Setelah empat tahun belajar di tempat yang sama (dah mula bosan pun..), aku macam dah kenal dengan warna- warna pada setiap kertas soalan peperiksaan di sini. Bagi aku, setiap warna, memberi gambaran kepada tahap kesukaran soalan-soalan dalam kertas peperiksaan tersebut. Kiranya, masuk-masuk dewan peperiksaan, tengok kertas soalan je, kita dah boleh agak, soalan tu senang gila ke, sederhana ke, payah ke atau payah gila ke. Tak pastilah kalau apa yang aku rasa ni sama dengan standard universiti ni atau aku pandai-pandai buat andaian sendiri saje. Ni cuma pendapat aku saje. Di antara warna-warna kertas soalan dan tahap kesukarannya adalah:
Warna kuning. Inilah warna paling palat sekali. Kalau nampak je warna ni masa masuk dewan peperiksaan, rasa macam nak keluar balik je. Malas nak jawab, sebab aku tau tak boleh jawab punye. Eh, macam bodo beno je bunyinya..huhu. Bukanlah tak boleh jawab semua, tapi kalau boleh jawab pun, aku tak pasti boleh betul 100% soalan tu. Soalannya tak sama dengan soalan past year dan sangat tricky. Pandai-pandailah nak hidup kalau dapat paper kuning ni. Nak meniru tak baik dosa, bantai jelah..akukan pandai cipta formula sendiri, apa nak risau…
Warna pink keorenan. Ni warna kedua palat. Mula-mula jawab, aku rasa happy je, dalam hati berkata, ni boleh dapat A ni. Tiba part B atau soalan ke-3, hamik! Macam tak pernah belajo je soalan yang ditanya. Masa nilah mula gelabah berpeluh-peluh. Yang aku sedihnya, sampai soalan terakhir cam tu…. Nilah warna kertas chem tech aku sem ni. Tricky jugak sebenarnya. Kalau pandai cari maklumat dalam soalan, boleh la jawab. Masalahnya, aku cari tak jumpa.
Warna biru. Warna ni warna sederhana. Boleh senyum lega jugakla.. Tapi lebih kepada application. Dia takkan tanya direct. Dia akan pusing-pusing dulu kasi pening, lepas tu baru tanya. Terpulanglah pada penjawab soalan sama ada sempat habis study atau tak. Kalau tak, sesat sekalilah dengan soalan tu. (paper aku tadi warna ni, syukurlah aku tak sesat. Hihi)
Warna ungu. Agak mudah jugaklah. Oklah..senang jugaklah.. ada lah satu soalan yang cam pelik. Tapi boleh diatasi dengan fikiran rasioanal.
Warna hijau. Semesra warnanya, begitulah juga isi kandungannya. Soalan yang mudah seumpama makan kacang (huh..takaburnya..). Mudah di sini bermaksud, mudah kalau si penjawab soalan buat revision dengan menjawab past year paper, sebab kebanyakan soalan diulang dari soalan semester-semester sebelumnya. Kalau tak buat past year, payah gak la. Tapi kalau sempat habis study, no hal la.
Warna putih. Warna yang paling suci sekali. Nak jumpa warna ni memang payah, sebab ia sangat senang. Macam makan kacang yang telah siap dikopek dan ditumbuk sekali. Tinggal telan je. Tapi hati-hati, boleh tersedak jugak weh. Seingat akulah, aku pernah jumpa paper ni 2 kali je kot, masa diploma dulu. Walaubagaimanapun, (hamboi..ayat..) kategori ni tak termasuk untuk paper bahasa ketiga dan English. Paper bahasa ketiga dan English memang sudah dari azali warnanya putih, tak kira susah tahap gaban sekali pun. Sebab, jawapan kene tulis atas kertas soalan. Kalau kertas soalan warna-warni, payah pulak lecturer yang buta warna untuk merait-nya. (aku tak maksudkan sesape ye..)
Rasa-rasa aku, ini jelah warna yang ada. Kesimpulnya, kalau rajin study, tak kira warna apa, hatta hitam sekalipun kertas peperiksaan tu, tetap dapat dijawab dengan jayanya. Percayalah! Sekali lagi diingatkan, ini cuma pendapat aku saje..
*kertas peperiksaan dalam gambar ni bercampur-campur dengan semester lain.
18 comments:
kenapa tmpt aku stadi warna putih jer
pelik lah uni kau ni
hehe
tempat aku stady plak kalernya pekat-pekat, takde cair-cair mcm ni.
lagi satu, masa aku stady dip dulu, sumenye kaler pink. takde pung kaler ijo ceklat itam dan sebagainya.
agaknya, pemikiran orang atasan di setiap tmpt stady berbeza kan.
lagipun ada apa pada kaler kalau tak stady gak pun.
;p ;p
gua cadangkan lu buat koleksi peribadi semua kertas soalan tuh! amacam, bernas tak?
hihi..dgn slumber yer ko mencipta grade dgn kaler exam ppr ek..tp paper warna kuning mmg soalan mcm palat,sem ni aku dpt wrna kuning je..aku nak kaler lain..BONGOK PNYER KALER KUNING..hihi
@razaisyam.. bese r... uni tempat study nasir dan pjoe memang pelik..
@hana.. pemikiran org atasan kat tempat aku ni kiranya berwarna-warnilah ye..huhu..
@padelkopak.. wa dah buat pun..
@kasutkukalerhijau.. ha! semua paper ko warna kuning? palat-palat. berpegang pada prinsip: "kawe tokser repeat dah" =)
tempat aku belajar dulu satu kaler jer..
merah nak ke pink pink gitu..
sungguh comel sekali kertas soalannya..
rasa macam nak bakar jer!
suri:
gila agh
siap ada kaler plak uitm nih?
ku3
kat tempat aku putih ja.../
murah kowt
uitm xper
byk dana
@anasir.. bukan ke nasir belajar kt uitm?
@suri... huhuhu.. banyaklah sangat dananya.
aku suka warna jingga
takdak
sebab tu aku selalu moody jawab exam dulu
@pjoe.. akhirnya ko datang gak komen..=p
tmpt hana study seme kaler oren.ish.sakit mata r! =p
tempat aku warna putih je,suci:]
hee
i'll link u
boleh tak i gune pic2 paper exam u d blog i? kalo boleh....nanti i copy. xleh xpe la...hehe ;) harus mte kbenaran tuannya ;)
@andy...ok, copylah. i tak letak name uni pun. tapi bila u dah post. i nak baca k. ur profile i tak blh masuk r..huhu =) (x pahamlah pasal unable profile ni..he..)
uitm ade pink awaaa :)
uitm ade pink awaaa :)
Omggggg
Tapi lect aku cakap kaler kaler ni tak melambangkan apa2 pun, takde kena mengena dengan tahap kesukaran nak jawab whatsoever. Dia cakap yg print soalan ni staff biasa je jd mana la mreka tahu kalau soalan tu susah ke tak, mereka main letak je kaler kaler ni supaya senang nak batching. Pastu student sendiri yg buat assumption yg kaler ni susah ke senang (berkat dari crita dari senior2 yg memandai bak kata lect kitaorg)
Post a Comment