Saturday, October 18, 2008

Kekurang ajarannya terserlah.

Tadi, aku pergi makan McD sambil menenangkan fikiran selepas menempuhi ujian chemical technology yang sangat dasyat soalannya. Heh..nak salahkan soalan pulak, aku yang malas sebenarnya. Lepas makan, aku pergi plaza alam sentral nak beli baju. Hehe, pompuan… dah penat memilih, aku pun pergilah kaunter nak bayar. Depan aku ada seorang makcik dengan anak perempuan dia berbangsa India. Diaorang beli baju jugak, maklumlah dah nak deepavali. Jumlah harga barang diaorang dalam RM80 lebih. Lepas bayar, diaorang duk je tepi kaunter sambil cakap-cakap dalam bahasa india. Kemudian, cashier tu tanya dengan nada agak kasar, “kenape!”. Makcik tu dengan anak perempuan macam terkejut lalu blah. Lepas tu aku dengar cashier tu cakap dengan kawan dia, “nak ape ntah, nak paper beg la tu.. jangan harap!”

Aku dalam hati..”what the fish???” jahat mulut punya pekerja. Ada ke patut cakap macam tu. Aku dengan beberapa customer lain tercengang je dengar ayat kurang ajar dia tu. Selalunya, kalau customer beli sampai berpuluh-puluh macam tu, boleh dapat paper beg. Kenapa tak kasi je? Dah la makcik tu beli banyak, dia nak sambut raya deepavali pulak tu. Kasilah dia feel raya sikit. Yang aku tak puas hatinya, boleh dia cakap jangan harap! Macamlah shopping complex tu bapak dia punya. Lepas tu, boleh dia punch in dulu barang makcik “yang konon kaya” yang tak beratur, walhal aku dengan beberapa customer lain dah beratur lama kat situ. Gile teruk diskriminasi yang dia amalkan!!! Cashier tu melayu, dan aku malu dengan sikap dia.

Sebagai warga Malaysia, kita kene hormat orang tak kira bangsa, darjat dan agama. Ala..kalau nak ikut darjat pun, awak tu cashier je. Kalau takde customer macam makcik tadi, macam aku dan customer lain di belakang aku tu, jangan harap ko nak dihire oleh employer ko tu. Makcik “yang konon kaya” tu pun sesat je malam2 nak beli barang kat tempat ko. Kalau tidak, tak hingin dia beli barang kat tempat ko yang bukannye high class tu. Sepatutnya cashier tu tanyalah elok-elok kat makcik india tu, “Ye makcik, ada apa-apa masalah ke?” dan cakap kat makcik “yang konon kaya” tu, “sila beratur ye puan, customer banyak menunggu giliran.” Tak salah pun aku rasa, tapi kalau makcik “konon kaya” tu marah, baru patut cashier tu tengking dia macam ni, “makcik tak nampak ke orang dah beratur panjang? Diaorang pun customer jugak!” Tapi itu susah nak terjadi. Diskriminasi dia terlalu tinggi.

Itulah kita, kadang-kadang kita lupa, manusia tak selalu di atas. Bila tiba giliran kita di bawah nanti, baru kita nak terngadah, nak tunduk hormat, nak menadah mintak ihsan. Dalam negara yang berbilang kaum ni, kita kene jaga etika kita, kene jaga sensitivity, kene jaga hati semua orang. Kalau tidak, macam mana kita nak bersatu, macam mana nak maju. Makcik berbangsa india tu akan terus rasa diri dia tertindas, diperturunkan pulak kepada anak perempuannya. Makcik “konon kaya” tu akan terus rasa diri dia berkuasa dan tak kan beratur lagi. Semuanya kerana seorang cashier yang tak berbudi pekerti tu.

3 comments:

Anasir said...

kalau semua orang macam anda kan bagus..

*tak paham dengan manusia yang ada masalah dengan isu berbangsa-bangsa..

kalau cashier tu di lahirkan sbagai india, baru dia paham kot....

Anonymous said...

ni bkn soal bangsa la, ni soal adap sopan.
mungkin mak bpk dia x ajar, atau dia terlalu bodoh utk belajar. ops! kasarnya bahasa aku!

Siti Syawal said...

maafkan aku, aku tak berniat utk memburuk-burukkan mana2 bangsa.
aku menulis ape yang aku nampak
tentang betapa manusia semakin kurang ajar.

betapa mereka ingat, harta, pangkat dan darjat boleh menjadikan mereka dihormati. walhal, budi pekerti juga penting.

selamat hari deepaveli..hehehe
peace (^^,)P