Sunday, April 6, 2008

Teman


Semalam aku ke sini, (tak jelas ye gambar ni??). Aku ke Pameran Buku Antarabangsa di PWTC. Banyak benda aku dapat semalam, bukan sekadar buku-buku, ilmu dan hiburan. Tapi juga nilai sebuah persahabatan. Al-kisahnya, aku pergi berdua, dengan seorang teman yg xberapa akrab, tapi kami berkongsi minat yg sama. Aku tinggalkan teman aku yg akrab. Dia ni lain, dia sentiasa mengigatkan aku perkara-perkara yg baik. Cuma kadang-kadang cara dia menegur kurang menyenangkan aku. Lain kawanku yg akrab tu, dia terlampau dependent, terlampau egois, terlampau manja kuching..hmm mungkin sebab kami terlampau akrab. Semalam kami pulang lewat, maghrib dah hampir terlepas. Kawanku yg xakrab nampak risau sesangat, sangat-sangat!!! aku tau dia serius. Aku bukan xrisau, cuma aku pikir kalau dah terlepas qada' ajelah..(huhu). Tapi dia lain, dia xnak qada', dia nak solat pada waktunya. Turun dari bas, terus dia tarik aku ke surau berdekatan. Kelam-kabut kami amik wudhuk dan terus solat. Selesai solat maghrib, xsampai beberapa minit, isya' pun masuk. Syukur, kami sempat solat. sebelum kami solat isya', sempat temanku yg xakrab tu membebel; "aku xsuka la sembahyang akhir waktu ni...". malu aku bila dia cakap macm tu, boleh aku fikir qada' je la.. apa punya umat la aku ni. kemudian kami berjemaah, solat isya' berimam. rasa sangat tenang.

tahu xberapa aku bersyukur menjadi temannya (walaupun xakrab)
dia memimpinku ke jalan yg benar
dia nasihati aku perkara yg kadang-kadang aku anggap mudah
dia membuat ruang fikiran aku menjadi lebih luas
walaupun dia xsehebat temanku yg akrab
xsecantik temanku yg akrab
dia ada kelebihan yg aku cari-cari dalam diri seorang teman
lebih indah dari temanku yg akrab
dia teman yg boleh diharap

teman itu penting, tanpa teman hidup jadi kosong
tapi kita harus bijak memilih teman
dan hargailah teman
hari ini aku masih bersama teman yg akrab
kerana kami tetap serasi
kadang-kadang aku tegur teman yg xakrab,
kerana dia aku kagumi

terima kasih kawan:
Dido_-_Thank_You.mp3 - Hosted on SaveFile.com
lagu ehsan dari suri

4 comments:

fatin sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
fatin sulaiman said...

salam...ko tau satu benda sora...??? dekati lah kawan xrapat ko tu..kerana dia akan bawak ko ke satu jalan yg xmudah ko dapat dengan kawan rapat ko tu...aku bukan nak ko tggalkan kawan rapar ko,tp cuma dekati dia..mungkin banyak lagik yg dia boleh tnjukkan nanti...aku pown macm ko dulu..waktu sekolah je,kalau kuar jalan, smayg tu mcm xde..bila dah masuk kampus,ader kawan yg slalu ingtkan aku aku..n alhamdulillah, pas tu,aku dah boleh bawak kawan2 sekolah aku sama ikut...tenang sket bila dah solat...ketenangan tu ko akan rasa bila ko dah solat n wudhuk tu stil ader..bile ko dapat pelihara wudhuk tu smpai waktu seterusnya,ati ko akan rasa sgt tenang...setenang bulan kala malam ari,walau tanpa bulan...ko patut cuba...aku pown bukan bagus sgt,tp at least perkara paling asas, aku masih buat n ingat slalu...

ni link aku k...
gambateme.blogspot.com
aku dah add link ko...

Safuan 'suri' Nazri said...

suri :
baguslah...
kamu da hampir jumpa org y berupaya menegur kamu....
membimbing kamu,
aku tumpang gembira untuk kamu..
wawawawwa
so sweet......

bak kata fatin....
bukan tinggalkan kawan y
rapat,
tapi dekati y x rapat,
namun, jangan sampai kamu lupakan kawan y rapat...
jika itu berlaku,
kamu sudah merosakkan
kepercayaan dia.
dan "merosakkan kepercayaan
seorang insan adalah perkara paling jahat dan bodoh"
eleane seasons*grand*1996

pandai2 lah pilih kawan
kamu da besar kan?

dan sebut pasal
Ilahi.....

Maizatul Ekmalia said...
This comment has been removed by a blog administrator.