Showing posts with label family matter. Show all posts
Showing posts with label family matter. Show all posts

Monday, February 2, 2009

2 Perubahan, 1 Fakta, 2 Tak Best

Cuti yang menyeronokkan sekali. Setelah seperti 8 juta tahun aku tak bercuti, cuti pertengahan semester pada kali ini adalah yang terbaik sepanjang karier aku sebagai pelajar. Banyak juga perubahan telah berlaku di sekitar rumah. Kandang rusa sebelah rumah tu dah tiada rusanya. Mak aku kata semua dah disembelih untuk kenduri kawin anak Pakcik Zikri yang diadakan di dewan sabak tu. Wah…rugi aku tak datang, kalau tak boleh makan daging rusa sambil jumpa kawan lama aku di majlis perkahwinan tu. Adi (bukan nama sebenar), kau ingat lagi tak pada aku agaknya.. dulu masa tadika kita jadi partner dalam pertandingan bercerita. Tak ingat tajuk cerita tu, tapi macam pasal tebuan. Kita dapat hadiah pensil HB warna merah dua. Aku rasa kita kalah, sebab ada budak dari tadika lagi satu dapat hadiah pinggan. Kalau Adi maseh ingat, masa balik tadika, kita akan singgah rumah Siva, tekan loceng rumah dia, kemudian kita lari laju-laju. Kau la yang lari, aku naik basikal sebab rumah aku jauh sikit. Hahaha..mesti mak siva bengang, asal pukul 11 je loceng rumah dia bunyi. Asal loceng rumah dia bunyi je pukul 11. Eh, aku rasa macam nak pergi mintak maaf la pada mak siva, tapi dia dah pindah la pulak. Mungkin sudah tak tahan dengan gangguan kita. Hm…
Bawah ni, kandang rusa yang sudah sunyi sepi...



Perubahan kedua, Tasya. Dia sudah tak merajuk lagi dan semakin gemok. Tapi dia seperti meminggirkan aku. Dia lebih suka ikut mamu dari aku. Kalau aku yang keluar, dia akan buat-buat tidur, tapi kalau mamu yang keluar, mula la dia mengiau sambil kejar-kejar mamu. Tak guna! Aku buang kau nanti baru kau tau. Eh tak boleh, nanti mamu pulak yang buang aku, sebab dia dah mula sayang sama itu kucing, babuji pun sayang. Pelik, sebelum ni mamu tak suka kucing.. mungkin mamu kesunyian tanpa aku dan adik aku di rumah. Walaupun adikku sudah balik ke rumah, tapi dia bukan lekat kat rumah, dia lebih senang lekat di ‘Ali’, minum-minum kopi sambil bincang pasal masa depan dengan kawan-kawannye.

Perubahan ketiga….he dah takde dah. Sikit je perubahan kat rumah aku rupanya. Huhuhu..
Oh ye, aku teringat sesuatu. Baru-baru ni aku dapat tahu bagaimana nak mengklasifikasikan seseorang lelaki itu dalam kategori metroseksual. Lelaki itu pasti ada bedak talkum di dalam almari bajunya. Kalau takde pun, dia akan guna kawan dia punya. Jenama pilihan selalunya Dunhill. Mungkin sama dengan jenama rokoknya sekali. Ye ke? Kemudian, dia akan ada ‘lip balm’ ataupun pelembap bibir. Tapi lelaki metroseksual bukan menggunakannya ketika bibir kering. Beliau akan guna ketika lidah kering. Hah! Hahaha!. Pilihan pelbagai perisa, daripada strawberi hingga ke vanilla. Dan yang paling comel, lelaki metroseksual pakai minyak rambut jenama Johnson & Johnson untuk memastikan rambut sentiasa lembut dan lembap berbau bayi. Ya..mereka suka bayi. Huhuhu.. ini semua fakta tau. Sumber dari sini. Hohoho

Dua je, Dua je yang tak best, Dua je.. kenape bus stand klang sudah ditukar ke Klang Central? Dan kenapa kita kena pulang ke asal sedangkan apa yang kita sedang lalui itu tersangatlah membahagiakan? Macam kena balik belajar semula sedangkan duduk rumah itu lagi menyeronokkan.ha....

Tuesday, January 20, 2009

Kerana Dia Tambiku a.k.a Adikku

Sibuk aku menenangkan mamu dalam telefon tadi. Menangis baik punya mengenangkan adik aku yang dah ikut kawan dia p cari kerja kat kota mana entah. Tumpang rumah abang kawannya tu kata dia. Dey tambi, kerja apakah yang kau mampu buat? Baju kau pun bersepah-sepah dalam bilik. Tempat tidur pun tak berkemas selagi mamu tak menjerit suh kau kemas. Baju, seluar bahkan kasut sekolah kau dulu pun mamu yang basuh. Hadiah patung cj7 yang kau nak kasi awek kau dulu tu pun aku yang balutkan. Mampukah kau buat itu semua sendiri sekarang ni? Ha tambi? Siapa soh ko manje sangat dulu?

Tadi mak aku kata, dia dok pikir tambi makan apa kat sana. Macammana rupa tambi menadah mintak kerja. Sembahyang ke tak tambi kat sana. Cukup ke duit yang mamu bekal untuk tambi. Huish... sayang benar mamu kat tambi. Risau benar dia. Aku kata, sabar la mamu, biar dia belajar hidup susah. Selalu nak suap je, sekarang pandai-pandailah dia suap sendiri. Huargghhhh !!!! makin kuat mamu nangis. Aku salah cakapkah ?

Aku pun mesej tambi bertanya kabar. Rupanya dia tengah berusaha. Penat katanya, tapi masih tak jumpa sebarang lubang-lubang kerja. Kesian kau tambi. Kalau aku ada syarikat pembungkusan kerepek, dah lama aku offer kau kerja. Jadi manager bahagian marketing lagi. Tapi sayang, usahkan syarikat, sikat harga RM5.00 pun aku fikir dua kali nak beli. Sebab rambut aku, guna jari pun boleh.

Dalam mesej, aku katakan pada tambi bahawa mamu menangis mengenangkan dia. Aku kata, masa aku nak p dulu, mamu takde nangis sampai macam tu sekali. Maknanya dia sayang sangat sama tambi. Tapi tambi aku tu berjiwa kental. Dia balas macam ini :

“ye r, ak kn ank ctan..dye tkt r ak x$mengGah kt cni..k r,nk cr ag Ni..bye”
(ejaan dalam ayat ini ditiru bulat-bulat dari mesej yang dihantar oleh tambi.)
Kalau ditafsirkan mengikut fahaman aku, ‘ye la, aku kan anak setan, dia takut la aku tak semenggah kat sini. Ok la, aku nak cari @ curi lagi ni. Bye’.
Aku harap sangat ‘cr’ itu untuk cari, bukan curi. Hoho…adikku adikku..

Aku pun balas begini:

‘apa pulak anak setan, ko anak berok la……(selebihnya tak boleh dipapar di sini.)’
selebihnya tu lebih kepada kata-kata galakan dan nasihat berbentuk islamik untuk menyedarkan tambi.

Apa-apa yang terjadi pun, aku harap adikku itu selamat selalu. Tak kira di mana dia berada, tak kira kerja apa yang dia buat, asalkan halal. Biarlah dia tahu susah hidup sendiri. Sebab sebelum ni, dia sentiasa berada bawah keti** mamu saje. Nampak macam jiwa kental, tapi lembut hati sebenarnya tambi tu. Hoho..adikku adikku. Satu-satunya adikku.



Sejujurnya, gambar di atas bukanlah gambar adik aku. Tapi aku amat mengharap dapat adik sebegitu rupa. hohoho