Tuesday, March 31, 2009

bila semuanya berserenjang

ya....
jadual waktu peperiksaan akhir semester sudah keluar
pola jadual kali ini sangat chanteqqq skalik!
26 hb 4 : spectro
27 hb 4 : organo
28 hb 4 : food
.
.
.
2 hb 5 : colloid
ha ye, kenapa tak buat saje colloid tu 29 hb 4? kan ke lebih menarik

3 paper kaya jam kredit tiga hari berturut-turut?
mana satu nak mulakan dulu ni?


oh ye,
bersiesta la dulu...
(^^,)

Monday, March 30, 2009

Afgan - Entah



ENTAH ni best juga.

semua ada di sini
ni bukan plagiat kan?

*aku nak memblog sepuas hati sebelum offline 2 bulan duduk rumah sampai berkulat.

sepatutnya aku taip ' aku akan belajar rajin-rajin sebelum bercuti 2 bulan duduk rumah sampai berkulat.'

Saturday, March 28, 2009

...............



Tak suka! Tak suka! Tak suka!
Tak suka kamu!!!
Melihat dia dari refleksi sebuah cermin
Lalu,
Tak suka sudah!
Capai kunci pada tempatnya
Ke OIAM3

Tomok sudah semakin best sekarang
Kagum!!!

pujian ikhlas ni

Friday, March 27, 2009

Bebelan dari teman untuk teman

Minggu ini penuh pancaroba juga.

Betul kata orang, kalau lama-lama pendam, nanti meletup. Tapi nasib menyebelahi, tak habis meletup, maka kami tak berantakan berhari-hari. Cuma setengah hari saja. Terpaksa terima hakikat, kau tak boleh tiada aku dan aku tak boleh tiada kau. Huh, mengarut. Itu cuma alasan, yang sebenarnya kita takut, keseorangan. Kan? Sempat kau tanya aku, ‘kawan ke ape kau ni?’. Hmm.. Kau rasa aku apa? jawapan pada kau sendiri. Hanya kerana hujan gerimis, persahabatan kita teruji. Pasti jika aku lawan dengan api, tali kukuh yang kita ikat selama hampir 4 tahun, putus begitu cuma. Maka maafkan aku, sebab yang itu, memang salahku. Maafkan aku. Ikhlas ni. Sudahlah, yang penting semuanya sudah kembali normal. Berlagak mesra seperti biasa, hakikatnya kita sering celaru, hakikatnya kita segan keseorangan. Kan?

Cukup dengan peribadi yang tidak senonoh.

Dengar kabarnya, sabtu ini ada Malaysia-Earth Hour. Tutup lampu selama satu jam dari 8.30 malam sampai 9.30 malam untuk mengurangkan pemanasan global. Ha, eloklah tu, aku pun semakin panas ni. Cuma, aku rasa berita tentang Earth Hour ini tidak disebar secara meluas. Contohnya, dalam surat khabar yang aku beli semalam, tak de cerita pasal earth hour pun. Berita hangat pasal perwakilan baru UMNO dan kisah seorang perempuan meninggal ketika sedut lemak ada lah. Lagi satu, tentang bola.. itu sahaja. Oh ye, Arshavin tu comel jugak ek. Huhu..

Entah aku tutup lampu tidak malam esok



malam esok google jadi macam ni kot




dunia pulak macam ni.huhu


Sekarang tengah ketagih Paramore

Monday, March 23, 2009

Bagai nak gila

Tuhanku,
tolong bagi aku lebih tenang
tolong bagi aku lebih kuat
tolong bagi aku lebih sabar
tolong bagi aku lebih MASA

akan aku gunakan sebaik-baiknya
jika Tuhanku makbulkan
agar aku lupa yang lalu
mula yang baru
dengan jayanya!

semangat!!!
marilah kamu
sama-sama kita lelap 4 jam
bahagi kerja seadilnya
maka aku tak kisah
asal hasilnya hebat
sehebat pengorbananku
melupakan yang lain

yang sebenarnya payah~~


ini bukan UFO

Monday, March 16, 2009

Dalam 20 minit

My first ever friend in blogging world has tagged me. So, I’ve to do it although there are too much things to be settle out before 31.3.2009. Ah, aku kan malas..

Share 7 facts about yourself on your blog.

1. Pemalas... aku jenis yang kene ketuk baru buat. Cuma kerja yang betul-betul aku minat saje akan dibuat tanpa perlu disuruh. Contoh? Makan. Muahaha!
2. Pendiam…terutama pada orang yang macam tak boleh masuk dengan jiwa aku. Dengan orang-orang yang rapat pun kadang-kadang aku diamkan je.
3. Pemendam..tak suka sangat cerita hal sendiri pada orang lain. Tapi kadang-kadang terluah juga. Itupun pada orang tertentu saje. Yang pasti bukan babu. Huhu.
4. Periang...boleh jadi tersangat riang dalam sesuatu masa. Aku gelak kuat woo..
5. Sensitif...sangat. Sendiri menyampah
6. Suka kucing, muzik, mamu, hadetaki takkizawa dan buku ‘colloid and surface chemistry’ (education come last? Huhu)
7. Seorang yang mudah menyesal tapi tak mudah nak insaf.


Tell 7 unspectacular quirks of yours.


1. Result MUET aku agak ok, tapi English aku samakin hari semakin teruk. Risau benar
2. Pernah mengumpat orang sampai pukul 5.30 pg. (kalah kau suri, kau sampai 4.38 pg je.huhu)
3. Masa jadi penolong ketua darjah dulu, aku jerit suruh budak diam dalam kelas sampai cikgu datang suruh aku sendiri diam. Malu doh !
4. Ulang tengok cerita KAMI the series berpuluh kali sampai boleh hafal dialog. Begitu juga cerita GHOST.
5. Ada 3 buku log penuh dengan lirik lagu. campur semua ada dalam 200 lagu kot. itupun ada yang dah buang. ni la hobi sayer =)
6. Dalam sayur aku beli untuk lunch ada ulat, kawan aku yang sedarkan. Aku kais ketepi dan teruskan makan, kawan aku pulak yang tak lalu makan nasi dia. Alahai kawan…tak semestinya yang busuk tu membusukkan semua, masih ada bahagian yang elok lagi. Cuma kau tak nak cari.
7. 6 cukup lah...


* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Link the person who tagged you.
* Leave a comment for each blogger.

Sesiapa la yang nak buat.

Friday, March 13, 2009

Broken String, how to fix it?



Genius collaboration between two awesome male and female singers, James Morrison and Nelly Furtado . Both of them have unique voice and when they unite in this song call ‘Broken String‘, it easily get my attention. Really great song, great lyric and great singers make this song sound very nice. I love this song and keep on playing it everyday since my first heard it on mix.fm. Hope this song will become hit in all radio station.

Nelly has original beauty and James Morison new hair style really cool though. ;)

James Morrison Lyrics (featuring Nelly Furtado) - Broken Strings

Song Words by Artist / Band : James Morrison feat. Nelly Furtado
Lyrics Title : Broken Strings
Music Genre : Soft Rock
(Song Data Information from : Wikipedia)


James Morrison
Let me hold you for the last time
It’s the last chance to feel again
But you broke me now I can’t feel anything

When I love you
It’s so untrue
I can’t even convince myself
When I’m speaking it’s the voice of someone else

Oh it tears me up
I tried to hold on but it hurts too much
I tried to forgive but it’s not enough
To make it all ok

You can’t play on broken strings
You can’t feel anything
That your heart don’t want to feel
I can’t tell you something that ain’t real

Oh the truth hurts
A lie’s worse
I can’t like it anymore
And I love you a little less than before

Nelly Furtado
Oh what are we doing
We are turning into dust
Playing house in the ruins of us

Duet : James Morrison and Nelly Furtado
Running back through the fire
When there’s nothing left to save
It’s like chasing the very last train
When it’s too late (too late)

Oh it tears me up
I tried to hold on but it hurts too much
I tried to forgive but it’s not enough
To make it all ok

You can’t play our broken strings
You can’t feel anything
That your heart don’t want to feel
I can’t tell you something that ain’t real

Oh the truth hurts
And lie’s worse
I can’t like it anymore
And I love you a little less than before

But we’re running through the fire
When there’s nothing left to say
It’s like chasing the very last train
When we both know it’s too late (too late)

You can’t play our broken strings
You can’t feel anything
That your heart don’t want to feel
I can’t tell you something that ain’t real

Oh the truth hurts
And lies worse
I can’t like it anymore
And I love you a little less than before
Oh and I love you a little less than before .. yeah

Let me hold you for the last time
It’s the last change to feel again


**kadang-kadang aku rasa english aku makin teruk ~~haish..

Sunday, March 8, 2009

Kucing-kucingku (=^-^=)














Tasya dah selamat lahirkan 2 ekor anak yang chomel!! entah bila dia ngandung pun aku tak perasan. huhu

*hari ini, Klang macam Jakarta. Bila pulak agaknya Jakarta nak jadi macam Klang?

Monday, March 2, 2009

penghasilan tenaga daripada metabolisma glycolisis

nombor paling sesuai dengan aku adalah 5 agaknya, aku lahir bulan 5, periksa dulu pernahla sekali dapat nombor 5, pas tu nombor larian aku semuanya ada 5. tapi bila lari tak dapat nombor 5 pun. huahuahua!







laluan larian semalam macam haram. keluar-keluar pintu kolej je terus kene daki 'bukit tonggek' yang bersudut lebih kurang 45 darjah. lepas je bukit tu, acid lactic mencurah-curah kat otot kaki aku, terus tak bermaya nak lari. namun kugagahkan juga. berbekalkan tenaga yang terhasil dari metabolisma glycogen dalam otot-otot aku, larian kuteruskan. kawan aku yang sorang tu elok je menonong. sampai depan bangunan canselori, aku dah tak nampak dia dah. itupun dia tak dapat hadiah? i wonder betapa lajunya budak-budak yang dapat nombor tu. makan morphine ke ape sebelum lari?




malamnya, festival kolej aku ditutup dengan acara tarian dan nyanyian. aku tak tengok pun, sedap tidur di bilik. pukul 10.30 mlm, roommate aku menjerit-jerit suruh aku turun kutip kupon. sib baik aku takde heart attack. hm...betapa besarnya erti kupon di tempat aku belajar ni.. kalau kupon kamu tak banyak, jangan harap kamu nak duduk kolej. dan aku tak nak duk rumah sewa. jadi aku sanggup bersesak-sesak semata-mata nak dapatkan secarit kertas kecil bercop kolej tu. malam tadi punya perebutan, masyaAllah. dasssssaaaaattttttt!!!!. terjerit-jerit bebudak pompuan kolej aku ni merebut kupon. nasib takde yang mati. serius dasyat!



acara rebut kupon.

kaki aku rasa macam kene toreh, kesan daripada pengumpulan acid lactik berlebihan dan contraction serta relaxation secara paksaan semasa larian. nasib aku tak mengalami rigor mortis, iaitu pengecutan otot seketika selepas mati disembelih.

p/s, banyak istilah sains kerana minggu ni aku ada 3 test. subjek yang dibincangkan ini berkait dengan matapelajaran food technology. tengok mr woon, saya study ni.