Saturday, April 12, 2008

adoi...


kemarin
36.5 darjah celcius
selubung tak buat satu kerja pun
semalam
batuk kuat
dapat ubat
hari ni
hilang suara
adoi la...

isnin,
last day lab report submission
selasa,
presentation, ujian 3 killer subject,
statistik rivision class..hu..
rabu
rivision class killer subject
sangat penting
khamis,
pulang....bakal tenang........
pas tu,
peperiksaan pun menjelmakan dirinya
study week xmacam study week
macam-macam..
untuk kawan-kawan
jaga kesihatan ye
yg nak exam
semoga berjaya ye..

Wednesday, April 9, 2008

walimatul urus

tak perlu mencari teman secantik Balqis
andai diri tak sehebat Sulaiman
mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaikha
tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim
andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup seperti Siti Khadijah
kalau diri tak sesempurna Rasulullah
bimbinglah dirinya
dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan
carilah kebaikan pada dirinya
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan tetaplah berdoa
agar dia terus menjadi milikmu



cinta
dapat mengubah debu menjadi emas
keruh menjadi bening
sakit menjadi sembuh
derita menjadi nikmat
dan kemarahan menjadi rahmat



(walimatul urus kham)
selamat pengantin baru kham;
lagu untukmu:

sampai_syurga.mp3 - Hosted on SaveFile.com

Sunday, April 6, 2008

Teman


Semalam aku ke sini, (tak jelas ye gambar ni??). Aku ke Pameran Buku Antarabangsa di PWTC. Banyak benda aku dapat semalam, bukan sekadar buku-buku, ilmu dan hiburan. Tapi juga nilai sebuah persahabatan. Al-kisahnya, aku pergi berdua, dengan seorang teman yg xberapa akrab, tapi kami berkongsi minat yg sama. Aku tinggalkan teman aku yg akrab. Dia ni lain, dia sentiasa mengigatkan aku perkara-perkara yg baik. Cuma kadang-kadang cara dia menegur kurang menyenangkan aku. Lain kawanku yg akrab tu, dia terlampau dependent, terlampau egois, terlampau manja kuching..hmm mungkin sebab kami terlampau akrab. Semalam kami pulang lewat, maghrib dah hampir terlepas. Kawanku yg xakrab nampak risau sesangat, sangat-sangat!!! aku tau dia serius. Aku bukan xrisau, cuma aku pikir kalau dah terlepas qada' ajelah..(huhu). Tapi dia lain, dia xnak qada', dia nak solat pada waktunya. Turun dari bas, terus dia tarik aku ke surau berdekatan. Kelam-kabut kami amik wudhuk dan terus solat. Selesai solat maghrib, xsampai beberapa minit, isya' pun masuk. Syukur, kami sempat solat. sebelum kami solat isya', sempat temanku yg xakrab tu membebel; "aku xsuka la sembahyang akhir waktu ni...". malu aku bila dia cakap macm tu, boleh aku fikir qada' je la.. apa punya umat la aku ni. kemudian kami berjemaah, solat isya' berimam. rasa sangat tenang.

tahu xberapa aku bersyukur menjadi temannya (walaupun xakrab)
dia memimpinku ke jalan yg benar
dia nasihati aku perkara yg kadang-kadang aku anggap mudah
dia membuat ruang fikiran aku menjadi lebih luas
walaupun dia xsehebat temanku yg akrab
xsecantik temanku yg akrab
dia ada kelebihan yg aku cari-cari dalam diri seorang teman
lebih indah dari temanku yg akrab
dia teman yg boleh diharap

teman itu penting, tanpa teman hidup jadi kosong
tapi kita harus bijak memilih teman
dan hargailah teman
hari ini aku masih bersama teman yg akrab
kerana kami tetap serasi
kadang-kadang aku tegur teman yg xakrab,
kerana dia aku kagumi

terima kasih kawan:
Dido_-_Thank_You.mp3 - Hosted on SaveFile.com
lagu ehsan dari suri

Tuesday, April 1, 2008

PRISON BREAK SEASON 3




Don't forget to catch Prison Break new season only on 8tv
More drama, more action, more suspend, more chaos, more riot..(kijam..kijam..)
For my lovely Michael, i love you lah..huhu.

bertemu...berpisah

Hari ni aku terserempak dgn dia lagi
Entah untuk ke-berapa kali
Situasi yg tetap sama
Dari jauh mata kami bertentangan
Bila semakin dekat, kami alih pandangan, menafikan keinginan utk bertentang mata,
Dia dah semester akhir, aku masih ada beberapa semester di sini,
Sudah lama aku kenal dia, sejak dari bangku sekolah
Waktu itu aku rasa bahagia, walaupun xpernah dilafazkan, kami selesa,
Sampai satu masa, kami xsebulu lagi,
Dia pun pindah…..(al-kisahnya…)
4 tahun kemudian, kami jumpa kembali, di satu IPT.
Aku nak tegur dia, tapi macam ada sesuatu yg menghalang
Ada ketika, dia seperti mahu menegurku juga, tapi xjadi..adoi….(frust aku)

Itulah jodoh dan pertemuan agaknya
Bertemu sudah, tapi jodoh tiada,
Mulut aku terkunci bila nampak dia, xsampai hati nak tegur dia,
Padahal aku relax je tegur schoolmate lain yg belajar di sini
Tapi bila nampak dia….kelu…
Dia, entah lah..ntah dia rasa apa yg aku rasa
Atau aku yg sengsorang syok sendiri, aku perempuan
Segan pula nak melamar dia..hahaha

Kini dia pun dah sem akhir, xde jodoh lah kami nampaknya
It’s ok, aku redha, walaupun sedikit pedih,
Tapi buat apa aku nak frust menonggeng utk org yg…..
Ah..biarlah..biarkan ia berlalu seperti angin yg menampar pipiku ini..
Jgn tampar kuat-kuat ye angin.....….

Lagu untuknya:
tangga-ajariaku_rahsiamu.mp3 - Hosted on SaveFile.com