Tuesday, February 22, 2011

Siapa sangka weh..

Setiap perkara yang berlaku pada kita, selalunya tidak dapat dijangka. Hari ini, mungkin kita sendiri, tiba-tiba, esok kita sudah berteman. Hari ini mungkin kita sepi, tiba-tiba, semua jadi riang. Dan kerana itu kita tak patut cepat putus asa. Kerana mungkin hari ini kita rugi, tapi esok siapa tahu, kitalah orang yang paling untung sekali. Semua Allah punya kuasa.

Masa kecil dulu, setiap pagi menanti van uncle nak pergi sekolah. Berhimpit dalam van sambil dengar lagu; "mukappelaaaa...mukappelaaa...lela...ooo..lela". Dan pagi semalam, dengar kembali lagu 10 tahun dulu dari radio rakan sekerja. Pagi ni pulak, sorang exec malay yang hensem menyanyi lagu yang sama. Lagi menambah kejutan buat aku. Rupa-rupanya, bukan aku sorang je tau lagu tu. Siapa sangka..

Dulu sendiri menempuh hari-hari berlalu. Kasih ibu tak sama dengan kasih kekasih. Kasih Allah kasih yang paling agung, kasih ibu membawa ke syurga, kasih kekasih bahagia abadi. Selalu rasa kosong & sepi. Alhamdulillah, kini telah terisi. Walau badai & dugaan yang mendatang kadang kala begitu menguji kesabaran dan kekuatan kasih ini, aku amat berharap agar ia menjadi kasih yang abadi. Cinta yang dikurniakan tuhan. Semoga penuh dengan keberkatan.

Demi untuk kebahagian semua, kita harus lepaskan rasa curiga, dengki, cemburu. Walau tak bisa secara tiba-tiba, perlahan-lahan pun tak mengapa. Bukan semua orang boleh menerima sesuatu dengan selamber...

Lapangkan jiwa,

Tenangkan hati,

Siapa sangka

Ada hikmah terselindung di balik tiap perkara







No comments: