Friday, August 22, 2008

kawan-kawan

Ahh.....alangkah bestnyer cuti...... Sempat jugak jumpa kawan-kawan aku yang macam murai tapi sporting tu..hehe...Tapi jumpa tak lama pun. Lepas makan kat restoran tak ingat nama tu, si Wan pun balik nak pergi berurut. Tinggallah aku dengan si kasutkukalerhijau. Walaupun berdua, seronok juga sembang kat buaian depan rumah aku tu. Cerita punya cerita, ngumpat punya ngumpat, kasutkukalerhijau cerita pasal blog. Dia buat blog rupanya... maka aku pun mengambil alamat blognya untuk diletakkan dalam senarai kekawan yang menawan aku. Pas tu aku kasi alamat blog aku kat dia. Sebenarnya aku agak berat hati, yelah..susahlah aku nak kutuk member kat blog lepas ni sebab kasutkukalerhijau kenal aku. Bukan sahaja aku, malah rumah aku pun dia kenal.. Tak boleh p mana dah la... Tapi aku tahu kasutkukalerhijau seorang yang amat baek, berbudi pekerti, memahami dan best sekali. Maka aku tak ragu akan dia. Jadi aku pun kasi alamat blog aku dengan pesanan jangan gelakkan blog aku sudahhhh..huhu.. Kasutkukalerhijau ada syorkan satu blog untuk aku baca sebab dia kata blog tu best sesangat.. Aku pun p la lawat blog kahuna tu..memang best dan kelako giler.... oleh kerana tertariknya aku akan blog itu, maka aku pun add dalam kekawan yang menawan aku.huhu.. Semua blog dalam kekawan ku yang menawan memang bestlah...(^^,)

Tadi aku tumpang Wan balik Shah Alam. Seronok jugak balik dengan dia. Aku nak kasi duit minyak dia kata tak payah. Susah-susah jer katenye... Aku pun lega..Selamat duit aku.... Tapi rasa tak sedap hati pulak.. So, aku ajak la dia p koperasi untuk belanje dia air. Tapi, bukan sahaja air, malah pelbagai jenis keropok turut diambilnya.. Sampai abang Koop pun tegur; "banyak borong ni..." hehe.. Hasilnya..lebih banyak daripada duit minyak.. huhu...aku bukannya kedekut atau kemut...cuma aku kelakar mengingatkan keletah si Wan tu..hihi.

antara keropok berjenama yang kawanku pilih..

Kawan..
golongan yang pelik,
kadang-kadang buat aku bengang,
kadang-kadang buat aku suka,
yang pasti,
korang memang bessssttttt....

Wednesday, August 13, 2008

UiTM di hatiku


Pelajar UiTM berarak protes - Serah memorandum bantah keras cadangan Menteri Besar Selangor

Oleh AZIAN AZIZ


LEBIH daripada 5,000 pelajar UiTM mengadakan perarakan aman ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, semalam bagi menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor. – Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.

Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Sebaik tiba di luar pagar utama bangunan SUK yang menempatkan pejabat Abdul Khalid, mereka berdemonstrasi selama sejam.

Di samping menyanyikan lagu rasmi UiTM, mereka turut mengangkat sepanduk, antaranya bertulis ‘Jangan rampas hak kami’ dan ‘Selamatkan UiTM’.

Perhimpunan itu berakhir selepas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris yang mengetuai perhimpunan menyerahkan memorandum tujuh muka surat kepada pegawai SUK, Hasril Abu Hassan untuk disampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

Luqmannulhakim ketika ditemui pemberita berkata, kandungan memorandum itu merakamkan rasa kesal para pelajar UiTM terhadap cadangan Menteri Besar kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu.

Menurut beliau, memorandum tersebut turut menyatakan wujud unsur politik dalam cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Khalid.

Para pelajar UiTM meminta kerajaan negeri tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum.

“Janganlah dipolitikkan UiTM kerana penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka,” katanya.

Luqmannulhakim menambah: “Insya-Allah kami akan buat susulan bantahan fasa kedua dan ketiga. Kami akan memohon sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya baginda menitahkan soal pengambilan pelajar UiTM tidak dibincangkan lagi.”

Ahad lalu, Abdul Khalid mencadangkan agar 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajarnya.

Sementara itu, seorang penuntut UiTM, Sheikh El-Ash Shaff Shaik Daud, 22, melahirkan kebimbangan sekiranya cadangan tersebut diteruskan, nasib UiTM akan menjadi seperti universiti-universiti lain.

“Mula-mula diminta kemasukan 10 peratus tetapi lama-kelamaan kadar itu dipertingkatkan. Akhirnya golongan bumiputera lenyap dan tertindas di universiti sendiri,” ujarnya.

Bagi Khairul Ashraf, 19, pula, UiTM perlu mengekalkan dasar penubuhannya untuk bumiputera agar lebih ramai anak Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

“Bukan kami takut saingan kaum bukan bumiputera, namun penubuhan UiTM sendiri mempunyai matlamat tersendiri untuk menunjukkan pembangunan intelektual bumiputera selain meningkatkan daya ekonomi bangsa kita,” ujarnya.

sumber: utusan malaysia on-line (13 ogos 2008)



komen aku:

Sudah lama isu pembukaan untuk bukan bumi masuk uitm ni dicadangkan. Akhirnya semua orang dah tahu. Bak kata pensyarah aku, uitm ini memang sepatutnya menghalang kemasukan pelajar non-bumi kerana memang tujuan uitm itu ditubuhkan untuk membantu golongan bumiputera. Dahulukala, sewaktu kita diperintah oleh kuasa asing, mereka membawa rakyat asing masuk ke Tanah Melayu dan menempatkan mereka di ladang-ladang, lombong-lombong, menjadi peniaga, peladang. Kita Melayu, dibiarkan di kampung-kampung. Dan bila British berhenti memerintah, mereka meninggalkan lombong-lombong, ladang-ladang tadi kepada bangsa non-bumi. Impaknya, sehingga sekarang, bangsa non-bumi menjadi orang terkaya di Malaysia. Dan Melayu hidup sederhana sahaja. Dan kerajaan kita sangat baik hati, memperuntukkan banyak perkara untuk non-bumi, sedangkan kalau kita duduk di negara barat sana, mereka menafikan sama sekali hak orang non-bumi. Tapi kita, rakyat timur, amatlah bersopan baik hati dan mengambil berat sesama kita. Dan inilah sifat terpuji kita.
Cuba kita lihat banglo-banglo besar yang ada di Malaysia ini, majoritinya hak non-bumi. Kedai-kedai di kampung aku tu, yang menjadi hak milik orang Melayu, boleh dikira dengan jari. Shopping-shopping complex ternama di malaysia ini, pengunjungnya banyak non-bumi (maknanya mereka banyak duit..). Kita sudah cukup berkrompomi, bertolak ansur, dan baik hati. Dan takkan yang satu ini, UITM di hatiku ini, nak diberi kepada non-bumi juga??? Biarlah aku bersesak setiap hari ke kelas, biarlah kadangkala kami tak cukup kerusi di dalam kelas, tapi demi memastikan bumiputera tidak ketinggalan di tanah sendiri, aku rela.
Kepada non-bumi, sesungguhnya anda amat bertuah hidup di bumi Malaysia yang makmur ini. Anda tetap kami hormati, anda tetap sebahagian dari kami, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan makmur. Biarkanlah uitm ini, menjadi kebanggaan kami. Menjadi hak mutlak kami. Kami di sini pun bukan nya selesa amat, kami berusaha keras untuk terus berada di sini. Sama macam di universiti lain.
Kepada bumiputera, sama-samalah kita bangkit memajukan diri sendiri. Kalau bukan diri kita sendiri yang berusaha, kita tak kan ke mana..

Sunday, August 10, 2008

Life

"i can fly
but I want his wings
i can shine even in the darkness
but I crave the light that he brings
revel in the songs that he sings
my angel gabriel..."


life getting harder for many of us
we just don't know the right way to expressed it
so, people only smile,
pretending to be happy
even they hurt inside.

"If I laugh
Then you laugh
And if you laugh
Then someone will laugh too

Like blue clears up the sky
Wish all the sadness would be dissapeared and gone"

Friday, August 8, 2008

GHOST


disiniku menanti,
aku menanti

dalam tidurku,
ku terjaga,
dan terasa sunyi,
kedinginan,
semata-mata menyelubungi,

masih jua,
disiniku menanti,

masih jua,
aku menanti,

masih jua,
aku menanti,

masih jua,
aku menantiii...

(lirik lagu tema GHOST)



GHOST…
sebuah drama series di 8tv yang dah tamat tayangannya. tapi baru sekarang aku dapat tonton semua episod. rasa sangat puas hati. walaupun dah terlambat sangat. bagi aku cerita ni digarap dengan begitu baik sekali. dan ini drama terbitan produksi malaysia. memang best. semoga ada lebih banyak cerita kreatif macam GHOST.