‘Charity Run for Gaza’ yang aku turut serta dengan kawan-kawan kelajuanku hari sabtu yang lepas menyeronokkan juga. Walaupun aku hanya dapat penat, tapi kepuasan larian itu sangat-sangat berbaloi. Tambahan pula, aku dah lama tak bersama dengan dua orang kawan itu. Rasa seronok pula bila dapat berjumpa, ketawa, berlari, bergambar, mengorat dah mencuri kotak bersama-sama. Macam dulu-dulu, ketika masih budak hingusan lagi di universiti ini. Rindu kamu kawan-kawan. Jumpa lagi di larian ahad depan.
laluan menurun bukit, aku tak dapat nak berhenti, laluan menaiki bukit, aku tak dapat nak lari.
macam zombi menuju matahari.
kasut aku yang buruk sekali dengan kaki kelihatan terkehel
Lepas larian hari itu, aku terus demam. Memang larian secara paksaan sebab sebelum tu aku dah sakit-sakit tekak, tapi aku puas. Sebab semua serabut-serabut dalam otak aku dah cicirkan sepanjang trek larian. Tinggal sikit-sikit saje untuk kenang-kenangan.
3 comments:
suri :
macm tu jugak bila aku men sofbol..
aku baling selaju, sekuat mungkin agar aku dapat lepaskan segala yang aku rasa dalam kepala otak..
semakin laju bola,
semakin gembira aku,
lupakan mereka y jahat
hanya aku dan sofbol
(wawawa promote sofbol)
yooo..aja,
mlm tadi ko join x pdang kawad tu?
suri yong...kau ngan sofbol memang tak boleh dipisahkan kan. tak kisah la, asal bahagia.
kasut...padang kawad?! ada apa u? drift tu ke?
Post a Comment