Kata orang kalau kita sakit tu penghapus dosa
Kalau betol gitu, banyak la dosaku rasanye kerana selalu sakit2 je tubuh ini
2bulan lepas telinga kiri aku sakit bebeno. Lagi2 bila bedenyut.
Aku takot kene cancer otak je sebab kata google, kalau infection biasa xsakit mana pun.
Ini sampai xlalu makan dibuatnye. Pegi klinik biase xbaik, makin sakit ada. Lalu dengan bantuan google lagi aku temui klinik pakar ENT dr rejab esa kat sg chua kajang.
Dengan gps peranti android dan seorang suami yang memahami, kami p cari klinik tu. Sirius aku xsangka kajang dah macam klang pembangunannya, jem macam KL, sampai signboard sg chua pun xnampak dek tempelan kertas2 iklan along. Setelah puas pusing2, akhirnya sampai kt klinik esa tu. Tepi jalan je tapi xjelas sebab dah banyak sgt bangunan da keliru.
Lepas 2, 3 orang baru dapat masuk. Dr. esa in da house. Lembut je orangnye. Dia masukkan camera kecik dalam telinga aku. Amik kau, terlihat la kulat putih hampir menutupi lubang tlinga aku. Patotla pekak sebelah. Pas tu dia tunjuk lubang kecil pada gegendang telinga aku, sebab tu la aku rase sakit. Kalau jangkitan kulat biasa tak sakit. Ada luka tt yg sakit.
Dr Esa pun korek la semua kulat. Rasenye ngilu2 gitu.Bila da siap dia masukkn camere semula untuk tengok kulat ada lagi tak. Nampak da clear semua aku pun dbenarkn keluar amik ubat. Dapat ubat titik dan antibiotik. Charge RM 148. Bagi aku ok la sebab aku jangka RM200. Alhamdulillah..lepas 2 minggu aku bebas dari kulat.
Thanks Dr. Esa Rejab.
Thanks Allah, beri masa untuk menginsafi dosa-dosaku :)
1 comment:
Dia tak cuci telinga ke ? Bg ubat je ehh ?
Post a Comment