Wednesday, September 30, 2009

Letih

kalau ada anak, dah masuk pra-sekolah budak tu
kalau tanam pokok durian, dah keluar buah pada musimnya
kalau dah kawin, dah nak masuk anak ketiga mungkin
kalau sudah bergaji, dah boleh beli kereta power2 gamaknya

macam tu punya lama bertapa untuk dapatkan ilmu kat sini
sangat-sangat aku hargai peluang yang ada.
tapi..
aku dah penat sesangat
tulang belakang dah sakit-sakit
rambut mula berguguran
otak berat ke kiri
perut dah mula buncit
angin dah satu badan
kepala asyik pusing
tampal koyok selebar kalkulator saintifik aku tu pun dah tak lut

bukan aku tak cuba fokus
tapi mata cepat je ngantuk
setan-setan ni memang tak jemu pakaikan celak
dicelak sampai lebam, lalu tidur je kejenye...

tak nak la macam ni..
aku nak stadi betul-betul
sem akhir dah ni...

dan tadi
kolejku bergoyang lagi

Nauzubillah...
semoga Allah mengampuni dosa-dosa seluruh umat Islam
termasuklah aku, yang sangat hina dan lemah ini
amin...

Sunday, September 27, 2009

Nak Raya Lagi dan Lagi dan Lagi!!


Apa yang aku buat raya-raya ini tahun?


Menjaga tompok seadanya. Dia dah jadi yatim piatu, tasya dah takde ='(

Nengok tv la apa lagi. Cerita semua best-best. Paling suka cerita 'Memori Idola'. Tengok A to Z, Elite dengan Indigo yang masih mantap-mantap lagi masa nyanyi. Teringat zaman sekolah dolu-dolu, kayuh basikal p sekolah sambil nyanyi "itik gembo-gembo, aye kedek-kedek bilo tembok". hihihi


Main bunga api yang dah pendek dan cepat mati, serta bakar mercun yang bunyi kentut lagi kuat


Pergi beraya (hofkos). Nampak itu air sirap, bukti sahih sedang beraya. hihi



Singgah melawat kebun pesaka. (boleh pulak...huhu)



Merayap ke petaling street ngan bonzer-bonzer



Pergi zoo, raba keldai ;)


Mengedik-gedik bersama sedaure-mare




Baca kad raya spesel ni banyyyak-banyakkkk kali (^_^#)

Aku perlukan lebih sepupu sepapat perempuan!!!! Deme semua laki, nak bergosip pun tak best.

Keseluruhannya, raya tahun ni memang bessssttttttt!!!!!!!!!! Alhamdulillah...=)

Tapi ada sorang kawan tu merajuk la pulak..huhuhu

Sunday, September 13, 2009

Menyampah geli-geli tapi itu yang semua cari (mengaku sajela)


apa dia yang annoying tapi comel?

Prinsip tu apa? pada pandangan aku, prinsip itu adalah sesuatu yang kita pegang kuat dan akan buat betul-betul punya tak de main-main. Macam kalau kita langgar prinsip tu, kita hampeh la. Cakap tak serupa bikin.

Aku tak letak prinsip pada semua tindakan dalam hidup aku. tapi aku ada satu prinsip terbesar dan terpanjang yang memang aku pegang dan setakat ni memang aku buat. InsyaAllah. takdenye nak riak-riak. siapalah aku, hina dan selalu melakukan dosa.

Prinsip terbesar dan terpanjang itu adalah:
kalau aku senang dengan sesuatu tu, aku akan cuba jaga dan kekalkan sehabis baik. sampai aku boleh lupakan ego, rendahkan tahap malu-malu kucing aku dan buat tak tahu dengan kata cerca daripada orang-orang yang macam tuttttt... tapi jangan ingat aku lemah sangat... kalau aku dah penat melupakan ego, jadi tak malu dan tahan cerca, aku boleh saja diamkan diri daripada berhubung dengan 'benda yang aku senangi' tu. walaupun dalam hati tak pernah lupa pada 'benda yang aku senangi' tu.

ish...ntah apa-apa. meh la aku pendekkan cerita sikit:
kalau aku dah menyampah boleh je aku lupakan kamu walaupun ada sakit-sakit sikit.

sebab tu kadang-kadang aku geli ngan benda geli-geli ni.


*roommate aku ni kejap gaduh kejap nanges ngan pakwe dia ni kang aku pang kang (macam berani je. ngehehe...) nak gaduh p tangga lah wei.*


blog ni emo je lebih sekarang. maaf.

Friday, September 4, 2009

Sebelum itu, aku mintak maaf

Betul ke semakin lama kita kenal seseorang tu, semakin kita tahu banyak keburukan nya, semakin menyampah kita pada dia. Bukan kita tak cuba pertahan kan, tapi bila dah sampai tahap kemuncak, sampai boleh stress bila fikir pasal dia, salah ke kalau kita buat kata putus "aku tak mo kawan ngan ko dah la, ko busuk dowh". salah ke?

Aku memang hangin je ngan orang yang macam bagus tapi hampeh semua nak harap orang buat. Bukan nak kata aku tak harapkan orang, (apa ingat aku beruk buleh hidup sorang jer, beruk pun ada grup) tapi kalau dah ko nak beli bra ko sindri pun aku yang kene tanyekan size ko kat promoter tu, tak ke bongok namenye tu? manje tahap apa ntah. Dah tu, ko kire ko punye susah je time buat kerje kumpulan, yang aku ni macam la duk goyang kaki sambil korek hidung tengok ko buat kerje? Kalau aku yang buat kerja lebih ada aku bising, kalau ko buat kerja lebih sikit, mula la buat muka masam tahap ketiak ko. Ko tahu tolak ansur tak? Yang ko tau Mansur je kan, gedik!

Lagi satu aku menyapah ngan sikap ko yang suka ngutuk sesedap mulut. Yelah, ada orang kata pompuan sensitif, kutuk sikit terasa, habis tu kalau dah tiap kali membeli ko "yek-yek" kan apa yang aku beli, mau tak membara aku. Kalau yang ko tunjuk tu semua terrrrbaek la? p mam#@s la... Aku jer kene jaga hati ko ye.. Hati aku ni ko ada kesah? Hinggakan dia yang mendamaikan hati kata aku ni macam balaci ko. Eh, best r ko ek ada balaci. Aku nak gak. Sape nak jadi balaci aku? Jom p bazar ramadhan sok, tolong aku hangkut makanan.

Kalau satu hari nanti ko jumpe blog aku dan baca post ni, silalah sedar diri. Kalau dah ko buat kat aku, jangan la buat kat orang lain lagi. Belajar-belajar la jaga hati orang.

dan,

Kalau ko cume anggap aku kawan bila ko perlu, sila lah ko cakap terus-terang ngan aku. Supaya aku boleh pergi bila ko tak perlu aku lagi.


astaghfirullah...