Wednesday, September 17, 2008

lombab ekau ni

gile lembab punya internet!!!
macam mane aku nak siapkan assignment??
nak cari wastewater treatment plant pun payah
bukak blog boleh pulak
saja nak soh aku tak buat kerje.

Friday, September 12, 2008

Lawatan Kesedar

Post ini agak jijik dan sensitif:

Baru-baru ni aku ada lawatan ke loji kumbahan air najis. Lawatan ni wajib untuk subjek Water & Wastewater Technology. Aku sampai kat loji tu pagi dan paham-paham je lah, awal pagi memang ramai orang membuangkan?.... maka bau loji tu memang kuat menusuk hidung sampai ada kawan aku yg muntah konon jijik, padahal awak pun keluarkan bende same gak…

Loji tu tak besar, tapi cukup untuk menampung air kumbahan dari dua kolej dengan satu kawasan food court. Semua najis dialirkan ke situ untuk ditreatment, sebelum air yang bersih daripada najis dialir ke longkang untuk ke sistem perparitan biasa.

Nak tahu apa aku nampak? Banyak giler benda yang tak sepatutnya masuk dalam lubang jamban ada kat situ. Apa dia? Apa lagi??? ‘Pet’ lah… tau ke pet tu ape? Bukan menatang peliharaan lah…. Ia adalah sejenis lampin wanita yg dipakai masa haid dan ianya tak boleh dibuang dalam lubang jamban sebab benda tu boleh buat jamban tersumbat. Paham2 je lah rupa jamban tersumbat cam ne, terapung-apung… erk.
Selain pet, macam-macam ada, antaranya, berus gigi (ni mesti bangun lambat, buang air sambil kelam-kabut berus gigi, nak cepat), penutup pen (time memerut pun menulis ker…giler study sunggoh!!), spek, henset (kawan aku pernah jatuh spek dengan henset dalam lubang jamban. Nama dia ---- (^^,)) dan seluar dalam warna hitam turut dijumpai. Paling banyak dijumpai, najis le. Apa lagi…


Kolam penuh najis dan sampah sedalam 20 kaki. Pekerja akan kaut secara manual sampah-sarap ni.

Tengah aku khusyuk dengar taklimat dari abang yang jaga loji tu, tetiba aku dengar orang jerit. Dalam hati aku berkata “ah..sudah..sape pulak yang termasuk dalam kolam kumbahan ni….” Oh, rupa-rupanya kawan aku tercampak kasut dia dalam kolam najis yang sedang membuak-buak ataupun dikenali sebagai aeration tank. Adoi…kiteorang semua bantai gelak, bukan nak tolong. Nak tolong cam ne? terjun dalam kolam dipenuhi tahi untuk amik kasut dia tu? Hei…nak buat baik pun berpada-padalah.. Kawan aku tu membebel-bebel tak sudah. Mana taknye, kasut tu dia baru beli dan baru pakai 2 kali. Huhuhu, siapa suruh p loji pakai kasut baru tak bertutup. Kan dah selamaatttt… Terpaksalah lecture aku kasi pinjam selipar jepun kat kawan aku tu. Ha amik kau, elok-elok nak tayang kasut baru, terus dapat selipar jepun. Huhuhu.



Di sinilah kasut kawan aku bersemadi…

Selepas lawatan, pensyarah aku pun bagi sedikit syarahan. Dia kata, ini loji kira bersih, kalau loji-loji kat tempat lain, lagi macam-macam ada. Emas pun ada. Yelah kekadang orang terjatuh gelang emas, tak pun cincin emas kat dalam lubang jamban tu. Lepas tu boleh pulak pensyarah aku buat lawak, “sesiapa yang mahu emas, bolehlah mendulang kat loji tu”. Hukoloh…. Pensyarah aku cakap, kalau loji-loji lain, kadang-kadang, penyelenggara loji jumpa janin ataupun bayi kat dalam loji tu. Huish…terkejut aku. Rosak akhlak betul, buat maksiat tak ingat tuhan, termengandung pulak, rasa nak beranak, p tandas, teran budak pas tu flush!!! Memang gila la, tak tau dosa pahala, tak ada peri kemanusiaan langsung. Tu belum lagi kondom, memang banyak dijumpai di loji. Nampak sangat keruntuhan akhlak orang zaman sekarang. Kesian budak tak berdosa tu. Tau tak rupa loji tu macam mana? Air deras penuh najis. Kolam dia dalam berpuluh-puluh kaki, berbuih-buih. Sampai kat penapis besi, jumpa bayi pulak! Kalau aku kerja situ, pengsan terus. Kesian.


janin @ bayi selalunya dijumpai kat sini




Air naaj-jisss (cara pensyarah aku sebut)

Bak kata kawan aku si Iki, pengajarannya, jangan buang benda tak sepatutnya dalam lubang jamban, tempat tu hanya untuk taik!!!!!

Thursday, September 4, 2008

Lalat




Perkara yang terjadi dua hari lepas:

Macam biasa aku naik bas untuk balik ke kolej. Dan macam biasalah bas tu sesak dengan orang. Kelas habis dalam pukul 5.00 ptng. Maka, kelaparan berada di waktu puncak, almaklumlah, puasa. Tengah aku duduk diam-diam dalam bas tu, tetiba, ada seekor lalat entah dari mana hinggap kat tepi mulut aku…..hekeleh…. aku cuba halau dia, tapi kejap je dia terbang, lepas tu dia datang balik kat aku! Ape ke hea nye lalat tu ntah…. Bengang pulak aku. Nasib baik orang ramai dalam bas tu tak perasan. Kalau tak segan jugak aku.

Tetiba, aku teringat, macam ini lah keadaan kanak-kanak di Afrika sana. Berlapar, bersesak, dihurung lalat, sebijik macam aku nilah. Rasa nak tergelak pun ada, sebab aku dah macam budak afrika dah. Cuma tak kembung jer…huhu.

Tapi, bila aku hayati semula, rasa sedih pulak. Tak jadi nak gelak. Kalau aku lapar, diaorang lagi lapar. Bila aku buka puasa nanti, kenyanglah, silap haribulan, tak larat nak buat ape-ape sebab dah kenyang sangat. Tapi diaorang, nak jumpa makanan pun susah. Entah bila diaorang dapat berbuka. Aku pun tak tau...

Kalau aku bersesak sekejap ni, diaorang lagi bersesak lelama. Sampai bilik nanti, aku baring je la kat katil aku yang empuk lagi selesa tu, tido... Tapi diaorang, entah tahu ke tidak rupa katil, entah tahu ke tidak apa itu selesa.

Kalau aku dihinggap lalat seekor, diaorang lagilah banyak lalat yang hinggap. Lalat seekor kat tepi bibir pun aku dah kecoh nak tulis dalam blog, tapi diaorang, lalat penuh keliling mulut, buat derk jer. Tak kecoh pun, tak halau pun, kerana apa? Kerana diaorang dah tak larat, dah takde kuderat, nak angkat tangan pun payah, apatah lagi halau lalat.

Dah tak kesah dengan lalat, dah biasa bersesak, dah alah dengan lapar. Kesian mereka. Sesungguhnya kita di sini bertuah, dan sesungguhnya ibadah puasa yang kita sedang jalani ini mengingatkan kita pada mereka yang serba kekurangan. Semoga ibadah puasa pada tahun ini dapat kita jalani dengan penuh keinsafan dan kesempurnaan. Kerana, kita tak tahu, dapat atau tidak kita berjumpa pada Ramadhan yang seterusnya. Amin…

BSAC part 4



Abu: Fuyooo, ramainye budak BSAC…
Ali: tu la pasal, ni baru budak part 4
Abu: ade kerje ke nanti?
Ali: ………….entahlah….