Hari krismas yang lepas, pakcik aku yang kami gelarkan Andak Ca’a telah mengunjungi kami di rumah. Bukan datang untuk meraikan krismas, sekadar kunjung-mengujung di waktu cuti, kerana kami tak sambut krismas. Beliau seorang yang obses pada motor berkuasa tinggi. Seingat aku, dah banyak kali dia tukar motor. Aku pulak bukan pakar motor, maka aku tak tahu jenis ape motor yang dia pakai, yang pasti, semuanya besar-besar belaka. Dan motor yang ini adalah yang terbaru. Masa dia sampai rumah aku, bunyi motor dia kuat benar, meletup-letup. Aku ingatkan bunyi helicopter terbang rendah. Tapi makin lama makin dekat dengan rumah pulak. Dalam hati aku “Ah..sudah, nak terhempas pun jangan la kat rumah aku.” Tiba-tiba bunyi tu berhenti, rupa-rupannya Andak Ca’a bersama motornya. Bikin suspen je. Dari apa yang aku curi-curi dengar, dia jual 3 motor yang dia dah ada kat rumah untuk beli motor ni. Haish…kalau aku, baik buat down payment beli kereta Honda civic ke, paling koman viva ke. Sekurang-kurangnya, tak kena hujan dan panas. Oh…ayat biasa seorang pompuan. Yela, kalau aku yang menonggeng merempit ngan motor tu, buruk benar panoramanya. Biarlah Andak Ca’a yang merempit sorang.
Inilah motor beliau. Semat jugak. Adik aku berlari-lari amik kamera untuk merakamkan gambar motor ni. Sekali tengok, macam motor Suria Perkasa Hitam pun ada. Cuma, motor Suri Perkasa hitam tu warna hitam. Yang ni merah. Motor ni ada 2 exhaust, padanlah bunyi cam helicopter.
Tamat kisah motor. Nak cerita pasal kad pulak.
Sedang aku belek-belek bil elektrik kat rumah aku, aku terpandang satu kad atas meja abah. Tengok macam menarik, saiz poskad. Aku ambik kad tu lalu aku baca. Rupa-rupanya wedding invitation card. Ya, kad jemputan kawin dalam bahasa inggeris. Memang aku batak sebab tak pernah orang hantar kad jemputan kawin dalam bahasa inggeris ke rumah aku, Tambahan mak ayah aku bukan orang yang selalu bercakap inggeris, cuma kadang-kadang tersasul setakat yes, no, ok, thank you saje. Cakap jawa fasih lah.
Aku pun tengok nama si pengantin lelaki dan perempuan. Rupa-rupanya, aku kenal si pengantin perempuan, biar aku panggil dia Adi. Adi ni kawan Friendster aku. Bukannya kitaorang kenal antara satu sama lain pun. Cuma, suatu masa dulu, masa aku sedang melayari Friendster, aku tertarik tengok gambar pra-kad jemputan kawin dia yang kretif dan sempoi. Ada ke dia letak gambo dia ngan bakal suami dia jelir lidah sambil tunjuk tanda rock. Memang gila-gila. Jadi, aku tinggalkan testimony cakap yang aku suka tengok gambar sempoi dia dan bakal suami pada kad jemputan kawin tu. Si Adi pun reply mintak alamat aku nak hantar kad tu, tak datang pun takpe katenye. Sekadar untuk kenangan. Aku ingatkan dia tak de masa nak hantar betul-betul. Tak sangka pulak dia betul-betul ada masa nak hantar. Thank you la Adi.
Tapi, bagi kad yang dihantar ni, gambarnye agak sopan sikit berbanding kad yang kat Friendster tu. Ini kad tersebut,
Dalam gambar ni, si lelaki pegang bunga, yang perempuan pegang guitar. Cute je..huhuhu. Setelah diamat-amati, aku perasan, kaki Adi agak lain macam. Oh..ada sedikit kecacatan kat kaki dia. Walaupun dia cacat, dia tak malu nak tunjuk kakinya. Tambahan, memang kaki dia terang-terang kat depan kamera dan dah tentu-tentu orang akan perasan. Inilah semangat yang aku mahu. Adi buat aku rasa bersemangat dan berkeyakinan. Semua orang berhak untuk hidup bahagia. Tak kira rupa, pangkat, darjat dan harta. Dan Adi sudah berjaya mengecapinya. Selamat pengantin baru Adi. Semoga kekal hingga akhir hayat.
Oh ye, kad jemputan tu dah agak comot memandangkan abah aku ingatkan itu poskad iklan ntah apa-apa. Lalu abah aku selamba lipat dan tulis nombor telefon kawan dia kad belakang kad jemputan tu. Sabor je la....
14 comments:
suri Seravee...
janji aku d tunaikan kat ko ek?
ku3...
urm...asyik dok usya kat kawin org ja,
bila la nak wat kat kawin sendiri?
tak sabar kami menunggu hari menanti...makan nasi minyak percuma
kad ko bile nak sampai rumah aku lak?
adakah itu motor kawasaki(btoi ke aku eja nie)..mcm samer ngan moto ayah aku laaa..huahuahua
adakah itu motor kawasaki(btoi ke aku eja nie)..mcm samer ngan moto ayah aku laaa..huahuahua
wowowowo...gile best motor 2...haih!!
suri seravee:
aik! sudah tukar name nampak...ye, ko dah tunaikan. tp xseksi sgtla.. nasi minyak aku? nanti2la. smpai masenye aku jemput jgn ko xdtng pulak!
hana.. meh sini alamat ko. =)
kasut: ntahla u, ye kot. bapak ko ade moto ni? nape tak cakap. nt cuti ko bawak p umah aku tau. nak naek!!!
budak hijau: amik la tu. aku kasi.hehe...
turn kau bila?
suka moto tu...
ganaz beb!!
suri seravee :
urm....kalu la Suci tau, ku3
weh, saja ja wat sajak nie, sementara perkataan tue hilang
kena hadam dgn watever bahasa ingeris..Mana kad ko Sora?
kami tak sabar nih
eee...motor....HONDA CB400/CB600....aku harap impian aku jadi kenyataan...
kecacatan dia hanya dimata kita n bukan dimata semua orang..apa yang pasti adalah kesempurnaan adalah hak milik setiap insan....
pjoe..turn aku lepas kau.
idzaris..trima kaseh. pakcik sy memang ganas
suri..suri love suci ek........;)
ir kami..oh..baru ku tahu jenis moto tu.
bapak sedara ko masked rider black ker sebenarnya?
aku nak ambik gambar ngan dia boleh?
peh, bley tahan smart moto pakcik lu!!gua nak pinjam boleh?
ni alamat baru aku:
http://orkedbisikbisik.blogspot.com/
haha.
Post a Comment