Segala test, assignment, lab report dan kerja berat yang perlu aku hadapi selepas cuti akan kubuang jauh ke lautan luas. Aku nak raya!
Aku ada seorang kawan, biar aku panggil dia Zai. Nak kata aku rapat dengan dia, tak lah sangat, tapi aku selalu duduk dekat dia masa kuliah. Dia ada satu hobi tegar, MENIRU masa test. Kalau kecil-kecilan tak pe lagi, Ini tak, dia siap bawa nota dalam setiap ujian. Hasilnya, dia dapat markah tertinggi dalam ujian polymer, dan semester lepas, pointer dia hamper dekan dek kerana carry mark dia tinggi-tinggi belaka. Jeles kah aku? Mestilah jeles…. Aku belajo bagai nak giler sampai tak cukup tidor, markah takat-takat lulus, dia tidor 1 malam dengan nyenyak, dapat markah highest. Keadaan ini dipanggil tidak aci!
Aku ada seorang kawan, biar aku panggil dia Siti. Nak kata aku rapat dengan dia, memang rapat pun. Dia rapat dengan Zai jugak. Dia pun jeles dengan Zai jugak. Maka, pada suatu pagi, dia telah meseg Puan Polymer mengatakan yang Zai meniru. Dan untuk test 2, puan kata macam ni:
Ok,hari ni beg kene letak kat lantai. Meja kene clear.
Aku dengan Siti senyum puas hati. Bila aku dengan Siti tengok Zai, tergamam kami. Dia masukkan pulak nota dia dalam baju dia. Hukoloh…dasar peniru tegar.. masa ujian dia tengok nota tu. Dah tentu dia dapat markah tinggi lagi. Dan puan polymer pulak tetap duduk statik kat meja tanpa melihat-lihat kami. Adakah puan turut berkomplot dengan Zai? Ya, aku paham, kita dah besar-besar, puan tak nak malukan kita di khalayak ramai. Tengoklah nanti macam mana puan mark pulak. Kalau puan buat tak tau aje, aku pun nak tiru gak lah… ha…tak bleh… tu bisikan setan tu. Kalau aku meniru, aku dapat markah tinggi, pas tu pointer aku tinggi, pas tu aku dapat kerje bagus, pas tu aku dapat gaji tinggi, pas tu aku kasi duit kat mak bapak aku, tapi duit tu tak halal. Macam mana? Elok-elok nak beramal, jadi berdosa pulak. Tak nak aku.
perhatikan gaya profesional mereka. baek punye tiru....
Yelah,.. aku pun bukan baik sangat. Kalau meniru setakat tanye-tanye kawan sebelah, aku boleh terima lagi..(seeloknya janganlah….meniru gak tu namanya). Tapi kalau dah bawak nota sebijik, memang tak patut. Dah kita ni namanya pelajar, belajarlah betul-betul. Biarlah kita dapat markah sikit pun, yang penting kerjasama…(eh..salah, tu lagu pandu puteri…), yang penting HALAL. Berkat usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah, kita akan berjaya dunia akhirat. Amin.
Kembali isu esok, oleh kerana esok aku balik, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada mamu, abah dan adik. Maafkan dosa anakmu ini yang sentiasa membuat onar. Sesungguhnya keluargaku adalah inspirasiku. Kepada teman-teman, maafkanlah segala salah-silapku. Aku tak dapat nak puaskan hati semua orang, apa yang aku mampu, aku buat, apa yang aku tak larat, aku mintak maaf sebab tak dapat buat (apa aku cakap ni?). Yang penting, segala silap salah aku harap dimaafkan. Juga kepada teman blogger seperti ayu, suri, faten, acap, kak nurun, kak Di (betul ke aku eja) dan siape-siape yang sudi baca blog aku, aku mintak maaf jugak kalau aku ada tersalah silap kata dalam blog aku yang serba kekurangan ini. Sesungguhnya aku manusia hina penuh kesilapan yang hidup sementara di atas bumi tuhan ini.
SELAMAT HARI RAYE YOB!!!
Lagu raye satu
tajuk: Bersabarlah Sayang
penyanyi: Sanisah Huri
download lagu ni
3 comments:
salam..hai sora..waaahhh.. semangat beno ko nieh nak balik raya.. wawawa!!! salute la...!!
haha....
bout ur zai tu.. aku pown tumpang rasa bengang..kalau la aku kat tempat ko, aku akan carik satu inisiatif lain utk mengenakan the zai in the next test.. find a way.. mcm bwat tercuit dia time dia tengah belek2 nota ke wat ever... mana la nak tau if dia terkantoi.. dont forget yg tuhan maha kuasa... one day he'll get it... ko dah usaha repot bout him, usaha lgi n lastly, tawakal kpd Allah....
last but not least, selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin
baek faten..
aku akan buat buat terluku kepale die..
kehkehkeh
hye ryu..salam singgah...geramnye bace kisah zai 2..i tgh final exm..td tghri ada paper...n sorg dak pmpn tlh ditgkap!mmbawa tuyuls..hiks!kaler biru lg..perghh sentap 1hall...sume tgh perah2 otak jwb paper final,dia plak sibuk menyalin xhingat donia!sy kat blkg dia ni pn xperasan dia niru..ttbe lctrr 2 dri blkg dia n trus rembat notes 2...n mintak id dia..hambik ko!naik court n silala sedia dwet utk repeat paper itu next sem..ngee~~ ;p
Post a Comment