Thursday, July 10, 2008
kesilapan
kesilapan,
umpama mewarna sebuah lukisan
Tersilap warna, lukisan hilang indah,
Tapi lukisan juga umpama kesilapan
Masih boleh dibaiki
Tokok tambah warna
Seratakan tonnya
Nah… kembali indah
Tapi tak akan sesempurna sepatutnya
Kerana kesilapan, walau tidak sedikit sebanyak
Tetap telah menodai
Begitulah kesilapan
Boleh diperbaiki
Tapi tak akan balik seperti asal
Tak akan tidak tinggal kesan
Tapi jika tanpa kesilapan,
Hidup umpama lukisan hitam putih
Tak ada banyak kesilapan
Utamanya, mana arah cahaya datang
mana perlu lebih hitam
mana perlu lebih putih
Tapi takkan pernah jadi indah
Kerana ia hanya ada hitam putih
Hidup tidak harus begitu
Hidup perlu warna
Perlu kesilapan
Agar manusia dapat betulkan
Agar manusia kembali sedar
Betapa mereka kerdil
Lemah selemah-lemahnya
Rasulullah pernah berkata:
manusia yang paling bijak adalah manusia yang ingat mati
renung-renungkan dan selamat beramal...=)
Coco_-_Mengintai_Langit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kesilapan,
aku diajar dari kecil lagi
oleh kakak aku yang kesilapan itu
sebahagian dari lukisan. kat sini, aku gambarkan hidup itu ialah lukisan yang sora katakan. tona warna memeng sedikit berbeda kerana kesilapan dalam lukisan, namun, siapa tahu yang ia akan jadi lebih lawa?
atau realistik?
atau subjektif?
siapa tahu..kita kena ketahui, dalam hidup kita , kita memang lakukan kesilapan, namun, kesilapan itu menjadikan kita teguh berdiri dengan kesilapan itu sebagai tiang. jgn lupakan tiang itu, jika tidak, kita memang jenis tak kenang budi, yak sedar diri..
p/s : sora, ni untuk kesilapan kecil ja, tap aku lebih suka berpegang pada teori lust of endomynion
selamat datang kepada ketenangan,
selamat untuk komen tu,
paling tidak kamu dapat rasa apa y aku lalui...
dan itu cukup untuk aku,
TQ!
Sudah aku add link balik.
sekarang boleh coba download lagu No Air by Jordin Spark lagi.
Post a Comment