Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Monday, March 30, 2009

Afgan - Entah



ENTAH ni best juga.

semua ada di sini
ni bukan plagiat kan?

*aku nak memblog sepuas hati sebelum offline 2 bulan duduk rumah sampai berkulat.

sepatutnya aku taip ' aku akan belajar rajin-rajin sebelum bercuti 2 bulan duduk rumah sampai berkulat.'

Friday, August 8, 2008

blog

Huh…minggu yang betul-betul menguji kecerdasan mental dan kecergasan fizikal. Semester yang penuh dengan kerja. Dan tadi, kelas corrosion bertukar menjadi ceramah motivasi oleh Dr Kamal. Al-maklumlah.. timbalan naib canselor.. maka dia membasuh kami dengan jayanya. Dari isu-isu semasa sampai sejarah sampai pasal blog pun dia cerita. Dia pesan, jangan buang masa baca blog rubbish. Heh… aku rasa dia salah sikit dalam larangannya tu, tak semua rubbish is useless. Ada rubbish yang boleh kitar semula apa. Cuma kita sebagai reader, kenalah pandai menafsir dan berfikir. Yang baik kita ambil, dan yang buruk kita tinggalkan. Tapi aku tetap respect dia, karisma, keterampilan, kewibawaan dan kemachoan beliau semasa membasuh kami, sedikit sebanyak menyedarkan aku yang aku sudah mula lalai.
Blog ini, tetap menjadi kesayangan aku, sebab aku boleh luahkan macam-macam di sini. nak kutuk kawan aku bebas, nak luah rasa tak puas hati aku bebas, sebab, tak seorang pun kawan aku tahu aku ada blog. dan memang itu aku mahu. tapi apa yang di post, tetap ada batasan. fitrah dunia, hidup mesti berbatas, kalau tak kita hanyut sesat. namun masa, tak mengizinkan aku untuk sentiasa menulis di sini selalu.