Showing posts with label ntah ape-ape world. Show all posts
Showing posts with label ntah ape-ape world. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

Menyampah geli-geli tapi itu yang semua cari (mengaku sajela)


apa dia yang annoying tapi comel?

Prinsip tu apa? pada pandangan aku, prinsip itu adalah sesuatu yang kita pegang kuat dan akan buat betul-betul punya tak de main-main. Macam kalau kita langgar prinsip tu, kita hampeh la. Cakap tak serupa bikin.

Aku tak letak prinsip pada semua tindakan dalam hidup aku. tapi aku ada satu prinsip terbesar dan terpanjang yang memang aku pegang dan setakat ni memang aku buat. InsyaAllah. takdenye nak riak-riak. siapalah aku, hina dan selalu melakukan dosa.

Prinsip terbesar dan terpanjang itu adalah:
kalau aku senang dengan sesuatu tu, aku akan cuba jaga dan kekalkan sehabis baik. sampai aku boleh lupakan ego, rendahkan tahap malu-malu kucing aku dan buat tak tahu dengan kata cerca daripada orang-orang yang macam tuttttt... tapi jangan ingat aku lemah sangat... kalau aku dah penat melupakan ego, jadi tak malu dan tahan cerca, aku boleh saja diamkan diri daripada berhubung dengan 'benda yang aku senangi' tu. walaupun dalam hati tak pernah lupa pada 'benda yang aku senangi' tu.

ish...ntah apa-apa. meh la aku pendekkan cerita sikit:
kalau aku dah menyampah boleh je aku lupakan kamu walaupun ada sakit-sakit sikit.

sebab tu kadang-kadang aku geli ngan benda geli-geli ni.


*roommate aku ni kejap gaduh kejap nanges ngan pakwe dia ni kang aku pang kang (macam berani je. ngehehe...) nak gaduh p tangga lah wei.*


blog ni emo je lebih sekarang. maaf.

Friday, August 7, 2009

(=^_^=)

Mangsa: Tompok a.k.a shompok



Situasi: tidur tengahari dalam longkang kering
Alasan berbuat demikian: "dunia semakin panas la kak"
Balasan: aku alirkan air dalam longkang tu kasi basah sama kamu!!! hahaha. kate panas....







Mangsa: kucing uteh aku
Situasi: kelaparan akibat ketiadaan uteh di rumah
Sebab terjadi: aku lambat kasi makanan
Alasan aku: "Lecehlah..korang la makan banyak sangat. Korang ingat senang ke aku nak kene p jenguk korang je pagi petang semata-mata nak kasi makanan. I have other important thing to do too la..such as..tidur petang"



Balasan: See..ko sendiri cakap ko malas. tu la makan banyak lagi



Mangsa: Mama Tasya
Situasi: Demam
Alasan: Pregnant



Mangsa: Mama Tasya
Situasi: Morning sickness
Alasan: Pregnant lagi
Komen: "ko ni asyik beranak je!!!"



Mangsa: Beluncas
Situasi: Beberapa minit sebelum dibuang ke tempat pembakaran sampah sarap
Alasan: Siapa suruh ko duduk kat pokok bunga mamu aku
Balasan: Hangus terbakar
Komen: "kesian...tak sempat kau jadi rama-rama"



Aku rindu nak bermesra dengan alam.
Sini cuma ada virus H1N1 jer..huhuhu

Friday, July 17, 2009

tak boleh dibuat contoh

30 000 orang pelajar dalam satu kawasan akademik,
(tu baru pelajar, belum campur pensyarah, setaf, mentenen, tukang sapu, tukang cuci, orang indon buat bangunan, dll)
Penuh dengan manusia yang sentiasa mencari peluang untuk menjadi yang terrrrrr-baek?
Hidup bergelumang dengan tekanan dan persaingan,
Tak kiralah secara sehat ke, secara tak sehat ke
Yang penting aku dah mula muak

sebab tu aku sukak balik

lantak la kalau ada yang pikir aku negatif ke pe ke
ada aku kesahkan? hohoho