Monday, May 5, 2014

baby ku kene ulser..what to do what to do

Minggu lepas, muhamad shafiq kene ulser kat tekak. Memula, suspek kene virus kuku kaki dan mulut. Alhmdulillah doc. cek kate dia kene ulser je. Xda tanda lepuh merah kat kaki & tangan dia. Tapi ulser tu teruk gak. Sampai shafiq xnk breastfeed, nk minum, makan, telan air liur pun payah. Malam pun kalau dia bangun xdapat nk susu, dia punye nanges xingat dunia. sampai aku bawak lari p umah mak, gabra punye pasal. 

Sepanjang dia sakit tekak tu, aku bagi susu kotak dutch lady yang sejuk je. Itu pun dia kemam dulu dalam mulut sebelum telan sikit2. malam first & second ulser dia merengat tu memang aku xdapat tdo. Doc. bagi antibiotik. Makan 2 hari alhamdulillah terus baik. Tapi memang ngeri aku tengok ulsernye bukan yg selumpang aku selalu kene tu, dia berbintik bintik. Banyak pulak tu. sedih tengok.

Petua aku buat untuk kurangkan sakit ulser babyku:
 1. Bagi susu kotak disedut dengan straw, pastikan sejuk tapi jangan la sejuk sangat. Dingin dingin fridge gitu. Susu botol @ breastfeed memang dia xnak sebab dia xmampu menghisap.
2. Beri air masak sejuk. Semua kene sejuk, kalau panas @ suam makin sakit ulser dia. Kalau dia xmau minum, kene guna syringe. Dapat 10ml setiap jam jadila dari xminum langsung.
3. Lap badan baby dengan tuala basah, setiap jam @ 2jam. Standby 1 tuala kecil basah, bila dia tidur, letak kat bahagian tekak baby untuk sejukkan bahagian tu. Jangan biar lama pulak, basahkan la kain tu setiap 15 mini ke, kemudian letak balik kat tekak dia.
4. Mandikan baby, aku buat paling koman 3 kali, untuk sejukkn badan dia.
5. Makan antibiotik sampai habis
6. Bersabor..time baby sakit ni macam2 kerenah dia buat. Janganla marah dia. Lagi dia tensen, lagi perit ulser dia. Kalo bancuh susu tu jangan la panas sangat.

Aku suspek taska bagi susu botol agak panas kt shafiq, tu yg luka tekak dia. Sebab ulser dia lain macam. Bebintik-bintik macam direnjis air panas. Sian anak ibu... :'(. Semoga Allah memberi kesihatan kepada shafiq..luv u..:)

Sunday, April 6, 2014

happy third wedding anniversary to siti shawal...

3.4.14
ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3,
alhamdulillah...
semoga perkahwinan ini terus dirahmati, dilindungi Allah..

i love u my hubby..
even sometimes we mad each other,
it just tighten our relationship.
hope for more years to count with happiness..
and beautiful children..




Thursday, March 13, 2014

Tips temuduga chemist ikut suka hati I..

Apa penemuduga akan tanya jika ko p temuduga chemist?

First. Dia akan suh kite kenalkan diri. Perkenalkan nama ko, asal, pendidikan, pengalaman kerja, tekankan pengalaman kerja sebagai chemist. Beritahu dia job description d tempat lame. Jgn plak cerita makanan kegemaran, adik beradik berape, mak ayah kerje ape bagai~ xpayah.. kecuali dia selalu akan tanye dah kawen ke belum, kalau dah kawen berape anak, sebab dia nak tau adakah komitmen keluarga kite akan mengganggu kojo kito.

Second, dia mesti akan tanye lab skill kita. Kalau untuk chemist lab, mesti dia tanye cam ne nk buat test viscosity, water content, etc. Kalau dah pernah ada pengalaman kerje chemist compom dia tanye lab testing yg pernah kite buat. Pelbagaikn lab skill ko, walaupun dulu bukan ko yg buat testing tp lab teknisen ko. Kalau fresh grad, citer je prosedur2 kerje dalam projek ko. Dia nk tau kemahiran yg ko ade. Balun je. Kalau xtau jgn ckp xtau, ckp je 'da xberape ingat la encik...tp saye pernah buat..' Tp jgnla
manjang je lupe..itu da tahap nyanyuk memang xblh pakai..huhu

 Third, bila dah puas tanye ko, dia akan cerita pasal company dia, apa dia buat, ciri2 chemist yg dia mahukan. Ketika dia btau ciri2 chemist yg dia mahukan, dia akan sebut skill2 yg dia perlu. Time ni kalo ko ingat teknik2 yg dia sebut, mencelah je. Ada org mesti xstuju. Tp bg aku perlu sb dia mungkin xtau yg ko tau bende yg dia sebut tu. Tp jgn ar kurang ajor. Kene interupt dgn cara berhemah. Contoh dia ckp "d sini kami juga menjalankan ujian tensile pada produk kami". Ko pun cakapla, "maaf puan kalau dapat saye beritahu, saye juge pernah melihat dan melakukan ujian ini mengikut standart ASTM & EN". Ha...nampakla mcm tau. Tp jgn pulak tiap kali org tu bercakap nk sailang. Memang selamatt xdpt keje la. Huhu..

Fourth, penemuduga akan cerita brapa hari company dia cuti, apa faedah2 jika bekerja dgn company dia, mane klinik panel, bla bla bla..kalo dia sampai ke peringkat ni, insyaAllah ada harapann untuk ko dapat kerje tu. Maksudnye dia da berkenan dgn ko, cuma dia akan duk bincang ngan bos dia untuk pilih dalam beberapa orang yg dia dah temuduga tu termasuk ko. Doa la banyak. Banyakkan sedekah, insyaAllah rezeki kita murah..aminn...

Wednesday, March 5, 2014

Sakit itu penghapus dosa?

Kata orang kalau kita sakit tu penghapus dosa
Kalau betol gitu, banyak la dosaku rasanye kerana selalu sakit2 je tubuh ini
2bulan lepas telinga kiri aku sakit bebeno. Lagi2 bila bedenyut. Aku takot kene cancer otak je sebab kata google, kalau infection biasa xsakit mana pun. Ini sampai xlalu makan dibuatnye. Pegi klinik biase xbaik, makin sakit ada. Lalu dengan bantuan google lagi aku temui klinik pakar ENT dr rejab esa kat sg chua kajang.


Dengan gps peranti android dan seorang suami yang memahami, kami p cari klinik tu. Sirius aku xsangka kajang dah macam klang pembangunannya, jem macam KL, sampai signboard sg chua pun xnampak dek tempelan kertas2 iklan along. Setelah puas pusing2, akhirnya sampai kt klinik esa tu. Tepi jalan je tapi xjelas sebab dah banyak sgt bangunan da keliru.

Lepas 2, 3 orang baru dapat masuk. Dr. esa in da house. Lembut je orangnye. Dia masukkan camera kecik dalam telinga aku. Amik kau, terlihat la kulat putih hampir menutupi lubang tlinga aku. Patotla pekak sebelah. Pas tu dia tunjuk lubang kecil pada gegendang telinga aku, sebab tu la aku rase sakit. Kalau jangkitan kulat biasa tak sakit. Ada luka tt yg sakit.

Dr Esa pun korek la semua kulat. Rasenye ngilu2 gitu.Bila da siap dia masukkn camere semula untuk tengok kulat ada lagi tak. Nampak da clear semua aku pun dbenarkn keluar amik ubat. Dapat ubat titik dan antibiotik. Charge RM 148. Bagi aku ok la sebab aku jangka RM200. Alhamdulillah..lepas 2 minggu aku bebas dari kulat.

Thanks Dr. Esa Rejab.
Thanks Allah, beri masa untuk menginsafi dosa-dosaku :)

Wednesday, February 5, 2014

don't play play ae..

Aku sedang cuba jadi baik
Baik yang memuaskan hati orang
Orang yang menuntut aku menjadi baik Sebaik yang mereka harapkan
Tapi, dalam proses itu
Aku sendiri sakit
Jadi, aku sangat berharap
Agar aku tidak sampai ke garisan sempadan kesabaranku
Kerana jika aku dah sampai situ
Misi aku untuk memuaskan hati korang semua akan hancur

Seperti aku selalu kata;
Aku mungkin rindu masa lalu
Tapi aku tak kan pernah mahu ulang waktu itu