Saturday, November 26, 2011

mula

Menjadi dewasa
dari serba serbi,
tubuh badan,
pertuturan,
percakapan,
tenaga,
tanggungjawab,
emosi,
segala segi yang lain.

Sediakah sekeping hati ini?
.
.
.
Ikut arah angin

Friday, October 14, 2011

Aliran hidupku selama 7 hari


5.05a.m mandi

5.45am ke komuter

7.00am ke RapidKL

8.00am punch in

kerja..lepak..makan...lepak...makan...lepakkkkk

5.00p.m punch out

5.32p.m ke RapidKL

6.35p.m ke komuter

8.00p.m sampai rumah

9.00p.m masak, makan

10.00p.m bumbum

keluar gelap, masuk gelap...
rumah tak berkemas
kucing kurus
suami tak berbelai
hanya untuk seciput wet sehari?

ok, i'm off
once again

.









Tuesday, September 27, 2011

menghampiri setengah tahun..


Parut di hati, siapa yang tahu

masa kecik2 dulu. memang lasak, naik basikal sana sini, redah semak, parit, kolam, denai-denai, kononnya adventure sangat la tu. habis badan berparut-parut disagat batu, lalang.

parut mula-mula aku dapat, sebab kene baling dengan cawan pecah. orang yang baling cawan tu, my mummy. sebab kene baling, aku mengelejang tak tentu pasal, mak aku pulak tensen masa tu. habis luka-luka kaki aku. mak aku buat tak tahu je. brutal betul kan...T_T

parut seterusnya, masa aku naik basikal kawan aku. basikal dia tinggi, kaki aku tak cecah pedal basikal pun masa ia kat bahagian bawah. tangan pon pendek, hujung-hujung jari je capai hendal basikal, bahagian break tak sampai. tapi tak sedar diri pendek, bawak basikal laju, sekali selamba je terjun dalam longkang. amik..tersagat lutut kat batu longkang tu. peritnya, teringat-ingat sampai sekarang. hush...

parut lain aku tak ingat sebab dia, tapi bila aku belek, macam sakit je penyebabnya.

parut yang kat hati, kalau aku nampak, mesti terkeju-at.. entah berapa banyak hanya tuhan yang tahu.

parut itu perit, tapi kenangannya kadang indah.



Sunday, September 11, 2011

rindu, rindu serindu rindunya


i miss the time i ran to class

i miss the time when i escaped my english so bored class using back door

i miss the time went to shopping mall while co- curriculum was held

i miss sleeping on my hostel bed

i miss stay back in the so cold library

i miss all the roads, corridors, class, parks, that i walked through during that 'no turning back time'

i miss the time searching love

i miss all the good and bad deeds i had done

i miss my student life...

Thursday, September 8, 2011

toksey gini...

manusia macam ni:

Bila tak kawen2 lagi, dikata tak laku. bila dah kawen, diselidik pulak berapa hantaran, laki kerje apa, aset apa laki kau ada. pendek kata, kene cari gak bahan untuk buat ayat menggunakan perkataan awalan: "eleh..dia tu bla bla bla." bluekkkk..

Bila dah kawen, 3 bulan kemudian, mula lah mencurah2 soalan, dah berisik lum? dah mengandung ke belum? dah ada ke? eh eh... ingat macam isik beras dalam ketupat ke..payah tau...apa kata sama2 kita tolong doakan agar kawan kita berisi dengan jayanya! (berisi baby tau, bukan berisi lomak)

Bila tak kerja lagi, "apa? tak kerja lagi? lamanye...tak susah ke hidup u..." susah woooo...tapi kiter tak demand, orang kamungla katakan, sambal belacan ulam pucuk ubi adalah makanan paling sodapp weh. it's finger lickin' good! gitu..
jadi, hidup saya adalah sederhana. titik.

Bila dah dapat temuduga, "gaji berapa dia nak kasi? sebab apa, kalau u nak tau, kalau pendapatan rm2000 dah kira miskin tau". oo ye ke. kalau macam tu i tungguuu je, sampai la dapat kerje gaji paling koman 5k, baru i terima, barula kaya berkelahak i nanti.


bila yang lain2, sendiri2 boleh fikir

kalau namanya manusia, memanglah begitu
tapi kalau boleh, simpan2la sikit soalan2 menyengat itu
tolong2 la bagi semangat pada manusia lain tu
kelak, untung mahupun pahala berbalik bergolek-golek kepada kamu

jgn macam tagline ni:

'tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi'

tapi kau jugak yg jual gossip sana sini. huh


Friday, August 12, 2011

a journey to go


4 months 1 week & 2 days

& we're still in love...

Tuesday, August 2, 2011

I don't like the way you live

Bukan mudah nak mencari paksi utuh supaya setiap kali berdiri tak akan runtuh,
Bukan mudah menangkis bisikan hati mengata orang itu kata begitu begini,
Bukan mudah nak puaskan hati semua orang,

Walau kadang kita sendiri kata 'tak pa tak pa, I love my life this way'
Ada orang lain pulak akan kata, ' I don't like the way you live'
Orang lain yang kata tu.. Tau ke tak tau?

Buat tak tau, buat tak tau
Penah oh.

Aku minta maaf
Hampakan orang lain...

Friday, July 29, 2011

The meaning of forgiveness

Forgiveness:

Giving up the hope, that the past could be any different

(from Oprah Winfrey Show)

T_T....

Wednesday, June 29, 2011

Petang yang seperti selalu. Hari ini, aku menghadap langit melihat matahari terbenam, perlahan-lahan. Baru beberapa jam berlalu, tapi sudah rindu.

aku takde motif..

Rasa macam nak berundur, nak mengalah, nak buat tak tahu.
Penat menjadi hunter, apa langkah lagi yang aku nak ambil.
Aku yang hilang..

Kejap-kejap datang
kejap-kejap hilang

Selalunya hilang...

Nasib baik ada cinta
pada Dia & dia

Friday, May 20, 2011

anugerah abadi yang takkan datang lagi

yang dipeluk erat,
jangan direnggang-renggang,

yang dikucup-kucup,
jangan diludah,

yang diraup wajahnya,
jangan disimbah air

yang dipimpin tangannya,
jangan dilepas,

yang sayang,
terus disayang

yang dicinta
terus dicinta

anugerah Allah itu, sentiasa dihargai
baik buruk sesuatu, ujian yang pasti, menguatkan rasa syukur,
atas anugerah yang diberi

kita gembira
dan harus lebih gembira
tetap jadi hunter, isteri, kakak & anak mami abi

sekelilingku
adalah anugerah itu...

Sunday, May 15, 2011

enggak sampai aku di terusan suez, jika enggah penuh ilmu di dada (terbalik-terbalik susunan ayat)

Me..mengantuk..tapi teringin nak mengepost sepam post. err...

malam sunyi ini, lakiku kerja malam, i'm alone and lonely. sedang mengakses internet untuk cari kerja kosong. haish..payah betul nak temu. semua dah sign up; jobsmalaysia, jobstreet, jenjobs,allyhunt, monster, dinosor, tp belum jodoh lagi. ada satu dua kerja, jauh dari suami pulak. tak buleh jugak, sebab tempat isteri adalah di sisi suami...kan

kadang-kadang rasa macam tak buleh tahan jugak. mungkin ini dugaan aku. kata lakiku,
"sabar le, ini dugaan allah untuk kite, mungkin lambat dapat kerja, tapi dapat yg lebih baik, mane tahu.."ngaaa...aku merungut sebab sesekali rasa tak kuat.hish...

buat masa sekarang, boleh kategorikan aku sebagai desperate housewives,ehehe..yg aku desperate kan..korje la pe lagi..

tapi, bagus jugak. sekaranglah masa aku belajar ilmu rumah tangga. boleh baca buku 'Cakar Harimau' dan 'amalan ibu mengandung' dari ustzh siti nor bahyah yg memang sangat2 beguna. aku ada jugak nampak satu buku kat atas rak tv rumah laki aku tajuk 'don't be sad', ni akan jadi bahan jugak ni. tp mungkin lambat ler nak abes, sebab dalam english..heheh..sebab aku kene banyak rujuk pada kamus bahasa inggeris-bahasa melayu. makan masa tu tau..hmmm

bab masak memasak pun aku tengah belajar, oleh kerana xde guru, belajar le sendiri. hehe. sambil rujuk blog2 yg ada resipi macam blog ni. antara menu yang aku dah cube dalam sebulan jadi isteri ni adalah seperti berikut:

1)ayam masak merah
2)telur masak belada
3)ikan kembong/pelaling masak belada (aku baru tau ikan pelaling tu nama lain ikan kembong..ahaha. kuno aeh..)
4)sambal tempoyak
5)masak lemak tempoyak udang
6)sambal kicap goreng
7)pedal masak pedas cili api tebaboo
8)ayam black pepper
9)masak sayur air
10)sop sayur
11)sambal goreng ikan bilis
12)sambal tahun kerang
dll seperti telor dadar..ehehe. semua di atas adalah masakan yg simple jew, tp kalau tak pandai masak sedapnye tak ade di situ..yang aku buat, ada yg jadi, ada yg tak jadi..maaaakan je la bang ye..

kebanyakan lauk aku masak adalah sambal dan sayur air.
ya...sebab lakiku org jawa minang,aku pulak org jawa melayu, selero den ngan dio memang seghupo...

senang la nak kautim. =)

mengantuk dah...






Wednesday, April 27, 2011

modest

sekarang BBST sedang dilanda hujan. tak terlalu deras, tak terlalu renyai. sedang-sedang. ya, aku di BBST dan hidupku sedang-sedang sahaja. Alhamdulillah, bahagia.

orang kata jangan terlampau suka, kelak berduka. tapi apa salahnya, meraikan hari-hari yang indah, mestilah bahagia. saja-saja berkongsi rasa, mana-mana yang tak sudi buat tak tau saje le.. bahagia aku bukan mengganggu hidup kau pun.

3hb42011 yg lepas, sahla aku bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang jodohnya adalah aku. majlis yang serba sederhana masih meriah dalam ingatan aku. rasa macam nak sanding lagi je. hehe. tak sabar aku nak tengok gambar mak abah bersanding atas pelamin biruku dan awal. o ye, nama lakiku, awal. kekaseh awal & akhirku.ehek..

dannnn sekarang, aku tengah jadi hunter.

hup hup n away!

Saturday, March 19, 2011

weeeee~~~~~

This is the transition of my life
from nothing to something
from girl to woman
from ugly to beauty

I am nervous in impatient
looking forward for it
but at the same time, afraid
afraid to go through it


cepat la masa berlalu..........

Saturday, February 26, 2011

Resakse vs Ultramen

Hari ni, adalah hari aku menjadi resakse....
Tapi tak berape besar. Ultraman tetap unggul.

Bukan mudah nak buat keputusan gila ni. Mempertaruhkan masa depan & kewangan sendiri. Paling aku rasa terkilan, terpaksa menghampakan mamu. Dia kata tak pe, tapi dalam hatinya, aku tau ada taman..maksudku, dia hampa. Sebab aku hampeh.

Aku gembira di sini. tapi aku tak kuat macam ultraman tu. Dia bagus, bijak, kuat, hebat. Aku kagum dengan kebijaksanaannya. Dan aku rasa aku tak cukup hebat berada di sampingnya. Bagi aku, ini yang terbaik buat kami. Biarla aku mengundur diri. Bagi ruang pada orang yang lebih baik yang dapat memenuhi kemahuannya.

Aku?
Aku akan teruskan perjuanganku sebagai resakse untuk menawan planet yang lain.
Sekurang-kurangnya aku sudah ada pengalaman lawan ngan ultramen.

ko ade?
takdede...=p


Tuesday, February 22, 2011

Siapa sangka weh..

Setiap perkara yang berlaku pada kita, selalunya tidak dapat dijangka. Hari ini, mungkin kita sendiri, tiba-tiba, esok kita sudah berteman. Hari ini mungkin kita sepi, tiba-tiba, semua jadi riang. Dan kerana itu kita tak patut cepat putus asa. Kerana mungkin hari ini kita rugi, tapi esok siapa tahu, kitalah orang yang paling untung sekali. Semua Allah punya kuasa.

Masa kecil dulu, setiap pagi menanti van uncle nak pergi sekolah. Berhimpit dalam van sambil dengar lagu; "mukappelaaaa...mukappelaaa...lela...ooo..lela". Dan pagi semalam, dengar kembali lagu 10 tahun dulu dari radio rakan sekerja. Pagi ni pulak, sorang exec malay yang hensem menyanyi lagu yang sama. Lagi menambah kejutan buat aku. Rupa-rupanya, bukan aku sorang je tau lagu tu. Siapa sangka..

Dulu sendiri menempuh hari-hari berlalu. Kasih ibu tak sama dengan kasih kekasih. Kasih Allah kasih yang paling agung, kasih ibu membawa ke syurga, kasih kekasih bahagia abadi. Selalu rasa kosong & sepi. Alhamdulillah, kini telah terisi. Walau badai & dugaan yang mendatang kadang kala begitu menguji kesabaran dan kekuatan kasih ini, aku amat berharap agar ia menjadi kasih yang abadi. Cinta yang dikurniakan tuhan. Semoga penuh dengan keberkatan.

Demi untuk kebahagian semua, kita harus lepaskan rasa curiga, dengki, cemburu. Walau tak bisa secara tiba-tiba, perlahan-lahan pun tak mengapa. Bukan semua orang boleh menerima sesuatu dengan selamber...

Lapangkan jiwa,

Tenangkan hati,

Siapa sangka

Ada hikmah terselindung di balik tiap perkara