Ahh.....alangkah bestnyer cuti...... Sempat jugak jumpa kawan-kawan aku yang macam murai tapi sporting tu..hehe...Tapi jumpa tak lama pun. Lepas makan kat restoran tak ingat nama tu, si Wan pun balik nak pergi berurut. Tinggallah aku dengan si kasutkukalerhijau. Walaupun berdua, seronok juga sembang kat buaian depan rumah aku tu. Cerita punya cerita, ngumpat punya ngumpat, kasutkukalerhijau cerita pasal blog. Dia buat blog rupanya... maka aku pun mengambil alamat blognya untuk diletakkan dalam senarai kekawan yang menawan aku. Pas tu aku kasi alamat blog aku kat dia. Sebenarnya aku agak berat hati, yelah..susahlah aku nak kutuk member kat blog lepas ni sebab kasutkukalerhijau kenal aku. Bukan sahaja aku, malah rumah aku pun dia kenal.. Tak boleh p mana dah la... Tapi aku tahu kasutkukalerhijau seorang yang amat baek, berbudi pekerti, memahami dan best sekali. Maka aku tak ragu akan dia. Jadi aku pun kasi alamat blog aku dengan pesanan jangan gelakkan blog aku sudahhhh..huhu.. Kasutkukalerhijau ada syorkan satu blog untuk aku baca sebab dia kata blog tu best sesangat.. Aku pun p la lawat blog kahuna tu..memang best dan kelako giler.... oleh kerana tertariknya aku akan blog itu, maka aku pun add dalam kekawan yang menawan aku.huhu.. Semua blog dalam kekawan ku yang menawan memang bestlah...(^^,)
Tadi aku tumpang Wan balik Shah Alam. Seronok jugak balik dengan dia. Aku nak kasi duit minyak dia kata tak payah. Susah-susah jer katenye... Aku pun lega..Selamat duit aku.... Tapi rasa tak sedap hati pulak.. So, aku ajak la dia p koperasi untuk belanje dia air. Tapi, bukan sahaja air, malah pelbagai jenis keropok turut diambilnya.. Sampai abang Koop pun tegur; "banyak borong ni..." hehe.. Hasilnya..lebih banyak daripada duit minyak.. huhu...aku bukannya kedekut atau kemut...cuma aku kelakar mengingatkan keletah si Wan tu..hihi.
antara keropok berjenama yang kawanku pilih..
Kawan..
golongan yang pelik,
kadang-kadang buat aku bengang,
kadang-kadang buat aku suka,
yang pasti,
korang memang bessssttttt....
1 comment:
best ayat ko yg last skali..puitis beb..haha
aku dah mule rindu kt ko ngn wan..raya nti je ley kt jmpa,sedih..
Post a Comment