Tuesday, December 30, 2008

Aku, Motor dan Cacat

Hari krismas yang lepas, pakcik aku yang kami gelarkan Andak Ca’a telah mengunjungi kami di rumah. Bukan datang untuk meraikan krismas, sekadar kunjung-mengujung di waktu cuti, kerana kami tak sambut krismas. Beliau seorang yang obses pada motor berkuasa tinggi. Seingat aku, dah banyak kali dia tukar motor. Aku pulak bukan pakar motor, maka aku tak tahu jenis ape motor yang dia pakai, yang pasti, semuanya besar-besar belaka. Dan motor yang ini adalah yang terbaru. Masa dia sampai rumah aku, bunyi motor dia kuat benar, meletup-letup. Aku ingatkan bunyi helicopter terbang rendah. Tapi makin lama makin dekat dengan rumah pulak. Dalam hati aku “Ah..sudah, nak terhempas pun jangan la kat rumah aku.” Tiba-tiba bunyi tu berhenti, rupa-rupannya Andak Ca’a bersama motornya. Bikin suspen je. Dari apa yang aku curi-curi dengar, dia jual 3 motor yang dia dah ada kat rumah untuk beli motor ni. Haish…kalau aku, baik buat down payment beli kereta Honda civic ke, paling koman viva ke. Sekurang-kurangnya, tak kena hujan dan panas. Oh…ayat biasa seorang pompuan. Yela, kalau aku yang menonggeng merempit ngan motor tu, buruk benar panoramanya. Biarlah Andak Ca’a yang merempit sorang.



Inilah motor beliau. Semat jugak. Adik aku berlari-lari amik kamera untuk merakamkan gambar motor ni. Sekali tengok, macam motor Suria Perkasa Hitam pun ada. Cuma, motor Suri Perkasa hitam tu warna hitam. Yang ni merah. Motor ni ada 2 exhaust, padanlah bunyi cam helicopter.




Tamat kisah motor. Nak cerita pasal kad pulak.

Sedang aku belek-belek bil elektrik kat rumah aku, aku terpandang satu kad atas meja abah. Tengok macam menarik, saiz poskad. Aku ambik kad tu lalu aku baca. Rupa-rupanya wedding invitation card. Ya, kad jemputan kawin dalam bahasa inggeris. Memang aku batak sebab tak pernah orang hantar kad jemputan kawin dalam bahasa inggeris ke rumah aku, Tambahan mak ayah aku bukan orang yang selalu bercakap inggeris, cuma kadang-kadang tersasul setakat yes, no, ok, thank you saje. Cakap jawa fasih lah.

Aku pun tengok nama si pengantin lelaki dan perempuan. Rupa-rupanya, aku kenal si pengantin perempuan, biar aku panggil dia Adi. Adi ni kawan Friendster aku. Bukannya kitaorang kenal antara satu sama lain pun. Cuma, suatu masa dulu, masa aku sedang melayari Friendster, aku tertarik tengok gambar pra-kad jemputan kawin dia yang kretif dan sempoi. Ada ke dia letak gambo dia ngan bakal suami dia jelir lidah sambil tunjuk tanda rock. Memang gila-gila. Jadi, aku tinggalkan testimony cakap yang aku suka tengok gambar sempoi dia dan bakal suami pada kad jemputan kawin tu. Si Adi pun reply mintak alamat aku nak hantar kad tu, tak datang pun takpe katenye. Sekadar untuk kenangan. Aku ingatkan dia tak de masa nak hantar betul-betul. Tak sangka pulak dia betul-betul ada masa nak hantar. Thank you la Adi.

Tapi, bagi kad yang dihantar ni, gambarnye agak sopan sikit berbanding kad yang kat Friendster tu. Ini kad tersebut,



Dalam gambar ni, si lelaki pegang bunga, yang perempuan pegang guitar. Cute je..huhuhu. Setelah diamat-amati, aku perasan, kaki Adi agak lain macam. Oh..ada sedikit kecacatan kat kaki dia. Walaupun dia cacat, dia tak malu nak tunjuk kakinya. Tambahan, memang kaki dia terang-terang kat depan kamera dan dah tentu-tentu orang akan perasan. Inilah semangat yang aku mahu. Adi buat aku rasa bersemangat dan berkeyakinan. Semua orang berhak untuk hidup bahagia. Tak kira rupa, pangkat, darjat dan harta. Dan Adi sudah berjaya mengecapinya. Selamat pengantin baru Adi. Semoga kekal hingga akhir hayat.

Oh ye, kad jemputan tu dah agak comot memandangkan abah aku ingatkan itu poskad iklan ntah apa-apa. Lalu abah aku selamba lipat dan tulis nombor telefon kawan dia kad belakang kad jemputan tu. Sabor je la....

Friday, December 19, 2008

Bila Bos Cuti, Masa Untuk Berjiwang!!!!


Kadang-kadang, ada orang yang sanggup lepaskan peluang, untuk menunggu peluang lain yang kononnya lebih baik. Tapi tak sedar, entah akan datang atau tidak peluang tu. Jadi, orang tu akan cuba menjadi ego, kononnya taknak, walhal dalam hati nak. Sanggup tahan, padahal setiap hari membebel perkara yang sama. Kadang-kadang rasa nak

“ah! Amik je lah dia.”

Tapi tiba-tiba terfikir, “dia tak cun@hensem la…aku boleh cari yang lebih baik lagi”. Bodoh.
Wah…sedap je aku kata dia bodoh. Ya…itu hak dia untuk memilih. Cuma kadang tak berpadan. Kawan aku, sikit punya lawa, pakwe dia pulak, sorry to say, memang tak hensem la. Tapi dia baik sangat. Abang aku pulak, sikit punya hensem (tapi aku tak cun, sebab aku lain-lain mak dengan dia), tapi bini dia, tak cun mana pun…(ampun kak iparku). Ada banyak faktor dalam memilih pasangan ni kan. Tak semestinya bersandar pada rupa sahaja. Daya penarik tu yang penting sekali. Dan aku tak jumpa lagi apa daya penarik aku (bunyi cam sangap).

Baru tadi, ex-bf kawan aku call aku, mintak nombor tepon kawan aku tu. Diaorang dah clash sebab kawan aku tak tahan dengan perangai ex dia yang belom kawin dah tunjuk garang tu. Padan muka kau. Dah clash, nak rujuk balik pulak, bila couple, memaki-maki awek ikut sedap mulut. Itu belum kawin, dah kawin kang pukul-pukul bini pulak. Apa dia ingat pompuan ni boleh dibuat suka hati? Mengong la dia ni. Stalker pun ya jugak, habis semua kawan kepada kawan aku tu ditelefonnya untuk dapatkan nombor telefon kawan aku tu. Semua tak kasi, termasuk aku. Sempat jugak aku nasihat dia sedas tadi,

“ Lupakan je Adi (bukan nama sebenar) tu, dia pun dah ada pakwe baru. Awak pun muda lagi, lama lagi hidup. Janganla kacau dia lagi..”

eh…ingat dia nak terima nasihat aku tu, rupanya dia menjawab,
“saya bukan apa pun, memang dah lupakan dia. Cuma ada benda nak cakap sikit je lagi. Hal antara saya dan dia.”

Eleh…ada aku kisah? Kalau aku kasi nombor kawan aku, gerenti dia kacau kawan aku sampai nangis. Biarlah kawan aku tu cari kehidupan lain, dah cukup terseksa aku tengok. Lagipun, aku nampak kawan aku tu dah bahagia dengan pakwe baru sekarang. Hohoh! Mery krismes! (tetiber..)

Kalau yang laku, berebut-rebut orang nak. Kalau yang kurang “ baek punya..” ni, nak cari sorang pun payah. Ely cakap ‘cinta itu tidak boleh dikejar. Semakin dikejar semakin jauh ia pergi’. Betullah tu, sebab tu aku tak kejar. Tapi bila wat derk je, takde pun cinta melayang datang. Apa ni? tipu ke?

Semalam, housemate aku tanya aku samaada aku nak kenal dengan seorang lelaki ni, tapi aku cam malu lalu buat-buat tak dengar. (ish..kenape aku cerita kat sini…ayu, kalau ko baca, ko jangan bagi tau orang lain!!!). Pagi tadi terbaca blog pjoe pasal ‘bila bertembung kekasih lama’, teringat pulak kat orang yang disukai aku tapi dia tak suka aku. Tapi, aku sendiri yang bengap, tegur pun tidak, macam mana aku nak tau dia suka aku ke tidak. Padahal kami kenal dari sebelum masuk U lagi. Bila jumpa satu U, boleh tak bertegur sape. Memang memnjengkelkan, aku dan dia. Macam main tarik tali, yang tiada kesudahan.

Mungkin aku tak sedia lagi. Aku mahu, tapi malu..(muka merah…). Betul..hari-hari aku jeles tengok orang bercinta, tapi aku tak sedia lagi kalau ia datang sekarang. Lebih kepada malu sebenarnya. Bodohla aku ni. Sebab tu aku buat tak dengar apa housemate aku cakap. Melepas lagi satu peluang. Benci perasaan macam ni. Perasaan nak tapi malu dan tak sedia. Rugi jadi macam ni. Susah nak rebut peluang, susah nak berjaya nanti.


Edit : syukur aku lulus semua subjek dalam exam semester lepas. yahooo!!!!!!

(inilah akibat bila bos takde. jiwang semacam)

Tuesday, December 16, 2008

Tasya..aku rindu kamooo!

Kadang-kadang aku bosan menjadi diri sendiri. Sebab diri aku tak best. Rasa sangat lemah. Tak tahu hala tuju. Semakin cepat bosan. Semakin lembap memproses ilmu. Mungkin aku terlebih makan organ dalaman haiwan seperti hati ayam masak kicap sambal, limpa lembu goreng, tongkeng ayam goreng dan banyak lagilah. Kata orang, banyak makan organ dalaman ni boleh jadi bengap. Aku rasa betul. Tapi aku suka hati ayam lah..

Aku memang kurang interaksi, tapi tak bermakna aku kurang aksi. Kadang-kadang aku rasa nyesal dengan apa aku buat. Nampak janggal dan tak patut. Sebab itu bukan aku. Benci betul. Tapi aku taklah rasa bosan dengan diri sendiri. Aku puas hati dengan apa yang aku ada. Cuma, orang di sekeliling buat aku rasa tak puas hati dengan apa yang aku ada. Astaghfirullah... teruk betul pemikiran aku. Maaf tuhan, kerana mengeluh. kadang-kadang aku perlu luahkan. kalau tak, makan dalam, makan hati aku, tidakkk!!!! aku taknak menjadi semakin bengap.



Aku rindu Tasyalah..mungkin aku kena balik rumah cium dia. supaya aku jadi semangat semula.

Wednesday, December 10, 2008

Living in a Ladies Club House, best...

Hup!!!! Dengan semangat aku memblog. Baru aku dapat tahu bahawasanya dalam Chemical Laboratory ini ada internet connection secara wireless. Sepanjang 2 minggu berlalu, aku cuma membontoti makcik-makcik dalam lab ni sambil bertanya “akak tengah buat sample ape tu?” dan “sample ni untuk test ape kak?”. Sangat boring!!!! Encik ahmad, chief chemist berkaca mata tebal yang supervise aku tersangat busy sehingga tak punya masa untuk beri projek yang sepatutnya aku buat. Kebusyannya terserlah bila mana aku senyum je kat dia, dia terus cakap “sekejap, sekejap, sekejap ye…” wth? Dia takut aku tanya pasal projek la tu. Tapi semalam dia sudah kasi method suruh aku baca. Itupun setelah dia nampak aku buka akaun Friendster dengan selamba sebagai tanda aku tersangatlah takde kerja. Keh3!



seorang kakak sedang buat kerja



Aku duduk di ladies club house bersama 4 orang pompuan. Dulu, club house ni tempat pekerja melepas tekanan. Tapi sekarang ia ditukar menjadi tempat penginapan untuk student praktikel. Dalam ini club house, ada snooker, dart, ping pong dan badminton. So, setiap malam kiteorang akan praktis snooker. Habis praktikel ni, bolehla aku wakil negara p sukan Sea ke, Komanwel ke, dalam kategori snooker pompuan. Keh3!



lampu kalimantang di court badminton



meja snooker


Tempat kerja dengan tempat tinggal aku sekarang ini jauh jaraknya. Perjalanan dengan kereta yang dipandu laju pun memakan masa lebih kurang 30 minit. Aku menumpang Kak Lin ke tempat kerja. Beliau ni seorang pemandu wanita yang selalu mengecewakan lelaki lain di arena jalan raya. Bawak kereta mnacam dalam cerita Tokyo Drift (tipu ah...). Tapi memang lajulah, selalu kami berjaya tinggalkan kereta abang bujang yang duduk dekat dengan club house kami tu. Walhal kereta satria yang dia sudah modified tu nampak lebih gah daripada kereta proton saga aerobek Kak Lin.

Berbalik tentang kerja. Semua staff dalam lab aku tu sudah berkahwin. Maka setiap hari ada sahaja lawak sensor dari mereka. Malu aku mendengarnya (eiceh!!). Baru aku tau situasi bekerja dengan orang dewasa yang sudah kurang malu. Huhu! Tapi, percayalah, kalau aku jadi seorang chemist nanti, aku takkan biarkan makmal aku suram. Aku akan dengar lagu sambil menyanyi-nyanyi ketika bekerja. Seorang chemist tak semestinya nerd seperti En. Ahmad. Bak kata Mamat (bukan nama sebenar), diaorang banyak duit, tapi busy sangat sampai tak ada masa nak belanjakan duit itu. Kesian, mesti diaorang tak tahu apa itu keseronokan. Eh, tapi En Zaki di lab wastewater yang hensem berlesung pipit tu nampak seperti tidak nerd. Itulah idolaku! En Zaki…esok
cuti, jom karaoke!;)

Dan pada suatu malam, bulan pun tersenyum.



Kemudian, Bukit Antarabangsa pun runtuh... Suka-suka je aku kaitkan. huhu..

Tuesday, November 18, 2008

The emancipation of me II




EXAM DAH HABIS!!!!!!!!

(intonasi jeritan menyerupai jeritan Lyn dalam KAMI The Movie).


Ye, ye! Esok boleh balik. Boleh tidur, boleh makan, boleh nyanyi kuat-kuat, boleh jalan-jalan. Ayu, jom la mandi pantai. Kita sambung projek kita yang terbengkalai semester lepas. Pergi Teluk Batik dengan Wan, naik bot pisang! Jomlah!

Aku tau... mesti kau akan cakap, pala otak kau ja? Aku ada review sampai 24 haribulan. Lepas review aku terus kene pergi praktikel. Kau pergi la naik bot pisang sorang-sorang!

Ala.....

Macam tu, tak dapatlah kita menikmati hari cuti dengan gembira. 24 haribulan tu, aku pun kene pergi praktikel. Tapi takpe, aku praktikel di Pulau Carrey, duduk di Kelanang. Jadi, hari-hari aku boleh nampak laut. Hari-hari boleh mandi laut. Kelautlah kamu sora...

Cuti yang mundur!

*sekali 2 aku post. Entah bila aku dapat bukak blog lagi. Hu...

Kekurangan yang Menyebabkan Kematian



I'm not soooo goood in English. I just write and speak scrap English. My grammar is very weak. Although i've learn English start from primary school, secondary school, up until now, where I kononnya are in the university, my English is still bad. But, i like to learn. And one of the way to practice my English is by listen to english music. When there is a word that I don't understand, I will find out what it mean in the dictionary.

Now, i'm doing my research (cheh! research!) on one song, title Fatal Flaw from one group known as South Jordan. I find out the meaning of Fatal Flaw from a dictionary. And what i got is very surprising. The meaning of Fatal Flaw is = Kekurangan/kecacatan yang Menyebabkan Kematian. Hu......(O_o#). Or am I too lurus bendul?


Fatal Flaw - South Jordan

They told me be careful
They said be weary of you
They warned: persistence is the fatal flaw
I find myself waiting
I find myself hoping that you’d
One day fall into my open arms
But it’s okay, you can just call me friend
Even though I mind, I’ll just take the back seat again
Cuz in the end, I’m here
In the end just sit and stare
Seasons change, now making way
As I’m just waiting, waiting, waiting for you
I’ve been here a time or two
Trying to fight the dying breath
Why is every step I take so damn hard
I got some battle wounds from this
I got the sinking feeling in my skin
I’m getting tired of the night
I’m waiting for your light
But it’s okay, you can just call me friend
Even though I mind, I’ll just take the back seat again
Cuz in the end, I’m here
In the end just sit and stare
Seasons change, now making way
As I’m just waiting, waiting, waiting for you
But it’s okay, you can just call me friend
Even though I mind, I’ll just take the back seat again
Cuz in the end, I’m here
In the end just sit and stare
Seasons change, now making way
As I’m just waiting, waiting, waiting for you
As I’m just waiting, waiting, waiting for you
As I’m just waiting, waiting, waiting for you
They said be weary of you
They warned: persistence is the fatal flaw


Fatal Flaw

Sunday, November 16, 2008

Roti Penyelamatku Malam Ini

Alahai kesiannya aku pada diriku sendiri. Dari petang tadi tahan lapar. Dah la hujan, memang sedap kalau dapat nasi panas lauk ikan kembong masak berlada yang mamu selalu masak kat rumah tu.

Tadi, aku tengok dompet, tinggal sen. Jadi, aku pergi ATM nak keluar duit ptptn. Ya, aku belajar guna duit ptptn. Haih, dari jauh aku tengok ATM gelap je. Aku mula tak sedap hati. Sampai pintu ATM, sah, tak boleh keluar duit. Aaaa!!!! Tidak!! aku lapar ni....

Bawak muhasabah diri. Aku cek balik duit, kira-kira, ada RM2.00. Aku pergi koperasi beli roti. Roti pun cap ayam je. Makanlah dengan jem aku yang tinggal ciput dan cicah dengan nescafe hot. Takpela, janji aku tak pengsan kelaparan. Hu... ya, aku miskin. Tapi aku tak kisah makan kangkung kat rumah. Mak....lusa saya balik. Mak masak goreng kangkung panas dengan ikan kembong berlada ye. Kita makan sama-sama. Huuuu...I like.



ni roti tu...sedap....=)

Friday, November 14, 2008

Perkara berblog

Urgh.....tetiba rasa nak mengarang pulak. Tepi kau buku Carbonyl! Nanti kalau rajin aku sambung, kalau tak rajin aku tidur le... Best je tengok roommateku tidur. Jeles, jeles. Aku cuma ada masa 2 hari untuk ulangkaji carbonyl; subjek yang sebenarnya mudah, tapi lecturer tu telah buat subjek ni jadi susah. Malasnya... Tengok, nak taip pun malas ni.

Sebenarnya aku nak ucap terima kasih, terima kasih pada yang sudi singgah dan komen di blog aku ni. Aku suka baca blog orang, lepas tu kalau apa yang ditulis menyenangkan hati, aku akan tinggalkan komen. Dan kalau dah selalu sangat baca blog tu, aku akan link, dan mintak dilink. =) Tapi ada jugak blog yang aku link, tapi dia tak link blog aku. Dan aku pun tak mintak. Macam blog Kahuna raja lawak, mamat ni klaka sangat, aku selalu baca blog dia dan kalau internet connection ok, aku akan komen. Walaupun dia tak link aku, tak kisah pun. Sebab blog dia kelakar sangat. Tak boleh kalau tak baca sehari.

Ada lagi satu blog menarik, blog Melayu minimalis. Blog ni misteri, sebab tuan punya blog tak kenalkan diri. Ala-ala M dalam cerita GODA pulak. Rasanya penulis skrip GODA tu dapat idea dari blog nilah. Yang bestnya, aku boleh tanya soalan pada MM ni. Dan dia akan jawab sehabis boleh. Aku rasa dia seorang photographer, tapi dia cakap dia ahli fizik, dan ada sekali dia cakap dia kadi. Heish...yang mana satu betul, aku pun tara tau.

Lagi satu blog yang best, blog Green Epal. Serius, dia idola aku. Aku tak habis baca blog dia, tapi rasanya dia ada master kejuruteraan kimia mungkin. Sudah kawin, ada anak, dan baru-baru ni dia bukak syarikat sendiri. Memang aku kagumlah dengan green epal ni, sebab aku pun dalam bidang yang sama. Tapi bukanlah kejuruteraan kimia, aku kuli sikit dari dia. Blog dia agak lucah sebab dia dah kawin. Tapi tak kisahla...aku kan dah besar, amik mana yang baiklah, yang lucah tu senyum jelah.. (ha...tu nak p baca blog dialah tu...mentang-mentang aku kata lucah...). Terima kasih cik kasut, perkenalkan aku blog ni.

Oh, aku baru link 3 blog menarik. Blog Anasir, ely dan pjoe. Diaorang ni kelakar dan yang mengagumkan aku, diaorang ni adik beradik. Adik beradik yang rapat sangat. Bestnya kalau ada adik beradik macam ni. Yelah, adik beradik aku 2 orang je. Aku dan seorang adik lelaki. Memang tak sebulula. Dia asik p ngorat je, takkan aku nak ikot dia p ngorat. Berbalik kepada pjoe, nasir dan ely, rasanya, semua terlibat dalam bidang seni. Alongnya pjoe macam main muzik, angahnya anasir macam photographer, achiknya razaisyam yang aku tau, pengarah cerita My Indie Rock Darling . Huish.... kelihatan hebat di situ.

Yang lain-lain macam suri, fatin (orang-orang pertama jumpa blog ni.), kak yun, ayu dan lain-lain yang aku link. Semuanya ada keistimewaan tersendiri. Bervariasi weh blog-blog yang aku baca. huhu.. Objektif aku sebenarnya, nak ucap terima kasih pada yang sudi komen kat blog ni, pada yang tak sudi pun takpe. Datang jenguk pun aku dah teruja. Pada sesape yang selalu tersesat cari kord gitar di blog aku, sorry ye, saya cuma ada link blog Kord Gitar sahaje. Dan pemiliknya orang indoesia, jadi rasanya takdelah kord gitar untuk lagu Estrella atau Pari-pari di bawah angin-MUH yang kamu cari kat blog tu. HUhu. Apatah lagi di blog aku yang buta kord ni.

Aku ni bukan ada service internet yang bagus, jadi nak betul-betul tekun baca blog amatlah payah. Nantilah, kalau dah kerje ada rumah, (dalam 50 tahun lagi) aku akan sediakan internet kat rumah aku. Senanglah aku nak berblog dan mengomen blog orang. Jadi, sesape yang sudi singgah blog aku yang tak menarik ni, terima kasih ye. A.....dah pukul 3 lebih? oklah, aku nak sambung study (mata menjeling katil). Oklah, Aku mengaku, aku nak tidur. Assalamualaikum...

Monday, November 10, 2008

Kenape kuning? kenape tak hijau atau putih? kenape??

Setelah empat tahun belajar di tempat yang sama (dah mula bosan pun..), aku macam dah kenal dengan warna- warna pada setiap kertas soalan peperiksaan di sini. Bagi aku, setiap warna, memberi gambaran kepada tahap kesukaran soalan-soalan dalam kertas peperiksaan tersebut. Kiranya, masuk-masuk dewan peperiksaan, tengok kertas soalan je, kita dah boleh agak, soalan tu senang gila ke, sederhana ke, payah ke atau payah gila ke. Tak pastilah kalau apa yang aku rasa ni sama dengan standard universiti ni atau aku pandai-pandai buat andaian sendiri saje. Ni cuma pendapat aku saje. Di antara warna-warna kertas soalan dan tahap kesukarannya adalah:




Warna kuning. Inilah warna paling palat sekali. Kalau nampak je warna ni masa masuk dewan peperiksaan, rasa macam nak keluar balik je. Malas nak jawab, sebab aku tau tak boleh jawab punye. Eh, macam bodo beno je bunyinya..huhu. Bukanlah tak boleh jawab semua, tapi kalau boleh jawab pun, aku tak pasti boleh betul 100% soalan tu. Soalannya tak sama dengan soalan past year dan sangat tricky. Pandai-pandailah nak hidup kalau dapat paper kuning ni. Nak meniru tak baik dosa, bantai jelah..akukan pandai cipta formula sendiri, apa nak risau…




Warna pink keorenan. Ni warna kedua palat. Mula-mula jawab, aku rasa happy je, dalam hati berkata, ni boleh dapat A ni. Tiba part B atau soalan ke-3, hamik! Macam tak pernah belajo je soalan yang ditanya. Masa nilah mula gelabah berpeluh-peluh. Yang aku sedihnya, sampai soalan terakhir cam tu…. Nilah warna kertas chem tech aku sem ni. Tricky jugak sebenarnya. Kalau pandai cari maklumat dalam soalan, boleh la jawab. Masalahnya, aku cari tak jumpa.




Warna biru. Warna ni warna sederhana. Boleh senyum lega jugakla.. Tapi lebih kepada application. Dia takkan tanya direct. Dia akan pusing-pusing dulu kasi pening, lepas tu baru tanya. Terpulanglah pada penjawab soalan sama ada sempat habis study atau tak. Kalau tak, sesat sekalilah dengan soalan tu. (paper aku tadi warna ni, syukurlah aku tak sesat. Hihi)




Warna ungu. Agak mudah jugaklah. Oklah..senang jugaklah.. ada lah satu soalan yang cam pelik. Tapi boleh diatasi dengan fikiran rasioanal.




Warna hijau. Semesra warnanya, begitulah juga isi kandungannya. Soalan yang mudah seumpama makan kacang (huh..takaburnya..). Mudah di sini bermaksud, mudah kalau si penjawab soalan buat revision dengan menjawab past year paper, sebab kebanyakan soalan diulang dari soalan semester-semester sebelumnya. Kalau tak buat past year, payah gak la. Tapi kalau sempat habis study, no hal la.



Warna putih. Warna yang paling suci sekali. Nak jumpa warna ni memang payah, sebab ia sangat senang. Macam makan kacang yang telah siap dikopek dan ditumbuk sekali. Tinggal telan je. Tapi hati-hati, boleh tersedak jugak weh. Seingat akulah, aku pernah jumpa paper ni 2 kali je kot, masa diploma dulu. Walaubagaimanapun, (hamboi..ayat..) kategori ni tak termasuk untuk paper bahasa ketiga dan English. Paper bahasa ketiga dan English memang sudah dari azali warnanya putih, tak kira susah tahap gaban sekali pun. Sebab, jawapan kene tulis atas kertas soalan. Kalau kertas soalan warna-warni, payah pulak lecturer yang buta warna untuk merait-nya. (aku tak maksudkan sesape ye..)

Rasa-rasa aku, ini jelah warna yang ada. Kesimpulnya, kalau rajin study, tak kira warna apa, hatta hitam sekalipun kertas peperiksaan tu, tetap dapat dijawab dengan jayanya. Percayalah! Sekali lagi diingatkan, ini cuma pendapat aku saje..



*kertas peperiksaan dalam gambar ni bercampur-campur dengan semester lain.

Tuesday, November 4, 2008

Student Life, dan tahap ketensionannya?

Dapat juga aku update blog. Selama ni aku cuma baca blog orang je, itu pun bila aku rasa macam nak berhenti belajar akibat tekanan study. Tapi masalahnya, hati-hari, tertekan. Jadi hari-harilah aku baca blog orang. Huhu. Nak update blog bukannya senang, aku takde masa, takde benda nak cerita (sebenarnya banyak, tapi yang bukan-bukan je) ditambah dengan internet connection dalam bilik aku ni yang macam bengap, dah elok-elok siap taip post, nak enter, “problem loading page” pulak. Hangin je aku, bertambah-tambah angin dalam badan yang dah sedia banyak akibat menunduk je kat meja study, (tunduk tidur sebenarnya..huhu). Nasib baik ada koyok dan minyak cap kapak.



Huargh… mengantuk pula.. Ha…di sini, aku nak memberi gambaran bilikku, yang sangat berkecamuk sejak exam dah mula ni. Inilah rupa meja study aku. Ini kira tak dasyat ni, student lain musti lagi onar meja diaorang. Sebab aku ni pembersih. (ah..alasan, ko malas sebenarnya sora..). Taklah, masa ni aku study subjek Environment, nota dah buat awal-awal sem dulu, tinggal hafal je, jadi tiada anasir buku teks di atas meja aku pada ketika ini. Cubalah amik gambar masa aku study Chemical technology ke, tak cukup meja study, katil pun aku onarkan sekali. Huhu.. (..aku frustlah dengan Chem Tech..macam ada peluang untuk berjumpa dengan Mr. Stephen Lee lagi pada sem depan, sambil mendengar dia berkata “paham atau tak paham?”.. Ya Allah, jauhkanlah hendaknye.)



Ini walkman cabuk aku. Lama dah ni, dibeli masa semester 2 diploma lagi. Harganya lebih murah dari mp3 aku yang rosak tu, tapi masih berfungsi dengan baik. Masalah dia cuma, kaset hanya boleh dimainkan kalau aku sendal play button dengan pembaris, dan ia tak boleh diswitch off (kene cabut bateri untuk swith off), yang lain tiada masalah. Sepanjang masa sewaktu aku study, benda alah ni hidup je. Malas aku nak cabut-cabut bateri dia. Daif sungguhkan. Ah, malas aku nak beli mp3 lagi, menghabiskan duit ptptn je. Hutang tu pun belum tentu bila boleh habis bayar. (aku melalut)



Ya..ini dia.. diperkenalkan, pakweku. Handsome tak? Hahahahaammsaaap! Ni pelakon jepunlah. Nama dia Hedeaki Takizawa. Dialah sumber inspirasiku. Ryurisora tu, asalnya dari dialah. Nama watak dia dalam cerita Anchorwoman. RYU. Alamat e-mail aku pun; hede_taky, (nama dia). Banyak memberi influent pada aku dia ni. Gambar dia ni aku tampal dekat bekas pen tu sejak dari diploma semester 2 juga. Letaknya mesti di hadapan aku di atas meja study. Jadi bila ada soalan yang tak dapat dijawab semasa aku sedang study, aku akan tanya dia. Tapi dia tak pernah jawab weh.. dia bisu ke, dia tak tahu ke, dia malu dengan aku kot..huhu (aku melalut lagi)



Ini jadual exam buatan tangan ibu..eh, aku. Dekat bawah tu aku lukis gambar orang bertanduk mengangkat peace sambil berkata “Good luck! Belajo rerajin! Jangan malas! Ganbatte!”. Huhu. Hari tu kawan aku ada tanya, “kenapa kau lukis gambar orang bertanduk?” Aku jawab, “Ni kononnya setan, setan pun tak nak hasut aku masa exam ni. Dia pun suruh aku belajar rerajin”. Tapi adakah ia berhasil? Tidak, setan tu tetap makhluk yang ingin menyesatkan umat manusia. Tetap hasut aku supaya cepat putus asa. Jahat kau setan. Aku takkan tunduk pada hasutan kau. Kuatkanlah imanku ya Allah.



Ini pulak gambar katil aku. Punyalah bersepah, cadar tak kemas, nota bergelimpangan, lap hingus bersepah. Ishk3...Aku kerap berulang-alik dari katil ke meja study. Keadaan ini terjadi bila aku mengantuk, tapi tiba-tiba teringat masih ada banyak chapter yang perlu ditelaah lagi. Letih sungguh hidup macam ni.

Dalam musim exam ni, macam-macam gaya orang tension bolah dilihat. Orang yang tension akan menutup pintu dengan kadar hempasan yang kuat, tak kiralah pintu bilik ke, pintu tandas ke, pintu kereta ke. Pernah juga terjadi, semasa aku di dalam bas, aku ternampak seorang mamat duduk kat penghadang jalan di kawasan yang curam, menghadap pemandangan kolej-kolej dalam universiti aku, sambil menikmati goreng pisang. huhu.. Aku pulak, kalau tension, aku dengar lagu kuat-kuat sambil baca blog. Ataupun pergi tengok tv, ataupun basuh baju sambil berus kuat-kuat.

Aa…bila nak habis study ni….. aku perlukan tidur, makan dan pakai yang cukup....

Wednesday, October 22, 2008

The emancipation of me!

Hari ini adalah hari kebebasan aku daripada Skem. Sudah lama aku dengan Skem, 3 semester tu... Naik jelak aku dengan dia. Setiap hari minggu mesti aku kena jumpa dia. Lama pulak tu kalau jumpa. Daripada pagi sampailah ke petang. Dia duduk di gombak. Aku kenal dia dari promosion yang dia buat masa dia datang pesta konvo di universiti aku. Aku pulak terpedaya dengan cakap dia. Sebab dia kata dia murah. Memang dia murah, tapi, di sebalik kemurahan dia, macam-macam halangan lain ada. Mula-mula dulu dia janji nak hantar aku pergi dan balik. Tapi, sejak semeter 3, dia hantar aku kat LRT Putra je, lepas tu aku kene balik sendiri ke Shah Alam. Jauh tu, banyak masa aku terbuang untuk dia. Tambang sendiri pulak tu... Jahat la dia. Ini antara pendapat orang lain tentang Skem: klik sini

Tadi, aku dah lulus ujian bermotor jpj. Jadi aku tak payah pergi jumpa Skem lagi. Aku rasa sangat gembira!!!!

oh ye...Skem tu nama tempat aku belajar memandu tu. hehe..=p

Sebenarnya tak lah teruk sangat Skem tu. Dia memang murah. Tapi kalau duduk jauh dari Gombak memang susah. Diaorang buat promosion jauh-jauh dengan janji dihantar diambil. Mula-mula hantarlah, tapi bila dah lama-lama, turun stesen LRT je lah. Lepas tu pandai-pandailah balik sendiri. Itu yang tak seronoknya.

Akhir kata, terima kasih cikgu. Saya dah lulus dah..ngehehe =]]

Band terbaru Nas-T


Kugiran Malaya is a new band with three members in it; DJ Nas-t, Shazmyl and Sham. Their music genre is a combination of rock and electro. DJ Nas-T play turntable for this group. He was acting in KAMI The Movie as Abu. Before this, he is one of the Dragon Red members. Syazmyl is the vocalist for this band. He also plays the guitar. Sham who also act in KAMI The Movie as the Disaster group member, plays the bass for KM. Their vision is to bring music up onto a new level. Their song can be listen at KM amp channel or just go to their myspace profile.

This is one of their song:
Epilog Cinta lyrics:

Ceritakan padaku masalahmu,

Ceritakan padaku satu persatu,

Kernaku ingin tahu masalahmu,

Tapi pastikan katamu benar,

Bukan ku ingin menganggumu tapi hanya membantu epilog cinta rileksku,

Bukan ku ingin menganggumu tapi hanya membantu,

Dengarkan lagu ini yeah yeah yeah yeah!...

Lagu ini tuk' menenang fikiran mu,

Jangan sedih lagi jangan ikut perasaanmu.....



Lyrics & Composed by : Shazmyl

Arranged by : Kugiran Malaya

epilog cinta

Saturday, October 18, 2008

Kekurang ajarannya terserlah.

Tadi, aku pergi makan McD sambil menenangkan fikiran selepas menempuhi ujian chemical technology yang sangat dasyat soalannya. Heh..nak salahkan soalan pulak, aku yang malas sebenarnya. Lepas makan, aku pergi plaza alam sentral nak beli baju. Hehe, pompuan… dah penat memilih, aku pun pergilah kaunter nak bayar. Depan aku ada seorang makcik dengan anak perempuan dia berbangsa India. Diaorang beli baju jugak, maklumlah dah nak deepavali. Jumlah harga barang diaorang dalam RM80 lebih. Lepas bayar, diaorang duk je tepi kaunter sambil cakap-cakap dalam bahasa india. Kemudian, cashier tu tanya dengan nada agak kasar, “kenape!”. Makcik tu dengan anak perempuan macam terkejut lalu blah. Lepas tu aku dengar cashier tu cakap dengan kawan dia, “nak ape ntah, nak paper beg la tu.. jangan harap!”

Aku dalam hati..”what the fish???” jahat mulut punya pekerja. Ada ke patut cakap macam tu. Aku dengan beberapa customer lain tercengang je dengar ayat kurang ajar dia tu. Selalunya, kalau customer beli sampai berpuluh-puluh macam tu, boleh dapat paper beg. Kenapa tak kasi je? Dah la makcik tu beli banyak, dia nak sambut raya deepavali pulak tu. Kasilah dia feel raya sikit. Yang aku tak puas hatinya, boleh dia cakap jangan harap! Macamlah shopping complex tu bapak dia punya. Lepas tu, boleh dia punch in dulu barang makcik “yang konon kaya” yang tak beratur, walhal aku dengan beberapa customer lain dah beratur lama kat situ. Gile teruk diskriminasi yang dia amalkan!!! Cashier tu melayu, dan aku malu dengan sikap dia.

Sebagai warga Malaysia, kita kene hormat orang tak kira bangsa, darjat dan agama. Ala..kalau nak ikut darjat pun, awak tu cashier je. Kalau takde customer macam makcik tadi, macam aku dan customer lain di belakang aku tu, jangan harap ko nak dihire oleh employer ko tu. Makcik “yang konon kaya” tu pun sesat je malam2 nak beli barang kat tempat ko. Kalau tidak, tak hingin dia beli barang kat tempat ko yang bukannye high class tu. Sepatutnya cashier tu tanyalah elok-elok kat makcik india tu, “Ye makcik, ada apa-apa masalah ke?” dan cakap kat makcik “yang konon kaya” tu, “sila beratur ye puan, customer banyak menunggu giliran.” Tak salah pun aku rasa, tapi kalau makcik “konon kaya” tu marah, baru patut cashier tu tengking dia macam ni, “makcik tak nampak ke orang dah beratur panjang? Diaorang pun customer jugak!” Tapi itu susah nak terjadi. Diskriminasi dia terlalu tinggi.

Itulah kita, kadang-kadang kita lupa, manusia tak selalu di atas. Bila tiba giliran kita di bawah nanti, baru kita nak terngadah, nak tunduk hormat, nak menadah mintak ihsan. Dalam negara yang berbilang kaum ni, kita kene jaga etika kita, kene jaga sensitivity, kene jaga hati semua orang. Kalau tidak, macam mana kita nak bersatu, macam mana nak maju. Makcik berbangsa india tu akan terus rasa diri dia tertindas, diperturunkan pulak kepada anak perempuannya. Makcik “konon kaya” tu akan terus rasa diri dia berkuasa dan tak kan beratur lagi. Semuanya kerana seorang cashier yang tak berbudi pekerti tu.

Wednesday, October 15, 2008

tenang jiwa dengar lagu mereka


I've found new interesting music sound from this band call Estrela. Their hits single title Stay can be listen play at hitz.fm and x-fm. The band consists of 5 members with really cute pretty woman Liyana, as the vocalist. Their music type is acoustic jazz and it really can help to calm people who are in the bad mood or trap in a long traffic, or people who are stress in study like me. Hehe. Their profile can be check out at their myspce: estrella's myspace
These are songs from Estrella:

Title: Stay

Sound straight from the twilight
Has me up all night
I can't fall asleep 'cause I keep thinking of you
And I saw a shadow outside my window and it's you.

[Chorus]
All my sorrows flew away
Hush, keep quiet, hear me say
I don't ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay.

Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny, it's just you.

Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

[Chorus]

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Anak Bukit
Just stay

Try these songs:

Title: stay

Title: ternyata indah

Monday, October 13, 2008

Review keseluruhan KAMI The Movie




Akhirnya, hari sabtu kemarin, aku berjaya menonton KAMI The Movie. Gumbira sungguh rasa hati aku. Aku tengok kat IOI mall Puchong. MasyaAllah, punyalah jauh. Aku tengok kat internet, tayangan KAMI cuma ada kat GSC pavilion ngan IOI Mall je, kerna tayangan dah hujung-hujung ni. Jadi aku dayakan jugak ke sana. Tapi, ianya sangat berbaloi bagi aku.

Masuk-masuk je panggung wayang tu, aku macam nak menjerit. Lengang, Cuma ada aku, 2 kawan aku dan 9 orang penonton. Huhu!!!. Hep! Sebagai peminat KAMI, let me explain. Sikit penonton tak bermakna tak berkualiti, tak bermakna tak best. Pertama sekali, kawan aku cakap, panggung kat IOI Puchong tu memang selalu lengang. Sebab tu kitaorang ke situ dari pergi Pavillion (Lagipun tiket murah sket..heh). Kedua, tayangan KAMI tu dah hujung-hujung, maka dah ramai orang tengok. Aku jer yang ketinggalan zaman sikit. Raya ke-11 baru aku dapat tengok. Hujah aku yang ke-3, ada orang yang tak tahu sampai bila tayangan KAMI tu. Ada orang cakap ngan aku, tayangannya sampai hari rabu lepas je. Nasib aku tak percaya dia, kalau tak, tak bahagialah hidup aku macam sekarang ni. Hehe..

Setelah menonton filem ni, aku kasi 4 ½ bintang. Setengah lagi aku tak kasi sebab, abu mati!! Sedeh sunggoh aku dengan pemergian Abu. Bagi aku, jalan penceritaan KAMI The Movie ni sedih dari awal sampai la akhir. Biar aku cerita sikit, mula-mula, Abu lari dari pusat pemulihan akhlak untuk jumpa kawan-kawan dia bagi meraikan hari terakhir SPM Lyn, Adii dan Sophie. Ali kerja sebagai Agen jual pakej pelancongan dan dia sangat benci kerje tu. Abu tak dapat jawab SPM sebab dia kene pukul dgn teruk sekali masa hari pertama nak ambik SPM. Boy si ejen penjual dadah terjumpa Lyn masa diaorang tengah tengok gig. Maka Boy mula memburu Lyn untuk mengutip hutang lama sambil cuba memporak perandakan persahabatan Lyn dengan kengkawannya. Kerana tertekan dengan ugutan dan hutang, Lyn terpaksa mengedar dadah semula, untuk langsaikan hutang.

Bapak Abu masih tak dapat menerima Abu, tambahan pula, Abu melarikan diri, lagilah bapak dia rasa Abu betul-betul anak yang tak guna. Kesian Abu. Dalam KAMI The Movie ni, Abu nampak macam suka kat Lyn, tapi dia tau Ali pun suka Lyn. Maka, dia kasi peluang kat Ali, dan dia suka dalam diam je. Abu orang pertama yang tau bahawa Lyn lah teka-teki. Abu masih meneruskan kegiatan mencurinya. Dia curi buku puitis untuk Lyn dan CD untuk Ali. Tak boleh ikot perangai ni.

Emak sophie tak jadi kawin ngan Jamal. kerana dia takut duduk sengsorang kat umah, dia sanggup sorokkan surat tawaran universiti luar negara dalam jurusan perubatan yang diterima Sophie. Bila Sophie dapat tau, dia sedih sangat, ditambah dengan perangai Zarul pakwe dia yang gatal sangat tu. Sophie suka Ali, tapi Ali tetap tak layan.

Adii tak serik-serik cari pakwe melalui chatting. Tapi bila dia jumpa dgn mat chatting yang dia chat tu, semuanya tak kene. Gatallah, tualah. Yang pasti, adii tetap ingat pada vanilla ice ataupun Zul, abang Abu, yang meninggal kene tikam perompak. Satu hari, Abu, Ali, dan Sophie masuk bilik adii, dan Abu ternampak gambar t-shirt yang adii bagi kat abang dia. Sophie pulak explain pasal t-shirt tu dan vanilla ice. Jadi Abu pun tahulah…. Tapi dia tak cakap dengan Adii vanilla ice tu abang dia.

Ali pula menyampah sesangat dengan kerja dia sebagai ajen jual pakej pelancongan. Band dia dah mula diterima dan mula buat gig. Dia vocalis, dia nyanyi lagu Guris. Oh…aku suke =). Mak bapak dia dah bercerai. Mak dia sibuk nak kawin dengan orang lain pulak. Dengan masalah tak seberapa ni, Ali amik dadah balik. Satu hari, masa nak beli dadah, yang hantar dadah kat dia, Lyn. Jadi terbongkarlah rahsia Lyn.
Si Boy yang tak sudah-sudah nak kacau hidup Lyn dengan kengkawannya telah cari gaduh ngan Ali. Tengah bergaduh-gaduh, Abu datang. Boy nak tikam Ali, tapi Abu halang lalu tertikam dia. Macam tulah Abu mati. Tapi dia sempat buat lawak lagi sebelum mati. Maka aku confius, nak gelak atau nak nangis.

Setelah Abu mati, Lyn yang menyimpan beg Abu terjumpa gambar abu dan abang dia pakai baju yang Adii kasi. Lyn poskan gambar tu pada Adii. Bapak Abu pulak sedar akan kesilapannya. Sophie terima tawaran lanjutkan pelajaran. Ali dan Sophie duduk kat beranda. Ha..aku tak tau ape jadi kat dieorang seterusnya.

Pada pendapat aku, sesiapa yang ikut KAMI The Series, pasti dapat memahami KAMI The Movie dengan lebih baik. Apa-apa pun, lakonan mereka sangat mantap. Tambahan pula diaorang muka baru. Tahniah. Sepanjang cerita, lagu-lagu dari album KAMI volume II dimainkan. Menambahkan emosi aku untuk nangis je. Ada lagu hujan dalam cerita ni, tapi xde dlm album. Kenape ek? Aku tak mengharapkan sequel untuk cerita ni, nak cerita apa lagi, Abu dah mati. Oh, ye, Boy pun mati dalam cerita ni. Tapi kalau ada, aku akan tetap terus ikutinya. Aku dengar KAMI ada keluarkan buku, tapi aku tak jumpa lagi kat sini. Al-maklumlah, limited edition.

HIDUP INI MEMANG PALAT, TAPI ESOK MASIH ADA, adalah nukilan terakhir Abu untuk Lyn sebelum dia mati.



scene terakhir cerita ni.

connection buat hal lagi...

Saturday, October 11, 2008

Sekadar luahan rasa hati

Aku mengaku yang aku ni seorang yang pendiam dan dingin. Tapi kalau aku dah kenal orang, lagi-lagi yang satu kepala, boleh haru jugaklah keadaannya. Tapi aku ni jugak seorang yang pemalu, maka agak sukar untuk aku memulakan bicara. Jadi, banyak orang, yang meletakkan first impression terhadap aku, bahawasanya, aku ni seorang yang sombong macam bagus. Orang tu tak lah cakap kat aku, tapi aku dapat rasa. Paranoid kah aku? Kalau org dah pandang kite macam menyampah, mana aku tak terasa, dia ingat dia bagus? Nak je aku cakap kat dia macam ni,
“Ko ingat ko bagus? aku tak kawan ko pun aku boleh hidup la..” Tapi tu zalim, aku tak sampai hati. Aku buat-buat tak nampak je apa yang dia buat pada aku. Tapi sampai bila aku boleh tahan? Dan pada suatu hari di hari raya, aku telah menunjukkan egoku. Aku pun tak pandang dia, aku pun tak tegur dia. Hasilnya, dia menegur aku. Nak pulak dia bercakap dengan aku. Ingatkan nak sisihkan aku sampai bila-bila. Aku pulak jenis cepat cair, hilang ego aku, sejuk hati aku. Aku pun layan berbual dengan dia. Lihat…aku boleh kalau dia boleh terima aku. Dia cuma kene bagi aku masa dan ruang untuk aku betulkan tabiat pendiam aku ni. Bukan senang nak buang tabiat seseorang tu. Dan sepatutnya, dia bantu aku untuk hilangkan tabiat buruk tu. Bukannya, mengkondem aku.

Sebelum balik, aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin pada dia. Sebak betul masa tu. Aku rasa macam nak menangis. Tapiku tahan. Satu pepatah English yang aku sangat-sangat setuju;

“DON’T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER”

Tapi, itulah yang manusia selalu buat.

Wednesday, October 8, 2008

Guris

Lagu dalam album KAMI volume II bertajuk Guris ni sangatlah memberi makna. Sesuai sekali untuk watak Lyn dalam cerita KAMI. Dan aku memang teramat sangat suka lagu ni.


Lirik Lagu: Guris
Penyanyi: Twickheads

Ku percaya padamu
Menghulurkanmu
oh..tanganku
ku percaya padamu
ku turutimu
oh..hendakmu

kau mengkhianati aku
kau permainkan perasaanku
kau menikam dan meludahku
kau dekatkan
warnamu

sendiriku menangis
menangis dalam kekecewaan
ku sendiri
menangisku ku menangis
menangis dalam keseorangan
oh…

sendiriku pelajari
pengalaman hidup sendiri
ku sendiri
relakan relakan
agarku mampu berdiri sendirian…..

Monday, October 6, 2008

Hari Raya, Hari Yang Mulia, Tapi Masih ada yang Berduka




Raya pada tahun ini adalah raya yang tidak menyeronokkan bagi aku. oklah..biasa-biasa saja. Sebab tak seronok, satu gambar raya pun aku tak ambil. tak mengapalakan, mana tahu, tahun depan seronok. Gambar yang aku ambik pun gambar entah ape-ape.

Tak seronok sebab,
pakcik aku dalam kesusahan, kedai dia baru terbakar,
aku tak dapat duit raya banyak sebab kedai pakcik aku terbakar,
Baju raya aku satu je (memang awal2 dah takde feel)
mak saudar aku meninggal dunia raya ke-3..(al-Fatihah)
mak long aku koma kat hospital banting...
dan,
aku tak dapat tengok KAMI The Movie...
nak tengok sekarang, dah start kelas...bongok!!
nanti aku beli vcd dia aku tengok seribu kali!




Tapi aku dapat satu anugerah..
kucheng!!!!!
yang adek aku kasik nama tasya..
gedik ayam punye adik, nama menggelikan.
aku panggil meowwww jer..
malas nak pikir..


Inilah raya aku tahun ini, hanya ada bulan, kucheng dan sepupu aku yang main bunga api nih.

Friday, September 26, 2008

Pengakuan dan Peniruan tak Berhemah

Esok, 26hb 9. 2008, aku akan ponteng kelas environment, wastewater, corrosion dan chemical technology. Tujuan aku ponteng adalah untuk balik kampong. Tiket aku pukul, 11 pagi, tempat duduk nombor 3. Tujuan aku balik kampong adalah untuk menyambut Aidilfitri yang mulia, dan untuk makan kerang masak sambal tahun buatan tangan mamu yang sangat sedap sehingga menjilat jari itu…=p. Rindunya aku kat rumah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Segala test, assignment, lab report dan kerja berat yang perlu aku hadapi selepas cuti akan kubuang jauh ke lautan luas. Aku nak raya!

Aku ada seorang kawan, biar aku panggil dia Zai. Nak kata aku rapat dengan dia, tak lah sangat, tapi aku selalu duduk dekat dia masa kuliah. Dia ada satu hobi tegar, MENIRU masa test. Kalau kecil-kecilan tak pe lagi, Ini tak, dia siap bawa nota dalam setiap ujian. Hasilnya, dia dapat markah tertinggi dalam ujian polymer, dan semester lepas, pointer dia hamper dekan dek kerana carry mark dia tinggi-tinggi belaka. Jeles kah aku? Mestilah jeles…. Aku belajo bagai nak giler sampai tak cukup tidor, markah takat-takat lulus, dia tidor 1 malam dengan nyenyak, dapat markah highest. Keadaan ini dipanggil tidak aci!

Aku ada seorang kawan, biar aku panggil dia Siti. Nak kata aku rapat dengan dia, memang rapat pun. Dia rapat dengan Zai jugak. Dia pun jeles dengan Zai jugak. Maka, pada suatu pagi, dia telah meseg Puan Polymer mengatakan yang Zai meniru. Dan untuk test 2, puan kata macam ni:

Ok,hari ni beg kene letak kat lantai. Meja kene clear.

Aku dengan Siti senyum puas hati. Bila aku dengan Siti tengok Zai, tergamam kami. Dia masukkan pulak nota dia dalam baju dia. Hukoloh…dasar peniru tegar.. masa ujian dia tengok nota tu. Dah tentu dia dapat markah tinggi lagi. Dan puan polymer pulak tetap duduk statik kat meja tanpa melihat-lihat kami. Adakah puan turut berkomplot dengan Zai? Ya, aku paham, kita dah besar-besar, puan tak nak malukan kita di khalayak ramai. Tengoklah nanti macam mana puan mark pulak. Kalau puan buat tak tau aje, aku pun nak tiru gak lah… ha…tak bleh… tu bisikan setan tu. Kalau aku meniru, aku dapat markah tinggi, pas tu pointer aku tinggi, pas tu aku dapat kerje bagus, pas tu aku dapat gaji tinggi, pas tu aku kasi duit kat mak bapak aku, tapi duit tu tak halal. Macam mana? Elok-elok nak beramal, jadi berdosa pulak. Tak nak aku.




perhatikan gaya profesional mereka. baek punye tiru....



Yelah,.. aku pun bukan baik sangat. Kalau meniru setakat tanye-tanye kawan sebelah, aku boleh terima lagi..(seeloknya janganlah….meniru gak tu namanya). Tapi kalau dah bawak nota sebijik, memang tak patut. Dah kita ni namanya pelajar, belajarlah betul-betul. Biarlah kita dapat markah sikit pun, yang penting kerjasama…(eh..salah, tu lagu pandu puteri…), yang penting HALAL. Berkat usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah, kita akan berjaya dunia akhirat. Amin.





Kembali isu esok, oleh kerana esok aku balik, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada mamu, abah dan adik. Maafkan dosa anakmu ini yang sentiasa membuat onar. Sesungguhnya keluargaku adalah inspirasiku. Kepada teman-teman, maafkanlah segala salah-silapku. Aku tak dapat nak puaskan hati semua orang, apa yang aku mampu, aku buat, apa yang aku tak larat, aku mintak maaf sebab tak dapat buat (apa aku cakap ni?). Yang penting, segala silap salah aku harap dimaafkan. Juga kepada teman blogger seperti ayu, suri, faten, acap, kak nurun, kak Di (betul ke aku eja) dan siape-siape yang sudi baca blog aku, aku mintak maaf jugak kalau aku ada tersalah silap kata dalam blog aku yang serba kekurangan ini. Sesungguhnya aku manusia hina penuh kesilapan yang hidup sementara di atas bumi tuhan ini.

SELAMAT HARI RAYE YOB!!!

Lagu raye satu
tajuk: Bersabarlah Sayang
penyanyi: Sanisah Huri
download lagu ni

Thursday, September 25, 2008

Warkah













BAU - warkah (OST Sindarela)

lirik:

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada

download lagu ini warkah

Ada Masa












Sepatutnya mereka juara. tak percaya? dengar lagu ni. Aku nak cari lirik dia, tapi tak jumpa. Exclusive la pulak...

infinatez - ada masa

Download lagu ini ada masa

Betapa













Sheila on 7- Betapa
Download lagu ini Betapa

Mantera Beradu













Manarik betul lagu M.Nasir featuring Malique ni. Sarat dengan lirik yang aku tak berape nak paham. Tapi tetap sedap didengar. Gabungan 2 sifu dari 2 generasi yang mantap.

Lirik:

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna....

Donload lagu ini mantera beradu

Wednesday, September 17, 2008

lombab ekau ni

gile lembab punya internet!!!
macam mane aku nak siapkan assignment??
nak cari wastewater treatment plant pun payah
bukak blog boleh pulak
saja nak soh aku tak buat kerje.

Friday, September 12, 2008

Lawatan Kesedar

Post ini agak jijik dan sensitif:

Baru-baru ni aku ada lawatan ke loji kumbahan air najis. Lawatan ni wajib untuk subjek Water & Wastewater Technology. Aku sampai kat loji tu pagi dan paham-paham je lah, awal pagi memang ramai orang membuangkan?.... maka bau loji tu memang kuat menusuk hidung sampai ada kawan aku yg muntah konon jijik, padahal awak pun keluarkan bende same gak…

Loji tu tak besar, tapi cukup untuk menampung air kumbahan dari dua kolej dengan satu kawasan food court. Semua najis dialirkan ke situ untuk ditreatment, sebelum air yang bersih daripada najis dialir ke longkang untuk ke sistem perparitan biasa.

Nak tahu apa aku nampak? Banyak giler benda yang tak sepatutnya masuk dalam lubang jamban ada kat situ. Apa dia? Apa lagi??? ‘Pet’ lah… tau ke pet tu ape? Bukan menatang peliharaan lah…. Ia adalah sejenis lampin wanita yg dipakai masa haid dan ianya tak boleh dibuang dalam lubang jamban sebab benda tu boleh buat jamban tersumbat. Paham2 je lah rupa jamban tersumbat cam ne, terapung-apung… erk.
Selain pet, macam-macam ada, antaranya, berus gigi (ni mesti bangun lambat, buang air sambil kelam-kabut berus gigi, nak cepat), penutup pen (time memerut pun menulis ker…giler study sunggoh!!), spek, henset (kawan aku pernah jatuh spek dengan henset dalam lubang jamban. Nama dia ---- (^^,)) dan seluar dalam warna hitam turut dijumpai. Paling banyak dijumpai, najis le. Apa lagi…


Kolam penuh najis dan sampah sedalam 20 kaki. Pekerja akan kaut secara manual sampah-sarap ni.

Tengah aku khusyuk dengar taklimat dari abang yang jaga loji tu, tetiba aku dengar orang jerit. Dalam hati aku berkata “ah..sudah..sape pulak yang termasuk dalam kolam kumbahan ni….” Oh, rupa-rupanya kawan aku tercampak kasut dia dalam kolam najis yang sedang membuak-buak ataupun dikenali sebagai aeration tank. Adoi…kiteorang semua bantai gelak, bukan nak tolong. Nak tolong cam ne? terjun dalam kolam dipenuhi tahi untuk amik kasut dia tu? Hei…nak buat baik pun berpada-padalah.. Kawan aku tu membebel-bebel tak sudah. Mana taknye, kasut tu dia baru beli dan baru pakai 2 kali. Huhuhu, siapa suruh p loji pakai kasut baru tak bertutup. Kan dah selamaatttt… Terpaksalah lecture aku kasi pinjam selipar jepun kat kawan aku tu. Ha amik kau, elok-elok nak tayang kasut baru, terus dapat selipar jepun. Huhuhu.



Di sinilah kasut kawan aku bersemadi…

Selepas lawatan, pensyarah aku pun bagi sedikit syarahan. Dia kata, ini loji kira bersih, kalau loji-loji kat tempat lain, lagi macam-macam ada. Emas pun ada. Yelah kekadang orang terjatuh gelang emas, tak pun cincin emas kat dalam lubang jamban tu. Lepas tu boleh pulak pensyarah aku buat lawak, “sesiapa yang mahu emas, bolehlah mendulang kat loji tu”. Hukoloh…. Pensyarah aku cakap, kalau loji-loji lain, kadang-kadang, penyelenggara loji jumpa janin ataupun bayi kat dalam loji tu. Huish…terkejut aku. Rosak akhlak betul, buat maksiat tak ingat tuhan, termengandung pulak, rasa nak beranak, p tandas, teran budak pas tu flush!!! Memang gila la, tak tau dosa pahala, tak ada peri kemanusiaan langsung. Tu belum lagi kondom, memang banyak dijumpai di loji. Nampak sangat keruntuhan akhlak orang zaman sekarang. Kesian budak tak berdosa tu. Tau tak rupa loji tu macam mana? Air deras penuh najis. Kolam dia dalam berpuluh-puluh kaki, berbuih-buih. Sampai kat penapis besi, jumpa bayi pulak! Kalau aku kerja situ, pengsan terus. Kesian.


janin @ bayi selalunya dijumpai kat sini




Air naaj-jisss (cara pensyarah aku sebut)

Bak kata kawan aku si Iki, pengajarannya, jangan buang benda tak sepatutnya dalam lubang jamban, tempat tu hanya untuk taik!!!!!

Thursday, September 4, 2008

Lalat




Perkara yang terjadi dua hari lepas:

Macam biasa aku naik bas untuk balik ke kolej. Dan macam biasalah bas tu sesak dengan orang. Kelas habis dalam pukul 5.00 ptng. Maka, kelaparan berada di waktu puncak, almaklumlah, puasa. Tengah aku duduk diam-diam dalam bas tu, tetiba, ada seekor lalat entah dari mana hinggap kat tepi mulut aku…..hekeleh…. aku cuba halau dia, tapi kejap je dia terbang, lepas tu dia datang balik kat aku! Ape ke hea nye lalat tu ntah…. Bengang pulak aku. Nasib baik orang ramai dalam bas tu tak perasan. Kalau tak segan jugak aku.

Tetiba, aku teringat, macam ini lah keadaan kanak-kanak di Afrika sana. Berlapar, bersesak, dihurung lalat, sebijik macam aku nilah. Rasa nak tergelak pun ada, sebab aku dah macam budak afrika dah. Cuma tak kembung jer…huhu.

Tapi, bila aku hayati semula, rasa sedih pulak. Tak jadi nak gelak. Kalau aku lapar, diaorang lagi lapar. Bila aku buka puasa nanti, kenyanglah, silap haribulan, tak larat nak buat ape-ape sebab dah kenyang sangat. Tapi diaorang, nak jumpa makanan pun susah. Entah bila diaorang dapat berbuka. Aku pun tak tau...

Kalau aku bersesak sekejap ni, diaorang lagi bersesak lelama. Sampai bilik nanti, aku baring je la kat katil aku yang empuk lagi selesa tu, tido... Tapi diaorang, entah tahu ke tidak rupa katil, entah tahu ke tidak apa itu selesa.

Kalau aku dihinggap lalat seekor, diaorang lagilah banyak lalat yang hinggap. Lalat seekor kat tepi bibir pun aku dah kecoh nak tulis dalam blog, tapi diaorang, lalat penuh keliling mulut, buat derk jer. Tak kecoh pun, tak halau pun, kerana apa? Kerana diaorang dah tak larat, dah takde kuderat, nak angkat tangan pun payah, apatah lagi halau lalat.

Dah tak kesah dengan lalat, dah biasa bersesak, dah alah dengan lapar. Kesian mereka. Sesungguhnya kita di sini bertuah, dan sesungguhnya ibadah puasa yang kita sedang jalani ini mengingatkan kita pada mereka yang serba kekurangan. Semoga ibadah puasa pada tahun ini dapat kita jalani dengan penuh keinsafan dan kesempurnaan. Kerana, kita tak tahu, dapat atau tidak kita berjumpa pada Ramadhan yang seterusnya. Amin…

BSAC part 4



Abu: Fuyooo, ramainye budak BSAC…
Ali: tu la pasal, ni baru budak part 4
Abu: ade kerje ke nanti?
Ali: ………….entahlah….

Saturday, August 30, 2008

31 OGOS 1957





Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51!!!
Semoga kita tidak lalai dalam leka,
Semoga kita sentiasa ingat akan asal-usul kita,
Semoga kita sentiasa pandang belakang,
Bukan untuk mundur, tapi untuk mengenang...
Betapa payahnya nenek moyang kita berjuang untuk kemerdekaan,
Betapa banyaknya darah yang tumpah,
Nyawa yang harus dibayar untuk kebebasan di Tanah Melayu ini,
Agar kita, generasi kini
Terus dapat melaungkan...
MERDEKA!!!

love peace no war(^^,)

Wednesday, August 27, 2008

kesian

Kanape ye? Manusia ni begitu lemah rupanya
Ada yang terlampau takut dengan diri sendiri
Aku tengok dia sempurna je, sampai aku sendiri cemburu
Tapi dia langsung tak yakin dengan diri..
Kalau aku ajak dia kata "hish..."
Kalau dia ajak aku kata "ok..."
Setidak yakin tidak yakin aku
Ada lagi org yang tak yakin rupanya..
Ye lah..Manusia itu lemah

Dan tadi,
Balik dari kelas, dalam perjalanan ke bus stop,
Aku terbaca satu sticker pada sebuah kereta,
Dia tulis:

People get and forget
But ALLAH still gives and forgives


Tersentuh aku baca sticker tu..
insaf terus...
Aku lalai, dan kurang bersyukur rupanya..
terus insaf lagi..hehe

Sunday, August 24, 2008

Aku Jatuh Cinta!!!

Pada Nas-T, muzik indie dan colbie caillat. Ini semua gara-gara cerita GHOST yang aku tengok tak sudah-sudah tu. OST cerita tu best-best belaka di mana kebanyakannya lagu-lagu Colbie Caillat. Dulu aku tak suke Colbie Caillat, lagi-lagi lagu Bubbly dia tu. Tapi, lagu dia bukan satu tu je, so, don’t judge the album by only one song ok! Tapi aku tak beli pun albumnye, download jer lagu yang aku suke (^^,). Nas-T pulak lelaki yang jadi farouk dalam cerita tu. Dia ni adalah seorang dj untuk group Dragon Red. Antara cerita yang dia berlakon selain GHOST adalah, KAMI dan Goodbye boys. Punyalah aku adore mamat ni, sampai aku cari dia kat friendster. Nasib baik jumpa… kalau tak… aku tutup akaun friendster aku. Huhuhu…Dia handsome sangat, bagi aku la ok.… maka aku pun semakin rajin mencari lagu dia dalam blog-blog indie. Tapi aku tak suke lagu-lagu Dragon Red, walaubagaimanapun, aku tersangkut dengan lagu indie dari group yang lain. Sebab aku pun suke cerita KAMI yang Nas-T berlakon tu. Dan OST untuk cerita KAMI pulak dari group-group indie. Maka aku jatuh cinta pada muzik indie sekali. Oleh kerana itu, bertambahlah koleksi lagu hujan, bittersweet, dan band ape ntah lagi dalam folder lagu asyik putar aku. Kehkehkeh.. Nak sikit? Download ler bawah ni……………..

Buang masa ke ape aku buat ni? Huh, pada aku, kalau aku puas hati dan gembira, bukan buang masa namanya. Kalau bukan aku yang nak menggumbirakan hatiku ini. Siapa lagi?
Nas-T?? kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan…eicheh!




Nas-T as Farouk as Abu











Laila's lounge-mawar khayalan
download lagu ini












Hujan - Dugaan
download lagu ini





Bittersweet - Kucing Hitam
download lagu ini


Bittersweet - Perfect Match
download lagu ini





Meet Uncle Hussain - Pari-pari di bawah Angin
download lagu ini