Betul kata orang, kalau lama-lama pendam, nanti meletup. Tapi nasib menyebelahi, tak habis meletup, maka kami tak berantakan berhari-hari. Cuma setengah hari saja. Terpaksa terima hakikat, kau tak boleh tiada aku dan aku tak boleh tiada kau. Huh, mengarut. Itu cuma alasan, yang sebenarnya kita takut, keseorangan. Kan? Sempat kau tanya aku, ‘kawan ke ape kau ni?’. Hmm.. Kau rasa aku apa? jawapan pada kau sendiri. Hanya kerana hujan gerimis, persahabatan kita teruji. Pasti jika aku lawan dengan api, tali kukuh yang kita ikat selama hampir 4 tahun, putus begitu cuma. Maka maafkan aku, sebab yang itu, memang salahku. Maafkan aku. Ikhlas ni. Sudahlah, yang penting semuanya sudah kembali normal. Berlagak mesra seperti biasa, hakikatnya kita sering celaru, hakikatnya kita segan keseorangan. Kan?
Cukup dengan peribadi yang tidak senonoh.
Dengar kabarnya, sabtu ini ada Malaysia-Earth Hour. Tutup lampu selama satu jam dari 8.30 malam sampai 9.30 malam untuk mengurangkan pemanasan global. Ha, eloklah tu, aku pun semakin panas ni. Cuma, aku rasa berita tentang Earth Hour ini tidak disebar secara meluas. Contohnya, dalam surat khabar yang aku beli semalam, tak de cerita pasal earth hour pun. Berita hangat pasal perwakilan baru UMNO dan kisah seorang perempuan meninggal ketika sedut lemak ada lah. Lagi satu, tentang bola.. itu sahaja. Oh ye, Arshavin tu comel jugak ek. Huhu..
Entah aku tutup lampu tidak malam esok
malam esok google jadi macam ni kot
dunia pulak macam ni.huhu
Sekarang tengah ketagih Paramore
No comments:
Post a Comment