, you can just call me friend
Even though I mind, I’ll just take the back seat again
Cuz in the end, I’m here
In the end just sit and stare
Seasons change, now making way
As I’m just waiting, waiting, waiting for you
As I’m just waiting, waiting, waiting for you
As I’m just waiting, waiting, waiting for you
They said be weary of you
They warned: persistence is the fatal flaw


Fatal Flaw

Wednesday, October 22, 2008

The emancipation of me!

Hari ini adalah hari kebebasan aku daripada Skem. Sudah lama aku dengan Skem, 3 semester tu... Naik jelak aku dengan dia. Setiap hari minggu mesti aku kena jumpa dia. Lama pulak tu kalau jumpa. Daripada pagi sampailah ke petang. Dia duduk di gombak. Aku kenal dia dari promosion yang dia buat masa dia datang pesta konvo di universiti aku. Aku pulak terpedaya dengan cakap dia. Sebab dia kata dia murah. Memang dia murah, tapi, di sebalik kemurahan dia, macam-macam halangan lain ada. Mula-mula dulu dia janji nak hantar aku pergi dan balik. Tapi, sejak semeter 3, dia hantar aku kat LRT Putra je, lepas tu aku kene balik sendiri ke Shah Alam. Jauh tu, banyak masa aku terbuang untuk dia. Tambang sendiri pulak tu... Jahat la dia. Ini antara pendapat orang lain tentang Skem: klik sini

Tadi, aku dah lulus ujian bermotor jpj. Jadi aku tak payah pergi jumpa Skem lagi. Aku rasa sangat gembira!!!!

oh ye...Skem tu nama tempat aku belajar memandu tu. hehe..=p

Sebenarnya tak lah teruk sangat Skem tu. Dia memang murah. Tapi kalau duduk jauh dari Gombak memang susah. Diaorang buat promosion jauh-jauh dengan janji dihantar diambil. Mula-mula hantarlah, tapi bila dah lama-lama, turun stesen LRT je lah. Lepas tu pandai-pandailah balik sendiri. Itu yang tak seronoknya.

Akhir kata, terima kasih cikgu. Saya dah lulus dah..ngehehe =]]

Band terbaru Nas-T


Kugiran Malaya is a new band with three members in it; DJ Nas-t, Shazmyl and Sham. Their music genre is a combination of rock and electro. DJ Nas-T play turntable for this group. He was acting in KAMI The Movie as Abu. Before this, he is one of the Dragon Red members. Syazmyl is the vocalist for this band. He also plays the guitar. Sham who also act in KAMI The Movie as the Disaster group member, plays the bass for KM. Their vision is to bring music up onto a new level. Their song can be listen at KM amp channel or just go to their myspace profile.

This is one of their song:
Epilog Cinta lyrics:

Ceritakan padaku masalahmu,

Ceritakan padaku satu persatu,

Kernaku ingin tahu masalahmu,

Tapi pastikan katamu benar,

Bukan ku ingin menganggumu tapi hanya membantu epilog cinta rileksku,

Bukan ku ingin menganggumu tapi hanya membantu,

Dengarkan lagu ini yeah yeah yeah yeah!...

Lagu ini tuk' menenang fikiran mu,

Jangan sedih lagi jangan ikut perasaanmu.....



Lyrics & Composed by : Shazmyl

Arranged by : Kugiran Malaya

epilog cinta