Sunday, May 11, 2008

11 mei

11 mei merupakan hari teristimewa untuk aku. Berikut adalah sebab-sebab kenapa 11 mei begitu istimewa bagi aku:

1. Hari ni last paper aku. Yeahoooo!!!! Abes dah exam.

2. Hari ni last semester 3 aku. Yeahoo!!!! Tak sabar aku nak masuk sem 4, nak abiskan degree, nak kerje. Letih dah belajar.

3. Hari ni hari jadi best friend 1 aku; si Seha. Kawan aku dari diploma bawak ke degree. Satu course, satu kepala, satu destinasi, satu tujuan (huhu..cam AF lak)

4. Hari ni hari jadi best friend 2 aku; si Wan. Ni lagi lama punya kawan ni, dari sekolah rendah bawak ke menengah sampai ke universiti... asyik-asyik nama dia naik dalam list best friend aku. Hehe..

5. Hari ni kan HARI IBU. Selamat hari ibu kepada mamuku yg tercinta… mamu nangis malam td bila aku ucap selamat hari ibu. what a wonderful feeling.. ikatan paling suci dalam hidup, adalah antara ibu dan anak. dan aku akan jaga sampai bila2.

Kepada Seha dan Wan, selamat hari jadi yg ke-22. Semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam hidup, sentiasa bahagia & sentiasa ceria. Friendship never die, kawan dunia dan akhirat.
Kepada mamu tersayang, Selamat Hari Ibu. maafkan anakmu andaiku menyakiti hatimu. i love u mak.

Wednesday, May 7, 2008

silap la...

haha..tadi kelakar jer..boleh aku silap kelas untuk amik peksa. sib baiklah pengawas tu sebut nama sorang-sorang. kalau tak, tak bertandalah paper statistik aku tu. dahlah pengiraannye maut nak buat. pas tu berlari aku p blok F, tempat exam aku yg sebenar. so far, sumer paper berjalan dengan jayanya. tinggal lagi 2 paper yg perlukan tahap penghafazan yg tinggi. ha...gap sehari je for each paper pulak tu. crazy....
pas abis exam statistik, terusku conteng paper tu. end of question paper..eheh.

Monday, May 5, 2008

tensi memuncak

Arghhh......sorry teman-temanku. Aku terlalu ikut perasan. Aku tau korang marah..
Ini semua sebab tensi aku dah memuncak. Apa lagi dengan 3 paper maut 7, 9, 11 ni, dengan masalah bilik aku, dengan masalah aku sendiri sama ada aku reka atau datang sendiri. Adoi... aku tau korang marah. Semester ni paling mencabar buat aku. Maafkan aku Seha n Sue..Aku tau korang marah...


Hari ni aku xstudy..
bosan, hadap buku jer... Dah 4 tahun kat sini. Tak siap-siap lagi. Pleaseeee Allah, berikanku kekuatan menghadapi kehidupan di dunia yg penuh ranjau ini..amin..

Semalam p joging ngan am.. Penat, ntah kenape, Am lari laju semalam. Maybe tensi dia memuncak semalam. Penat aku kejar dia. Sambil tu aku amik gambar orang-orang kat situ. Patutlah aku kene tinggal. hehe..


atas bukit tu, budak2 balik dari exam..tensi je muker..


strangers memotong kami



di pancuran, sebelah ni mamat bangla nga amik gambo gak..ehek

Bulan ni penting..
Banyak hari penting dalam bulan ni khas untuk orang-orang penting dalam hidup aku
Mamu, Wan, Seha..dieorg orang-orang penting..
aku pasti akan cuba buat korang gembira di hari penting korang nanti..

Hari ni aku jumpa banyak lagu yg hilang bersama rosaknye mp3 aku dulu. rasa lebih tenang dah meluahkannya di sini. Malam ni aku study. Aku janji.

Peter_Pan_-_Bintang_Di_Surga

Gigi_-_Andai

Gigi_-_Terbang

3 Doors Down -Here Without You

Friday, May 2, 2008

Ayat2 al-quran untuk diamalkan

Hari tu lecture aku kasi E-mel berkenaan ayat2 al-quran utk diamalkan. Di sini aku postkan msg lecture aku untuk dikongsi bersama para blogers. amalkanlah ye..



Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain (Ni penting????? ?????)
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x


Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah


1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH
Langkah 1 :
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

SUBHANA'LLAH
ALHAMDULI'LLAH
LAA I LAAHA ILLA'LLAH
ALLAHU AKBAR
ASTAGHFIRU'LLAH
LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA'EEN


Langkah 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan